Sunday 5 August 2012

DINASIHATKAN KEPADA PENGURUSAN FELCRA BERHAD.... JANGAN PINGGIRKAN PENDUDUK TEMPATAN.



YB PARLIMEN PARIT 
DAN
YB PARLIMEN PASIR SALAK MRKP PENGERUSI FELCRA BERHAD

Semasa Perak dinasihati oleh Inggeris (sebelum Merdeka), satu percubaan British untuk MEMILIKI TANAH DI MUKIM BOTA DAN LAMBOR di Daerah Kecil Parit telah ditentang oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Allahyarham Nasarudin Rais dan Al Marhum Sir Raja Chulan di mana Allahyarham meninggal dunia (kapal terbang terhempas) ketika ke GOA, INDIA untuk berjumpa dengan Gabenor di sana. Jalan raya telah dibina hingga ke pinggir tanah berkenaan dan sebuah Padang Kapal Terbang (12 penumpang) telah di bina di Lambor bagi tujuan PEMILIKAN.


Sebagai mengenang jasa ... kawasan berkenaan dinamakan FELCRA NASARUDIN.

Juga, di tahun 1970an, satu lagi kejadian di mana KERAJAAN NEGERI ingin memberikan kepada FELCRA untuk dimajukan telah mendapat tentangan dari Arwah En. Sabran Munir dan Allahyarham Ayahandaku .... TETAPI GAGAL .... terserahkan RIBUAN EKAR TANAH DI MUKIM BOTA DAN LAMBOR KEPADA FELCRA.

ALLAHYARHAM AYAHANDAKU
SELAKU KETUA UMNO CAWANGAN BATU 16, LAMBOR KANAN
(GAMBAR HIASAN)

ALLAHYARHAM EN SABRAN MUNIR
KETUA UMNO CAWANGAN TLK BAKONG



Masa itulah Allahyarham Dato' Asri selaku Menteri Tanah memasukkan PESERTA PILIHAN MEREKA yang rata-rata PENYOKONG PAS. Selepas itu, apabila PAS keluar dari Barisan Nasional .... Daerah Mengundi (Jalan Tronoh) terkenal dengan KAWASAN PEMBANGKANG.

Tak selesai di situ sahaja ... semasa Pemerintahan Mantan Tan Seri Ramli Ngah Talib menjadi MB Perak .... kemasukan Peserta dari BUKAN BOTA DAN LAMBOR tak dapat dielakkan.

Bukan itu sahaja .... tanah FELCRA yang tiada berpenghuni .... hasilnya dijadikan LADANG RAKYAT di mana pernah bersusun-susun bas dari LUAR BOTA DAN LAMBOR mengambil dividen di Dewan SMDARY yang kebanyakannya dari dari kawasan Parlimen Pasir Salak (PRU 1995). Ada juga "MAMI JARUM" yang datang menerima dividen dalam Projek Rakyat Termiskin berkenaan.

Baru-baru ini, aku mendapat satu PANGGILAN TELEFON .... memberitahu bahawa ... PENGURUSAN FELCRA AKAN MEMASUKKAN PESERTA LAGI UNTUK PERINGKAT YANG BELUM ADA PESERTA.

Aku takut .... sejarah akan berulang ... di mana dalam RATUSAN PESERTA YANG DIMASUKKAN ..... HANYA ADA DUA (2) ORANG SAHAJA PESERTA DARI MUKIM BOTA DAN LAMBOR .... LAINNYA DARI LUAR TERUTAMA DARI PASIR SALAK  DAN LARUT.

Jadi, saya ingin menasihatkan kepada KERAJAAN NEGERI DAN PENGURUSAN FELCRA ..... AGAR 
1.   HORMATILAH TUAN TANAH
2.   JANGAN UTAMAKAN KRONI SAHAJA TANPA PERLU MEMIKIRKAN KESANNYA TERHADAP PENDUDUK TEMPATAN.

Aku teringat di masa PEMBUKAAN TANAH DI FELCRA SEBERANG PERAK .... di mana masa itu ayahandaku cuba memasukkan beberapa penduduk dari Parlimen Parit sebagai peserta TETAPI DITOLAK DENGAN ALASAN .... 
1.  HANYA UNTUK PESERTA KAWASAN PASIR SALAK SAHAJA dan
2.  PESERTA DARI KAWASAN BENDANG (UTARA PERAK) UNTUK DIJADIKAN "GURU".

....... meloponglah Penduduk Parlimen Parit yang berhajat nak jadi peserta walaupun berjiran. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila memasukkan peserta di FELCRA NASARUDDIN di mana ORANG LUAR dimasukkan .... melopong lagi penduduk tempatan.

Jadi .... kalau BERITA INI BENAR .... JANGANLAH BERI PENDUDUK MUKIM BOTA DAN LAMBOR "MELOPONG" BUAT KE SEKIAN KALINYA dan JANGANLAH ANGGAP PENDUDUK TEMPATAN DI SINI "BINGUNG" ATAU DIBINGUNGKAN SEBAGAIMANA "SEJARAH PAK KADUK" .... DI MANA BELIAU MENYERAHKAN TANAHNYA TETAPI "DIDONGENGKAN" SEBEGITU RUPA SELEPAS ITU.

Juga, saya syorkan juga agar PEGURUSAN FELCRA menyemak kembali PRESTASI PESERTA RAKYAT TERMISKIN yang dipilih ..... RELEVAN ker lagi?

Wallahhualam.

J

No comments:

Post a Comment