Friday, 16 September 2011

HANYA MELAKA PERNAH DIJAJAH .... YANG LAIN TIDAK.

Salam.

MELAKA SAHAJA YANG PERNAH DIJAJAH
(KECUALI PENJAJAHAN JEPUN)


     Apabila kita berbincang berkenaan dengan Malaysia,Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, Malaya dan lain-lain nama yang diberikan, kita perlu tau bahawa ... TERDAPAT BANYAK NEGERI DI DALAMNYA seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, (Negeri-negeri Sembilan, Johor dan MELAKA (dijajah sejak 24 Ogos, 1511).


     Nama-nama lain seperti Singapura (Jajahan Johor), Pulau Pinang (Jajahan Kedah), Sabah Timur (Jajahan Sulu), Sabah Barat dan Sarawak (Jajahan Brunei).
     Dah menjadi LUMRAH ALAM .... jika kita dah mula BONGKOK, kura-kura pun mula nak memanjat. Begitulah yang terjadi kepada Negeri-negeri Melayu yang selama ini BERDAULAT ..... terpaksa AKUR kepada PERCATURAN BARAT.

     Bukan kita sahaja yang terkena,  NEGARA ACHEH (BELANDA TAK PERNAH DAPAT MENGALAHKAN ACHEH) .... di mana Belanda telah memasukkan Acheh dalam INDONESIA semasa proses memberi kemerdekaan kepada Kepulauan Indonesia.

     Negeri-negeri kita (saya dah tulis di atas) telah diCATURkan oleh British begitu rupa hingga wujudnya Pulau Pinang dan Singapura walhal kedua-dua kawasan ini adalah berstatus PAJAKAN. Sementara yang lainnya DINAMAKAN ... NEGERI SELAT ...BERSEKUTU ... BERNAONG dsbnya .


     OLEH ITU, SAYA HANYA MENGESAHKAN BAHAWA ... " HANYA MELAKA SAHAJA YANG DIJAJAH " (KECUALI PENJAJAHAN JEPUN).

Sekian, terima kasih.

    

No comments:

Post a Comment