MASA MULA : 6.45 AM
Singgah
sekejap di Pekan Sari,
Beli rokok berkartun-kartun,
Bulan tidak bersinar lagi,
Mari kita berbalas pantun....
moh le kite.......hehehehehe....
Beli rokok berkartun-kartun,
Bulan tidak bersinar lagi,
Mari kita berbalas pantun....
moh le kite.......hehehehehe....
Wednesday
at 6:45am · · 2
anak itik terkedek-kedek ,
anak ayam
menari-nari ,
siapa kata bulan tak cantek ,
tunggu PRU pasti ia nya bersinar
lagi....................
Baba Gandhi Ayam makan nasi berkari.
Ayam tua dagingnya liat,
Kita tetap menunggu hari,
Kita sokong Perikatan Rakyat.
Ayam tua dagingnya liat,
Kita tetap menunggu hari,
Kita sokong Perikatan Rakyat.
Wednesday
at 7:47pm · · 2
Budin Mat Derus Nana Manjung pakai pelikat,
Tapi sayang warnanya kusam,
Pru 13 dah makin dekat,
Nasib BN nampaknya kelam
Tapi sayang warnanya kusam,
Pru 13 dah makin dekat,
Nasib BN nampaknya kelam
Namad Natun Nala hmmm...
asyik bersembang tersesat jalan,
berpatah balik mengubah haluan;
piyem tipiyem kerap berjalan,
kenapa perak jadi tumpuan...
asyik bersembang tersesat jalan,
berpatah balik mengubah haluan;
piyem tipiyem kerap berjalan,
kenapa perak jadi tumpuan...
Labun Cikgulin Tumpang sekaki.
One two three,
Satu dua tiga,
Cuba kira dengan jari,
Fahaman pun pecah tiga.
One two three,
Satu dua tiga,
Fahaman pun pecah tiga.
Moshe Dayan tiga..tiga jadi enam,
harga borong beli pukal,
kira undi...enam jahanam,
jari penting nak calit dakwat kekal....
harga borong beli pukal,
kira undi...enam jahanam,
jari penting nak calit dakwat kekal....
Thursday
at 2:41am · · 2
Namad Natun Nala hmmm...,
bercelak bersanggul orang perempuan,
diselit sekuntum si bunga cina;
parit buntar menjadi tumpuan,
orang pangkor bercadang kesana ...
bercelak bersanggul orang perempuan,
diselit sekuntum si bunga cina;
parit buntar menjadi tumpuan,
orang pangkor bercadang ke
Thursday
at 5:14am · · 1
Namad Natun Nala hmmm...,
pendekar lamalima
sahabat,
kepada raja amat berjasa;
pastinya perak gelanggang terhebat,
biyen seram terlepas kuasa...
pendekar lama
kepada raja amat berjasa;
pastinya perak gelanggang terhebat,
biyen seram terlepas kuasa...
Namad Natun Nala hmmm...,
cempedak langsat serta rambutan,
habis diborong sekeluarga nyonya;
pengkalan bharu jadi rebutan;
tuah nasib siapa yang punya...
cempedak langsat serta rambutan,
habis diborong sekeluarga nyonya;
pengkalan bharu jadi rebutan;
tuah nasib siapa yang punya...
Pasang
jaring d sini d sana ....
Lebih bijaksana bekerja Bersama2,
InsyALLAh dapat Tangkapan sempurna
Kerana
ALLAH jua bakal Menentukanya......:}
Labun Cikgulin .
Pat-pat siku lipat,
Siapa cepat dia dapat.
Pat-pat siku lipat,
Siapa cepat dia dapat.
Budin Mat Deris pergi ke Kelantan, Siren
berbunyi bersiap siaga lah anda; ...See More
Buah pulasan buah moktan,
Masukkan buah ke dalam gundi,
Pengkalan Baru jd rebutan,
Manaf, Azhar, Ali dan Pakngah Hamdi...
jawab le????
