Saturday, 31 March 2012

RAKAMAN PERKARANGAN KILANG BESI VALE PADA 31 MAC 2012 (1.00PM) SEMPENA PERHIMPUNAN BANTAHAN PENGWUJUDANNYA.

Hasrat aku untuk melihat DERETAN KENDERAAN PESERTA BANTAHAN di sepanjang 1km terakhir tidak kesampaian, lalu aku rakamkan pula PERKARANGAN PINTU HADAPAN KILANG BESI VALE.







LIHATLAH APA YANG AKU RAKAMKAN.

1.   Tiada seorang peserta yang masih berada di situ.
2.   Hanya terdapat beberapa POSTER yang digantung di    
      persekitarannya.
3.   POSTER YANG TERGANTUNG, ada yang MEMBANTAH,  
      ada yang MENYOKONG wujudnya Kilang Besi VALE ini.
4.   Tiada SAMPAH SARAP yang ditinggalkan.Ini bermakna 
      kemungkinan :-
      a)  PARA PESERTA PRIHATIN terhadap sampah sarap?
      b)  TELAH DIKUTIP agar nampak BERSIH ?
      c)  TELAH DISEDIAKAN BEKAS SAMPAH ?
      d)  KURANG MENDAPAT SAMBUTAN ?
      e)  HUJAN/GERIMIS YANG BERLARUTAN


KEMUNGKINAN AKU TERLAMBAT lalu aku terus ke menuju MARKAZ mereka (KEDAI ABANG BAHAROM di Kunci Air Sematang) .... hanya tinggal beberapa orang sahaja di sana.

Lalu aku order "Nescafe Panas Susu Lebih Jangan Tarik" yang menjadi MINUMAN RASMI AKU sejak sekian lama. Aku habiskan dua batang rokok hinggalah anak aku telefon untuk mengambilnya di SMK CONVENT kerana beliau masuk Pertandingan Public Speaking di sana.

ITU SAHAJA LAPORAN "KILANG BESI VALE" untuk kali ini. Berjumpa di lain paparan ... ingin saya coretkan :-

" LAKUKANLAH SEIKHLAS MUNGKIN DAN ELAKKAN DIRI DARI DIPERALATKAN OLEH PIHAK TERTENTU".

Sekian, WALLAHHUALAM.

6 comments:

  1. 5000 Orang Hadir Di Himpunan Pembangkang Membantah Kilang Vale Di Teluk Rubiah..??

    http://parlimenlumut.blogspot.com/2012/03/5000-orang-hadir-di-himpunan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5000 ker ... 50 orang ... mana satu yang betul ni ... aku tak cakap pun berapa ...sebabnya aku tak nampak atau tak ada orang pun yang bagi tau berapa ramai

      Delete
  2. Den berharap perjuangan Cikgu berjayo
    Selamat Cikgu, isteri, anak dan cucu
    Menghidu asap bosi
    Berenang dalam air karat
    Semoga sihat walafiat hingga akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kamu sibuk tu buat apa ... kalau Pakatan perintah pun ... benda ni kan jadim .... entah2 lagi cepat buatnya .... maklumlah merteka tu RAMAI YANG PELAHAP.

      Delete
    2. Ayo, Cikgu bukan tak tahu
      Orang PR sentiaso diawasi oleh SPRM atas arahan UMNO
      Kalau PR pelahap lamo dah kono sumbek dalam penjaro
      Dah ompek tahun tiado seorang pun yang SPRM dapek tangkap
      Kalau orang PR kono tangkap
      Habis semuo surek khobar muko dopan tulis
      Pemimpin PR kono tangkap siap dongan gambar laye
      Yan kono tangkap
      Asyik asyik orang UMNO ajo

      Delete