Wednesday, 21 October 2020
Tuesday, 20 October 2020
HEBATNYA TUN M. TUBUHKAN DUA UMNO
UMNO (ASAL)
UMNO (BARU)
UMNO (PPBM)
A. LATAR BELAKANG
Tahun 1988, Tun M menubuhkan UMNO (Baru) dan menyingkirkan ramai tokoh UMNO (lama) termasuklah YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
Setelah tidak diterima menjadi Ahli UMNO (Baru), kumpulan ini menubuhkan Semangat 46 (S46) tetapi tidak bertahan lama, akhirnya mereka diterima menyertai UMNO (Baru).
Sebelum PRU 14, berlaku pergeseran lagi di kalangan para pemimpin UMNO (Baru) hingga terpecat/terkeluarnya beberapa pemimpin termasuklah TSMY dan Tun M.
Tun M lagi sekali telah menubuhkan sebuah parti baru yang juga namanya PPBM tetapi berjenama UMNO.
B. PARTI-PARTI BERJENAMA UMNO
Jadi, Tun M telah menubuhkan DUA PARTI UMNO dalam tempoh 30 tahun.
1. UMNO (Baru) menggunakan semua SEJARAH UMNO (ASAL) walhal parti ini ditubuhkan di Tahun 1988.
2, UMNO (PPBM) menggunakan sebahagian dari CIRI-CIRI UMNO (ASAL).
C. TUN M MUDAH LUPA
Semasa penubuhan UMNO (Baru), Tun M mempastikan semua para penentangnya dalam Pemilihan MKT UMNO 1986 tidak tersenarai dan disebabkan kuasa ada di tangan .... ramai tersingkir.
Selepas UMNO (PPBM), beliau cuba melakukan perkara yang sama apabila meletakkan KUASA MEMILIH KEAHLIAN di tangan anaknya. Ini mendapat tentangan DALAMAN di mana ramai yang mengharapkan ramai menyertai UMNO (PPBM).
Pergerakan yang dilakukan seolah-olah SKRIP 1988 tetapi MELAYU TAK MUDAH LUPA ... cuma TUN MUDAH LUPA bahawa para pemimpin UMNO (PPBM) telah bersedia untuk mengelakkannya berkuasa sepanjang zaman atas agenda yang tak pasti seolah-olah berkuasa di hati.
Lantaran perkara-perkara tertentu, sekumpulan Pemimpin UMNO (PPBM) tlah disingkirkan dari parti. Tun M sendiri dipecat melalui surat yang dimandatkan oleh pucuk pimpinan kepada SUK UMNO (PPBM) iaitu Suhaimi Yahya yang dianggap "BUDAK PEJABAT" oleh pihak berkenaan.
SUK UMNO (PPBM)
Teringat, bagaimana peritnya jiwa Ahli-ahli UMNO (Asal) yang dinafikan menyertai UMNO (Baru) begitu juga rasanya Tun M dan kumpulannya apabila dinafikan dari UMNO (PPBM).
Kumpulan Ku Li akhirnya menubuhkan S46, sementara Tun M telah menubuhkan PEJUANG sebuah parti baru yang tidak lagi BERJENAMA UMNO.
"JERAT TAK PERNAH MEMILIH MANGSA" ... kadang-kadang Si Penjerat yang lupa akan jeratnya.
Monday, 19 October 2020
BETULKAH YAB MB KHIANATI UMNO PERAK?
Saturday, 17 October 2020
HIDUP MATI UMNO DIPUTUSKAN MINGGU INI
MINGGU INI
PELBAGAI ISU MELANDA UMNO
A. LATAR BELAKANG
Selain dari keresahan akar umbi, berlaku juga kecelaruan di kalangan para pemimpin maupun di kalangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) atau pun bukan MKT. Kenyataan membina dan membunuh sering terpapar di media sosial yang mampu diandaikan secara positif atau sebaliknya oleh netizen khasnya penyokong UMNO.
Kesempatan ini telah dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Sasaran utama mereka adalah akar umbi UMNO dan sekutunya yang rapat.
Di antara isu utama adalah :-
1. MUAFAKAT NASIONAL (MN)
2. PERIKATAN NASIONAL (PN)
3. BARISAN NASIONAL (BN)
4. KERAJAAN PUSAT PERIKATAN NASIONAL
5. KERAJAAN NEGERI PERIKATAN NASIONAL
Juga, terdapat beberapa ISU DALAMAN yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum menangani masalah luaran yang mampu menggugat kestabilan UMNO.
1. Kenyataan dan Sikap Ahli MKT
2. Kenyataan dan Sikap Bukan Ahli MKT
3. Komen Akar Umbi yang menyandang jawatan
- berkomen mengikut perasaan tanpa merujuk atau rujukan
4. Komen Akar Umbi yang tidak menyandang jawatan
- bebas memberi komen dan kadangkala terbabas
5. Komen dan Tingkahlaku "PENYOKONG SETIA"
- seperti biasa seolah-olah UMNO ini masih Dominan
- sering tikam menikam di antara satu sama lain
6. HILANG DARI RADAR
- pemimpin/pembantu menghilangkan diri sebab tiada kepentingan
7. Masing-masing cuba menjadi juara.
Berikan masa dan ruang kepada MKT untuk membuat keputusan dan halatuju UMNO dan Keputusan Perjumpaan Muafakat Nasional (MN) pada 19 Okt 2020 dan Mesyuarat MKT pada 20 Okt 2020 adalah KEPUTUSAN TERPENTING.
HANYA 15 MEDIA SAHAJA DIBENARKAN MASUK DEWAN PARLIMEN PADA 2 NOV 2020 NANTI
PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT BERIKUTNYA
ADALAH PADA : 2 NOVEMBER 2020
A. LATAR BELAKANG
Berdasarkan negara masih lagi dilanda COVID19, langkah-langkah keselamatan perlu dipatuhi.
B. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1. Hanya 2 or 4 orang sahaja bagi setiap organisasi.
2.1 Ujian Swap RT-PCR pada 30 Oktober 2020.
2.2 Kemukakan Keputusan Ujian pada 2 November 2020.
3. Akur kepada SOP yang ditentukan oleh KKM.
C. ORGANISASI YANG DIBENARKAN
1. RTM
2. Bernama
3. TV-Alhijrah
4. TV3
5. NST
6. Berita Harian
7. Astro Awani
8. Utusan Malaysia
9. Sinar Harian
10. The Star
11. The Sun
12. Sin Chew Daily
13. Nanyang Siang Pau
14. Malaysia Nanban
15. Channel News Asia
Organisasi lain disarankan menghubungi RTM atau Bernama untuk mendapatkan bahan.
Sekian, adanya.