Masukkan buah ke dalam gundi,
Pengkalan Baru jd rebutan,
Manaf, Azhar, Ali dan Pakngah Hamdi...
jawab le????
Thursday
at 5:34pm · · 1
Nana Manjung buah moktan....kah..kah...kah.. .tegelak
sat aku....ha...dengax cek no...dengax mai pantun nana ni baik2
ikan seludu si ikan pelotan,
angkat bubu
ikan terlepas;
Pangkalan Bharu jadi rebutan,
aku ingat depa tu semuanya
'MELEPAS'.
Ayuni Inuya P Kedah P tanjung,
Tolong belikan ikan selangat;
Pesanan untuk Nana Manjung,
Bila bancuh air jangan gelak sangat.
Tolong belikan ikan selangat;
Pesanan untuk Nana Manjung,
Bila bancuh air jangan gelak sangat.
Thursday
at 5:42pm · · 1
Nana Manjung kah...kah...kah...boleh aihh...pakai
mask la....kah...kah...kah...
Thursday
at 5:43pm · · 1
Ribut Manjung MARI MENJALA ANAK PUYU,
PUYU MENYOROK DALAM LUMPUR,
TAK SABAR RASANYA MENANTI PRU,
UNTUK MELIHAT UMNO TERSUNGKUR..........
PUYU MENYOROK DALAM LUMPUR,
TAK SABAR RASANYA MENANTI PRU,
UNTUK MELIHAT UMNO TERSUNGKUR..........
Thursday
at 6:09pm · · 3
Baba Gandhi Haram..harus dan wajib,
Putih bersih mcm kapas;
Tunggulah pengumuman dari Najib,
Undilah PKR..DAP dan PAS.
Putih bersih mcm kapas;
Tunggulah pengumuman dari Najib,
Undilah PKR..DAP dan PAS.
Thursday
at 6:20pm · · 2
Namad Natun Nala hmmm...,
anak keridik si anak lipas,
mana nak sama si anak gagak;
pakngah hamdi tak mau lepas,
azhar manaf ali azman pun mau jugak...
anak keridik si anak lipas,
mana nak sama si anak gagak;
pakngah hamdi tak mau lepas,
azhar manaf ali azman pun mau jugak...
Namad Natun Nala hmmm... Nana
Manjung,
ke teluk sera mencari rotan,
rotan saga di atas para;
pengkalan bharu jadi rebutan,
pasir panjang turut bergelora...?
ke teluk sera mencari rotan,
rotan saga di atas para;
pengkalan bharu jadi rebutan,
pasir panjang turut bergelora...?
Labun Cikgulin .
Nuar Brahim terkena cabuk,
Kurap panau lekat di telinganya,
Hangpa semua awat nak sibuk,
Pantai Remis hangpa ngundinya.
Nuar Brahim terkena cabuk,
Kurap panau lekat di telinganya,
Hangpa semua awat nak sibuk,
Pantai Remis hangpa ngundinya.
Thursday
at 10:37pm · · 1
Namad Natun Nala hmmm...,
kepala hantaran si sirih junjung,
ditatang saja usah dijunjung,
usah ditinggal adat lama;
group manjung kisahkan manjung,
pengkalan dan pantai di dalam manjung,
kisah negara diselit sama...
kepala hantaran si sirih junjung,
ditatang saja usah dijunjung,
usah ditinggal adat lama;
group manjung kisahkan manjung,
pengkalan dan pantai di dalam manjung,
kisah negara diselit sama...
17
hours ago · · 1
buah mempelam si buah mangga,
dibeli di
kedai Pak Shukur; awas...
cikgu Lin berjaga-jaga, DUN Belanja ,
DUN
bota...harus ikut tersungkur.
5
hours ago · · 1
malam jumaat perasap keris,
jangan
dilangkah batang gaharu;
sungguh pun aku anak pantai remis,
aku ngundi
pangkalan bharu. (bukan apa...boleh ngundi PAS...kah...kah...kah)
5
hours ago · · 1
Labun Cikgulin Nana
Manjung ....
