Thursday, 29 March 2012

"VALE" TLK RUBIAH .... BAKAL MENJANA EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT TEMPATAN

Beberapa hari ini aku ternampak beberapa JEMPUTAN oleh RAKAN PEMBANGKANG untuk mengadakan satu perhimpunan di hadapan pintu masuk projek berkenaan.


Beberapa poster telah diwujudkan di Laman FB untuk menjemput siapa yang berminat hadir dengan alasan YANG DIKATAKAN MUNASABAH. BETUL KER ?

Terpanggil aku menelitinya lalu aku jumpa beberapa petikan serta memberikan jawapannya berdasarkan apa yang aku fikirkan sebagai PENDUDUK TEMPATAN dan PENDUDUK AWAL NEGERI PERAK.
Berkat kenalan yang ramai. aku telah meminta bantuan kawan aku di OBML untuk mendapatkan gambaran tentang isu VALE. Melalui beliau, telah mendapat no telefon untuk dihubungi dengan orang yang lebih arif tentang VALE.


Aku pun berhubung dengan sahabat yang bertugas dengan sebuah NGO iaitu SAHABAT ALAM MALAYSIA yang merupakan NGO yang memperjuangkan soal alam sekitar.

Melalui sembang ditelefon yang hampir sejam, aku mendapat maklumat serta pandangan beliau tentang VALE.

Antara perkara yang menjadi kebimbangan beliau ialah:

1. Pihak VALE tidak mengikut apa yang dijanji iaitu tidak menggunakan jalan utama. Namun sehingga ke hari ini, lori-lori yang mengangkut barang dari tapak kilang VALE masih terus menggunakan jalan utama. Ia menjadi kebimbangan penduduk tempatan kerana jalan telah mulai mendap akibat lori2 yang besar dan menjadi kebimbangan akan berlaku kemalangan melibatkan keluarga mereka.

JAWAPANNYA.

a)   Sebentar tadi saya melalui jalan berkenaan didapati TIADA YANG MENDAP dan didapati syarikat telah melakukan kerja pembersihan jalan di sekitar hadapan tapak projeknya.

b)   Urusan Jalan Utama di bawah kelolaan JKR dan bukan syarikat ini saja yang menggunakan jalan ini.

c)   Sejak projek dimulakan, belum pernah didengari ada kemalangan yang berlaku melibatkan syarikat ini.

d)   Gerai-gerai dah nampak bertambah dalam ertikata lain ... EKONOMI  TEMPATAN DAH MULA TERJANA ..... (ada masyukkkk).

2. Meminta supaya 'buffing zone' diserah kembali kepada penguatkuasa tempatan untuk dikawal selia.

JAWAPANNYA.

a)   Siapa yang menyelia itu tidak penting tetapi PENEGASAN DARI PIHAK PENGUASA ADALAH PENTING.

b)   Pihak syarikat memberi jaminan dan telah mula melakukan PENANAMAN dan PENGAWALAN UNTUK PENGEKALAN "KEHIJAUAN".

c)   Beberapa sesi PENGHIJAUAN telah pun dirancang bersama-sama dengan NGO Tempatan seperti penanaman pokok pilihan dan sebagainya.

3. Memperjuangkan hak-hak nelayan yang akan kekurangan mata pencarian akibat dari pembinaan Jeti untuk kapal-kapal besar VALE yang akan berlabuh.

JAWAPANNYA.

a)   Selama beberapa bulan saya menjadi Nelayan di sekitar kawasan ini, hanya terdapat beberapa buah sampan kecil sahaja yang beroperasi di sini iaitu di celah-celah batu di pinggir pantai.

b)   Sebagaimana Jeti Jana Manjung (bersebelahan), jeti ini telah membantu para nelayan tempatan. Tiang-tiang jeti berkenaan UMPAMA TUKUN TIRUAN bagi para nelayan dan juga dijadikan tempat berteduh apakala HUJAN, RIBUT dan seumpamanya.

c)   Panjang jeti yang akan dibina hanyalah 1.8km dari pantai tidak memberi kesan apa-apa terhadap laluan kapal dagang dan TLDM (rujuk skala) berbanding dengan Projek Marina Islands yang menjadi TUMPUAN SEKARANG ini termasuk Pihak Pembangkang untuk BERAGENDA.

JANA MANJUNG YANG TERLETAK BERSEBELAHAN TAPAK PROJEK
(AGAKNYA .... INILAH RUPA LEBIHKURANG NANTI)

4. Mempertahankan status kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan dan tidak perindustrian.

JAWAPANNYA.

a)   Saya pernah bertanya kepada Warga Tempatan berkenaan dengan kawasan ini sebagai KAWASAN PELANCONGAN.

Soalan  1    :  Pernahkah pergi ke Tlk Rubiah sejak kebelakangan ini ?
Jawapan 1 :  Aku bukan ada kayu golf.
Jawapan 2 :  Aku pernah pergi sekali .... pantainya kurang cantik.
Jawapan 3 :  Aku pergi Tlk Senangin ... tapi di sana banyak lalat ... itu saja yang cacatnya.
Jawapan 4 :  Bukankah dah jadi Tapak Kilang Besi .... banyakkah kerja kosong ?

Dalam ertikata lain .... seorang pun tak kisah sama ada kawasan itu PELANCONGAN ataupun PERINDUSTRIAN.

RAMAINYA PENGUNJUNG ........ HINGGA TAK TERBILANG (2004)

YANG BERKUNJUNG KE SINI KEBANYAKANNYA GOLONGAN INI

INILAH PEMINAT SETIA TLK RUBIAH
SIAPA DIA NI ... 
TAK ADA SEPATAH PUN KOMENNYA 
DALAM BAHASA MELAYU

b)     Takkanlah syarikat ini berani membina projek yang begitu besar jika TIDAK MENDAPAT KELULUSAN DARI JABATAN ALAM SEKITAR?.

Saya akan cuba mendapatkan penjelasan dari Pihak Syarikat melalui Program Hari Terbuka VALE yang dikatakan akan bermula April ini.

KALAU NAK IKUT JOM LER .... MARI KITA DENGOR SENDIRI DARI PIHAK SYARIKAT .... BUKANNYA DARI CELOTEH PIHAK YANG SAYA RASA ADA BERKEPENTINGAN TERSENDIRI.


No comments:

Post a Comment