Sunday, 29 July 2012

ADAKAH DOAKU TELAH MENYEBABKAN ISTERIKU TERASA TERTEKAN?



Peristiwa berlaku di awal Tahun 1990an di mana aku telah diamanahkan beberapa tugas dalam Pendidikan iaitu :-
1.   Guru Besar
2.   Pengerusi Kajian dan Projek Khas 
      di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bota

Disebabkan aku adalah Guru Besar yang paling muda di dalam Daerah, aku terpaksa menunjukkan kemampuan aku agar tidak DIPERLECEHKAN oleh umum hingga mengurangkan PERHATIAN AKU TERHADAP ISTERIKU YANG SEDANG MENGANDUNG.

AKU DI HARI KOKURIKULUM
APABILA DITURUNKAN PANGKAT (KALI KE III)
DARI GURU BESAR KE PK KOKURIKULUM
DI TAHUN 2007

"Satu hari nanti kamu akan merasa apa yang aku rasa" itulah kata hatiku terhadap isteriku apabila beliau cuba menghalang aku dari mengadap PC dengan cara yang agak kasar. Bukan salah dia .... masa itu aku LEBIH MENUMPUKAN KEPADA KAJIAN DAN PROJEK AKU HINGGA AKU BERJAYA MENJADI "GURU INOVATIF PERTAMA NEGERI PERAK (1993)" dan PKG Bota menjadi PKG yang menyalurkan KEPUTUSAN UPSR YANG MEMBANGGAKAN (42/72 = FULL A @ 4A).


Selang beberapa tahun, kami berpindah ke Manjung dan bermulalah PERISTIWA YANG MENGHALA KE ARAH "DOAKU" di mana isteriku dah mula MENUNJUKKAN SESUATU yang di luar jangkaan aku.

1.   Sekolah Pertama menggunakan SISTEM "KOD" dalam Pusat Sumber Negeri Perak apabila Guru Besarnya mengamanahkan beliau menjadi Penyelaras Pusat Sumber.
2.   Tahun 2005 beliau telah dilantik dengan KENAIKAN PANGKAT DGA32 sebagai Penyelaras PKG yang menjadi BENCHMARK NEGERI.
3.   Tahun 2010 beliau ditawarkan ke DGA34 tetapi menolak disebabkan JAUH SANGAT.
4.   Tahun 2012 beliau memohon kembali ke sekolah dengan jawatan sebagai PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.
5.   Minggu lalu, beliau ditawarkan untuk kenaikan pangkat sebagai GURU BESAR DGA 34 dan beliau terima. Beliau TERIMA.

MALANGNYA .... APA YANG AKU TERIMA DI TAHUN  1989 TELAH MENIMPA DIRINYA ....... AKU HANYA BOLEH BERKATA ... "INILAH YANG AKU TERIMA DULU .... TERUSKAN .... DAN TUNJUKKANLAH KEMAMPUAN KAMU".


Sejak beberapa lalu, isteriku begitu gelisah. Apakah yang diterimanya sekarang ini ... samalah dengan apa yang aku terima di Tahun 1989 lalu .... dimana beliau dikatakan:-
1.   Terlalu BARU .... kenapa terus jadi GB?
2.   Dari PK Kokurikulum terus ke GB DGA34
3.   BUTAKAH mata siapa yang melantiknya?
4.   Mampukah dia mengandalikan sekolah?

Pada aku, itu semua tak penting .... aku hanya memikirkan .... ALLAH TELAH MAKBULKAN DOA AKU YANG AKU DAMBARKAN DI TAHUN 1990AN LALU.

Aku hanya mampu mendoakan .... SEMOGA ANDA BERJAYA MENUNJUKKAN
YANG TERBAIK

INSYA ALLAH
AMIN


2 comments:

  1. Tahniah kepada Cikgu dan isteri... sesungguhnya perjalanan hidup ini ketentuan Illahi

    ReplyDelete