Baik-baik memegang pisau,
Terkena kaki tentulah dengkut,
BOTA aku tak risau,
BELANJA aku tak takut.
Baik-baik memegang pisau,
Terkena kaki tentulah dengkut,
BOTA aku tak risau,
BELANJA aku tak takut.
about
an hour ago · · 1
Labun Cikgulin Nana
Manjung
Jangan suka menongkat dagu,
Melihat orang menuju jeti,
Pangkor sudah tentu menunggu,
Pasir Panjang dah sedia menanti.
Jangan suka menongkat dagu,
Melihat orang menuju jeti,
Pangkor sudah tentu menunggu,
Pasir Panjang dah sedia menanti.
Labun Cikgulin Nana
Manjung dll
Sungguh cantik puteri kayangan,
Siang malam dalam ingatan,
Changkat Jering dalam bayangan,
Trong pulak dalam lipatan.
Sungguh cantik puteri kayangan,
Siang malam dalam ingatan,
Changkat Jering dalam bayangan,
Trong pulak dalam lipatan.
Zakaria Abdul Kadir apa cerita yeop gendang belum di palu
tapi angan-angan dah tinggi teman rase perak dapat kat pakatan lagi.
Labun Cikgulin Dun mana pulak yekkkk.
Kalau tuan pergi Selama,
Jangan lupa bawa tenggiri
Lubuk Merbau bakal menjelma,
Kuala Kurau menunggu hari.
Kalau tuan pergi Selama,
Jangan lupa bawa tenggiri
Lubuk Merbau bakal menjelma,
Kuala Kurau menunggu hari.
menongkat
dagu cuma berfikir,
Pangkor n Pasir Panjang sedia menunggu,
usah gusar jauh
sekali khuatir,
WANITA BN SEDIA MEMBANTU.
Labun Cikgulin TQ Saripah
Fatimah Syed Ismail ..... HIDUP BN
Labun Cikgulin Nak bagi tau YB Nizar ... tolong
sampaikan
Besar sungguh buah kundur,
Besar lagi buah nangka,
Sebelum tumbang baik berundur,
Nanti mana nak letakkan muka.
Besar sungguh buah kundur,
Besar lagi buah nangka,
Sebelum tumbang baik berundur,
Nanti mana nak letakkan muka.
Pasang pelita di tengah rumah,
Asapnya
hitam masuk ke hidung,
Bukan nak kata,bukan nak tohmah,
PR 13 ni nasib
BN...mendung....
Labun Cikgulin Budin
Mat Derus .... dengor yek
Asapnya hitam masuk ke hidung,
Jangan dikorek di bulan puasa,
Pakatan Rakyat dah mula condong,
Rebahlah ia menunggu masa.
Asapnya hitam masuk ke hidung,
Jangan dikorek di bulan puasa,
Pakatan Rakyat dah mula condong,
Rebahlah ia menunggu masa.
Sayang Serawak sungainya sempit,
Tempat
mandi si anak Iban,
Jangan diikut pikiran yang sempit,
Kelak nanti merana badan
pergi
selama mencari lokan,
Masak tumis buat hidangan,
InsyALLAH Wanita akn usahakan,
BN akan beroleh Kejayaan.
Masak tumis buat hidangan,
InsyALLAH Wanita akn usahakan,
BN akan beroleh Kejayaan.
Labun Cikgulin Cewahhhh .... Saripah
Fatimah Syed Ismail tu.....
Labun Cikgulin Budin
Mat Derus ..... ini jawabnya.
Tempat mandi Si Anak Iban,
Si Bujang Senang sedia menanti,
Nizar kononnya nak kena tereban,
Hj Imran cuba nak ganti.
Tempat mandi Si Anak Iban,
Si Bujang Senang sedia menanti,
Nizar kononnya nak kena tereban,
Hj Imran cuba nak ganti.
Budin Mat Derus Ini jawabnye............
