Sunday 5 March 2017

YAB MB PERAK DAN EXCO TIADA DI PEJABAT PADA 7 - 11 MAC 2017 ... KEMANAKAH MEREKA?






SELAMAT DATANG
kepada
YAB MENTERI BESAR PERAK DAN ROMBONGAN
ke
DAERAH KECIL PARIT 
SEMPENA
PERMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK
( 7 hingga 11 Mac 2017 )



Perak Tengah terbahagi kepada dua daerah kecil iaitu Parit dan Kampong Gajah. Daerah kecil ini asalnya adalah  dari Daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar.
Kerajaan Negeri Perak akan menjalan aktiviti PEMUKIMAN YAB MENTERI BESAR PERAK di daerah ini pada 7 - 11 Mac 2017.

Izinkan saya menceritakan serba sedikit berkaitan dengan 
Daerah Kecil Parit ini.

(Bertanda MERAH > Kampung Halaman Saya)


A.   MUKIM

Daerah Kecil Parit mempunyai 4 Mukim yang dipisahkan oleh Sungai Perak.
a)   Belanja (Belanja Kiri dan Belanja Kanan)
b)   Layang-layang (Layang2 Kiri dan Layang2 Kanan)
c)   Bota (Bota Kiri dan Bota Kanan)
d)   Lambor (Lambor Kiri dan Lambor Kanan)

Sebelum wujudnya Kesultanan Perak di tahun 1528, sebelah kiri Sungai Perak dikuasai oleh Tok Temong sementara sebelah kanan .... tiada petempatan kecuali Lambor dan Perkampongan Orang Asli (Perah dan Tumbuh Hangat/Suak Padi).


B.   PETEMPATAN

Selain dari Seri Iskandar, Daerah Kecil Parit mempunyai beberapa Pekan Kecil yang kebanyakannya terletak di tepi jalanraya di pinggir Sungai Perak.


TEBING KANAN
  • PEKAN PARIT
  • Layang-layang Kanan
  • PEKAN BOTA
  • Padang Changkat
  • Teluk Bakong
  • Lambor Kanan
  • BANDAR SERI ISKANDAR
TEBING KIRI
  • Simpang Tiga/Serapoh
  • Tanjung Belanja
  • Bota Kiri
  • Teluk Sena
  • Titi Gantong
  • Taman Indera dan Gelung Pepuyu


Kebanyakan penduduknya adalah Melayu di samping Cina, India dan Orang Asli yang menetap di pesisir Sungai Perak kecuali Simpang Tiga/Serapoh, Titi Gantong, Seri Iskandar dan Orang Asli di mana mereka ini berada jauh dari Tebing Sungai Perak.

Selain dari Melayu Jati, Melayu di sini terdiri dari :-

  • Kampar (di sekitar Pekan Parit)
  • Banjar (sekitar Titi Gantong)
  • Arab (Mukim Bota Kiri)
  • Jawa (Parit)
Perkampungan Orang Asli pula terdapat di Perah (Mukim Belanja Kanan) serta Gedung Batu, Suak Padi dan Tumbuh Hangat (Mukim Bota Kanan).


C.   POLITIK

Di antara tokoh-tokoh yang masih saya ingat adalah :-

PARLIMEN P069 PARIT
  •  1964 Husain Nordin (UMNO)
  •  1969 Hashim Gera (PAS)
  •  1974 Bakri Rais (UMNO)
  •  1982 Ahmad Hambal Yeop Majlis (UMNO)
  •  1986 Nasarudin Alang Saedin (UMNO)
  •  1995 Ainoh Khariyah Abas (UMNO)
  •  1999 Mat Basir Rahmat (PAS)
  •  2004 Nasarudin Hashim (UMNO)
  •  2008 Mohd Nizar Zakaria (UMNO)
  •  KINI  Mohd Zaim Abu Hassan (UMNO)




















DUN N39 BELANJA
  •  1969 Hisan Ibrahim (UMNO)
  •  1986 Zainab Ibrahim (UMNO)
  •  1990 Ahmad Azizuddin Zainal Abidin (UMNO)
  •  1995 Mohd Zaim Abu Hassan (UMNO)
  •  1999 Dr Faizol Fazli Mohamed (PAS)
  •  2004 Mohd Zaim Abu Hassan (UMNO)
  •  KINI  Mohd Nizar Zakaria (UMNO)


DUN N40 BOTA (Sebelumnya dinamakan DUN Kg. Gajah)
  •  1974 Abd latif Mat Lazim (UMNO)
  •  1978 Rogayah Kayat (UMNO)
  •  1986 Ahmad Hambal Yeop Majlis (UMNO)
  •  1995 Ismail Hasbollah (UMNO)
  •  1999 Usaili Alias (PKR)
  •  2004 Che Ri Md Daud (UMNO)
  •  2008 Nasarudin Hashim (UMNO)
  •  KINI  Nasarudin Hashim (UMNO)



Hari ini, saya berkesempatan bersama-sama meninjau salah satu lokasi di mana aktiviti akan dijalankan pada 11 Mac 2017 nanti bersama-sama Pegawai dan Kakitangan Pejabat Menteri Besar.
SUA YAB MENTERI BESAR dan HJ NIZAM ISA

Untuk melihat gambar-gambar lain KLIK DI SINI



Sekian, adanya.




No comments:

Post a Comment