Thursday 2 March 2017

PRU 14 : P057 PARIT BUNTAR DIJANGKAKAN AKAN BERLAKU PERTEMPURAN SENGIT



PERTEMPURAN SENGIT TAK BOLEH DIELAKKAN 


Akibat dari penyertaan MP Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa ke AMANAH maka di PRU 14 nanti akan berlaku Pertandingan 3 PENJURU di P057 Parit Buntar di antara BN/UMNO, PAS dan AMANAH.

Majoriti 8.476 yang dimenanginya semasa PRU 13 akan berkurangan kerana bukan semua Penyokong PAS mengikut beliau ke AMANAH. UMNO sudah tentu akan meletakkan Calon Yang Berwibawa untuk menentang beliau sementara itu PAS akan meletakkan  WINABLE CANDIDATE untuk mempertahankan kerusi mereka.


YB MUJAHID YUSOF
MP PARIT BUNTAR (AMANAH)


Sementara itu, di N08 Titi Serong, (AMANAH atau PPBM) dan PAS akan meletakkan calon masing-masing, sementara BN/UMNO seperti biasa akan cuba merampas kerusi ini dari PAS.

Walau pun BN/UMNO nampak senang untuk merampas kerusi ini perlu diingat, sebahagian dari Penyokong UMNO telah berpindah ke PPBM dan semestinya menyokong (AMANAH atau PPBM) menentang PAS dan BN/UMNO.


 YB ABU BAKAR HUSSIAN
ADUN N8 TITI SERONG


Di N09 Kuala Kurau, sudah tentu PKR akan mempertahankan kerusi mereka tanpa bantahan dari mana-mana parti kecuali BN kerana PAS hingga kini tiada nampak bermasalah dengan mereka @ PKR.

BN tidak lagi meletakkan Calon UMNO akan tetapi dikononkan ceritanya akan meletakkan Calon dari GERAKAN menggantikan N13 Kuala Sepetang (akan diletakkan Calon UMNO) yang mereka sudah tidak sesuai lagi di sana disebabkan Pengundi Melayu di N13 ini sudah menghampiri 70%. 

YB ABD YUNUS JAMHARI
ADUN N09 KUALA KURAU 



KESIMPULANNYA 

P057 Parit Buntar : BN/UMNO vs PAS vs AMANAH
N08 Titi Serong : BN/UMNO vs PAS vs PPBM
NO9 Kuala Kurau : BN/GERAKAN vs PKR

Jika susunan ini dilakukan oleh Pakatan Harapan, PAS dan BN agak TERGUGAT.


HUBAYA-HUBAYA




No comments:

Post a Comment