Kalau tebang
pohon meranti,
Jangan terkena si pohon kempas,
Biorr sape pon yang jadi
pengganti,
Asalkan calonnye PAS.
anak
ikan terlompat-lompat,
d jadikan mainan si anak2,
InsyAllah mereka x dapat tempat,
Kami sedia menggempur bersama Shahrizat.
d jadikan mainan si anak2,
InsyAllah mereka x dapat tempat,
Kami sedia menggempur bersama Shahrizat.
49
minutes ago · · 1
Kes NFC sudah jadi bualan,
Ramai rakyat
merasa pilu,
Buat apa hang nak sokong org yang nak kena tereban,
Tidak kah
hangpa merasa malu?
Labun Cikgulin Apa pulak korang nyer ......
Sudah terang lagi bersuluh,
Takkan sampa nak nampak tanah,
Satu dunia dah tentu heboh,
Kes Nuar dikatakan FITNAH.
Sudah terang lagi bersuluh,
Takkan sampa nak nampak tanah,
Satu dunia dah tentu heboh,
Kes Nuar dikatakan FITNAH.
Kebaya pendek pakaian nyonya,
Jahitannya
beliku berlipat-lipat,
Biar si Nuar dengan halnya,
Asalkan dia tak rembat duit
rakyat.
Beg tangan berharga beribu-ribu,
Cincin
pula 24 juta,
Yang dok memerintah, penipu,
Yang dok sokong ,buta...!!!
Sungguh harum bunga kesidang,
Pokoknya
menjalar di atas sabut,
Mahkamah Perancis dah nak bersidang,
Ramai jugak yang
kecut perut.
15
minutes ago · · 1
Pergi ke Grik singgah di Pendiat,
Durian
di bawa ke dalam lori.
Siapa sj calun Pakatan Rakyat
Tetap berwibawa n berintergriti
Tetap berwibawa n berintergriti
12
minutes ago via mobile ·
Labun Cikgulin Kikikiki ....
Sayang Mat Sabu ditangkap KHALWAT,
Dalam bilik ..... 5 minit lamanya,
Saksi dipinggir siapa yang buat,
Terlepas dia adakah selamanya?.
Sayang Mat Sabu ditangkap KHALWAT,
Dalam bilik ..... 5 minit lamanya,
Saksi dipinggir siapa yang buat,
Terlepas dia adakah selamanya?.
Budin Mat Derus Cekgu tanya susah nak jawab, Sebab saya
tiada di sana, Di akhirat kelak dia yang jawab, Kita tidak kena mengena.
Labun Cikgulin Hihihihi
Pabila telunjuk mencucuk mata,
Tersadung akar terpaksa dipimmpin,
Memang itulah yang akan di kata,
Takkan itu dijadikan pemimpin?.
Pabila telunjuk mencucuk mata,
Tersadung akar terpaksa dipimmpin,
Memang itulah yang akan di kata,
Takkan itu dijadikan pemimpin?.
Zulkifli Ismail kes tak lekat...pilih pemimpin yg
bininya tahu tutp aurat, anaknya pula tak ada kereta sport mewah, pilih juga
pemimpin yg tahu didik anak tak jadi samseng
a
few seconds ago ·
Labun Cikgulin ULANG BALIK PANTUN INI.
Pabila telunjuk mencucuk mata,
Tersadung akar terpaksa dipimmpin,
Memang itulah yang akan di kata,
Takkan itu dijadikan pemimpin?.
Pabila telunjuk mencucuk mata,
Tersadung akar terpaksa dipimmpin,
Memang itulah yang akan di kata,
Takkan itu dijadikan pemimpin?.
PANTUN TERAKHIR (MASIH BERPANTUN LAGI NI)
TARIKH : 24 MAC2012 (SABTU)
MASA : 12.45 AM
sini pun ada pantun PRU
ReplyDeletehttp://fouuzie.blogspot.com/2013/04/pru-13-versi-pantun-makanan-2.html
antaranya:
Daging goreng berkacang panjang
ikan selar dimasak singgang
nama tercalon senyum memanjang,
jalan mengepak hidung pun kembang.