Wednesday 11 July 2012

ANWAR ... ANWAR ... TAK HABIS2 DENGAN "KES LEWAT"?





KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar 
Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa 
rayuan itu difailkan tengah hari semalam.Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan
 tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu. 

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman 
bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan. 

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah 
memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang 
diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari). 

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

 - BERNAMA

No comments:

Post a Comment