ASRAMA PESERTA FELCRA BELIA
YANG DJADIKAN SEKOLAH
Mungkin kerana aku hanya seorang MARHAIN di mana namaku LANGSUNG TAK TERCATAT tetapi kenapa pula nama Pengarah Pendidikan Perak yang meluluskannya JUGA TAK TERCATAT LANGSUNG?.
Biarlah aku ceritakan kisah ASAL PENUBUHANnya .....
SK SUAK PADI (SEKARANG)
TEBING TANAH YANG AKU TAMBAK DI AWAL 1990AN
DIJADIKAN TEMPAT LETAK KERETA
PADANG BOLA SK SUAK PADI
(AKU TANAM RUMPUTNYA HANYA MENGGUNAKAN TAHI LEMBU SAHAJA)
Masa aku di sekolah berkenaan ... aku telah membawa sekolah itu SEBAGAIMANA SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN LAIN. Keadaan ini rupanya diperhatikan oleh Peserta FELCRA dan Pekerja Kilang Sawit di situ hingga aku dikunjungi oleh beberapa orang penjaga murid (ramai anak) yang ingin menukarkan anaknya ke sekolah aku (SK Suak Padi) disebabkan tak mampu nak menghantar anak mereka disebabkan terlalu jauh.
Disebabkan sekolah KEKURANGAN BILIK DARJAH dan KETIADAAN KEMUDAHAN AIR DAN ELEKTRIK aku telah berjanji untuk cuba menyelesaikan maslah mereka.
Kebetulan di masa itu, Pengarah Pendidikan Perak adalah Dato' Hj Ghazali Uda Umar yang merupakan Penduduk Tempatan (Bota Kanan) .... lalu aku memohon .... di antara permohonan aku :-
1. Penubuhan SK FELCRA Nasarudin (Cawangan SK Bota Kanan)
2. Asrama SMK Lambor Kiri (bangunan banyak .... tapi pelajar tak ramai).
Hasilnya .... kedua-kedua permohonan aku dipertimbangkan dan DILULUSKAN. Pada hari pertama sekolah itu dibuka .... AKU, DATO' GHAZALI UDA UMAR, CIKGU SYED MUSTAR DAN TN HJ MUBIN HARUN (MANTAN PPD PERAK TENGAH) ke sekolah berkenaan dan seterusnya ke sekolah aku selepas itu.
Teringat aku apabila mereka masuk ke kelas Tahun 1 di sekolah aku ....
"BANGUN" kata PPD ..... seorang pun tak bangun.
"KUS" kata Cikgu Zulkifli Ali ... sederap mereka bangun ..... aku tersenyum sahaja .... TAPI Mantan Pengarah Pendidikan Perak (Dato' Hj Ghazali Uda Umar) tergelak besar ..... rupa-rupanya dia teringat zaman silamnya dimana beliau juga pernah mengajar di sekolah ini sebelum menjejakkan kaki ke universiti.
"BANGUN" kata PPD ..... seorang pun tak bangun.
"KUS" kata Cikgu Zulkifli Ali ... sederap mereka bangun ..... aku tersenyum sahaja .... TAPI Mantan Pengarah Pendidikan Perak (Dato' Hj Ghazali Uda Umar) tergelak besar ..... rupa-rupanya dia teringat zaman silamnya dimana beliau juga pernah mengajar di sekolah ini sebelum menjejakkan kaki ke universiti.
SEJARAH YANG DICATAT OLEH PIHAK SEKOLAH .... KLIK DI SINI
SK FELCRA NASARUDIDIN (SEKARANG)
Sekarang aku hanya sebagai PK Kokurikulum sahaja ..... JANGAN DITANYA KENAPA (SENSITIF).
SEKIAN
No comments:
Post a Comment