Saturday, 4 August 2012

UNIFORM KAMI HANYA "T-SHIRT YANG DAH LUSOH", TIDAK MELUNTURKAN "JATIDIRI" KAMI, INSYA ALLAH


INILAH SATU-SATUNYA T-SHIRT 
YANG SERING AKU PAKAI KE SANA KE MARI
KERANA INI SAJA YANG ADA "SEBAGAI UNIFORM"


Beberapa minggu yang lalu, entah macamm mana aku telah memberanikan mulutku mengeluarkan "KELUHAN HATIKU" kepada SAHABATKU dan selang beberapa hari selepas itu  ......
"Ada lebih ker selindang tu. Kalau ada bagi satu pada Cikgu ni untuk isterinya" arah sahabatku. Mereka pun mengambil dan memberikan kepadaku.Itulah kali pertama aku menerima cenderahati untuk kuberikan kepada isteriku. Apabila sampai di rumah aku berikan kepada isteriku.

"Dah hampir 30 tahun kita kahwin .... inilah pertama kali yer" katanya kepadaku.
"Tadi Si Polan bagi" jawabku pendek.

Itulah kenyataannya ..... kadang-kadang aku tak tau nak pakai apa apabila ada jemputan berkaitan dengan politik/parti sebabnya .... aku sememangnya tak mempunyai sehelai "UNIFORM" pun sebagaimana PARA TETAMU YANG LAIN yang aku nampak SILIH BERGANTI ..... sesuai dengan majlis/program yang dianjurkan.

Aku hanya mempunyai beberapa helai UNIFORM yang aku terpaksa gunakan apabila ke program tertentu ... kerana itu sahaja yang ada.

1.   T-Shirt Himpunan Rakan Media Sosial.
2.   T-Shirt Konvensyen Media Sosial KLCC
3.   T-Shirt Perak Cyber Troppers
4.   T-Shirt Konvensyen Media Sosial Perak

Jadi, itu sebabnya .... jika aku bergambar .... hanya itu sajalah baju yang aku selalu pakai tak sebagaimana MEREKA yang tertentu.

Aku pernah menguji .....

1. Pernah aku ke satu program yang dianjurkan oleh seorang Menteri .... aku ke sana ke mari merakam gambar dan vedio. Aku rakam gambar rakan yang menjad AJK agaknya (sebabnya .... banyak topi yang dikepitnya selain yang dipakai oleh dia dan rakan-rakannya yang lain). Aku mengharapkan DICAMPAKKAN satu topi kepadaku .... TAPI ..... seperti biasa .... berpanaslah kepalaku.

2.   Aku paparkan dalam MEDIA SOSIAL .... berkenaan dengan BAJU KOPERAT .... ramai rakan yang menjawab ....
2.1    Ramai yang TAK ADA LANGSUNG
2.2    Ramai yang SUDAH ADA tapi mahu lagi

Itulah CONTOH .... INSAN YANG SEMACAM AKU (tiada mempunya SEBARANG JAWATAN dalam Organisasi).

Jadi, saya mengharapkan ..... AGAR SEMUA AJK YANG MEMPUNYAI UNIFORM .... AGAR MENULIS NAMA DI DADA UNIFORM BERKENAAN ..... AGAR MENUNJUKKAN BAHAWA ..... UNIFORM ITU "HAK RASMI" MEREKA YANG BERJAWATAN APABILA TIBA PRU NANTI .... jangan ditanya KENAPA .... kerana ANDA YANG MEMILIKINYA .... TAKKAN FAHAM PERASAAN KAMI yang "TAK ADA UNIFORM" INI.

Mungkin ada yang menyatakan ... APA ADA PADA BAJU .... tapi ... SALAHKAN AKU MELUAHKAN KELUHAN HATIKU?

Sekian, sekadar LUAHAN sahaja.





1 comment: