Tuesday, 7 February 2012

SIKAP NEGATIF KEPIMPINAN UMNO

Kita jarang mengetahui HAK dan HAD kita dalam menempuh arus penghidupan terutama dalam bidang kemasyarakatan.


Dalam UMNO, ada beberapa kategori manusia yang terlibat di dalamnya. Ramai di kalangan manusia ini TIDAK MENGETAHUI HAK dan HAD yang dimiliki olehnya yang kadang-kadang menyebabkan orang akan MUAK dan MUAL dan adakalanya MENYEBABKAN ORANG "GETIK".


Berdasarkan pengalaman dah berpuluh-puluh tahun dalam UMNO, aku berani memaparkan .... agar dapat kita MUHASABAH DIRI AGAR UMNO TIDAK JUMUD atau TINGGAL SEJARAH.

Di antara kategorinya (MENGIKUT KEUTAMAAN)  adalah :-

Saya tidak akan menulis segala yang POSITIF kerana MASYARAKAT JARANG NAMPAK KALAU POSITIF.

1.  PEMIMPIN/PENYANDANG
2.  PEMBANTU PEMIMPIN
3.  AJK UMNO
4.  PEKERJA UMNO
5.  AHLI UMNO
6.  ORANG UMNO
7.  VETERAN UMNO
8.  MANTAN PEMIMPIN

Saya akan cuba mengupas satu persatu berkaitan dengan "TOBIAT YANG NEGATIF" SEBAHAGIAN BESAR DARI MEREKA DI ATAS. 

INGAT BAHAWA BUKAN SEMUA BERPERANGAI BEGINI ...SIAPA MAKAN CABAI, TERASALAH PEDASNYA.
BAGI YANG TIDAK TERLIBAT ...
ALHAMDULILLAH .... AMIN



SIKAP PALING NEGATIF
" KALAU TAK ADA AKU ........ "


1.  PEMIMPIN/PENYANDANG

GAMBAR HIASAN SAHAJA
  •    UMNO ni macam HARTA PUSAKA.
  •    Menolak PELAPIS YANG BERPOTENSI.
  •    MELAKUKAN SEBOTAJ (jika tak terpilih dalam PRU).
  •    Tak boleh ditegur.
  •    Kroni didahulukan
  •    Matlamat Utama = Calon PRU 
  •    Menunjukan kemewahan ketika menyandang.
  •    Mengutamakan Pemilihan dan PRU
  •    Tak tau nak senyum dan menyapa.
2.   PEMBANTU PEMIMPIN

  •    "LEBIH CAMCA DARI BUBUR".
  •    BERKRONI terutama  pengagihan Projek/Bantuan.
  •    Selalu mengepong Pemimpin dari orang ramai.
  •    Berlagak lebih.
3.   AJK UMNO
  •    Berhajat nak naik ke atas - keluarkan GOSSIP
  •    Mengutamakan Pemilihan dari PRU
  •    Pengagihan bantuan hanya untuk kroni
  •    Melenyapkan sebahagian besar Peruntukan PRU
  •    Tak boleh ditegur
  •    Songkoknya TERLALU TINGGI 
  •    Berpakaian TAK IKUT KESESUAIAN TEMPAT.
  •    Memaparkan kemewahan/Keraian yang diterima.
  •    Melantik AJK Biro terdiri "TUKANG ANGGUK".
4.   PEKERJA UMNO

  •    Akan cuba bertanding di dalam Pemilihan Bahagian
  •    Mengepong orang ramai mendekati BOSS
  •    Melaporkan YANG SEJENGKAL JADI SEDEPA.
  •    Mencari dan mengeluarkan GOSSIP kepada BOSS
  •    Menganggap UMNO sebagai HARTA PUSAKA
5.   AHLI UMNO
  •    BERHAJAT UNTUK MENJADI AJK
  •    Melebihkan IKAN dari PANCING
  •    Mengugut SEOLAH-OLAH DIA ADA KUASA BESAR
  •    Jika terasa hati (bertindak keluar parti)
6.   ORANG UMNO (ADA YANG BUKAN AHLI UMNO)
  •    KOMENNYA SENTIASA PEDAS
  •    Cakapnya "DIRECT TO THE POINT"
  •    Tak tau nak jaga HATI BOSS 
  •     Selalu tak IKUT PROTOKOL
7.   VETERAN UMNO

  •    CEPAT MERAJUK (kadang-kadang KELUAR PARTI)
  •    SELALU MENGUNGKIT-UNGKIT ("Kalau aku dulu ....")
  •    MINTA DI MULIAKAN
  •    TERLUPA SEJARAH DIRI SENDIRI 
8.   MANTAN PEMIMPIN

  •    MINTA DIDEWA-DEWAKAN.
  •    BERHAJAT UNTUK MERAMPAS KUASA
  •    KELUAR PARTI
  •    BERGOSSIP HINGGA MEROSAKKAN PARTI
  •    BERHAJAT MENDAPATKAN PROJEK LAGI

KALAU ADA PIHAK YANG MARAH
ADA AKU KESAH 
KERANA 
PERJUANGANKU BUKAN KERANAMU.

WALLAHHUALAM

PRU 12 ... PAKATAN RAKYAT "MENANG BETINA" .... JADI SEKARANG NI ... TENGAH NGELABAH .... BAGAIMANA NAK MANTAIN ?

Mereka juga menyatakan bahawa "TAK SANGKA KITA MENANG BANYAK" dan "DAPAT BANYAK NEGERI".

PAKATAN RAKYAT MENANG BETINA DI PRU 12 

Disebabkan RAMAI YANG DAH TAU TEMBELANG MEREKA .... mereka cuba mencari JALAN SINGKAT untuk mempertahankan KERUSI YANG SEDIA ADA.








RAMAI YANG MELIHAT PAKATAN DARI LUARAN SAHAJA

Selain dari ORANG LAMA, mereka juga cuba MEMPERKUDAKAN golongan yang sudah tentu DIACUKAN SEDEMIKIAN RUPA (ibubapa mereka Penyokong Pakatan Tegar) yang berada di IPTA untuk membawa PROPAGANDA serta melakukan KONTROVERSI dari masa ke semasa.

KHALID ISMATH DAN IBUBAPANYA

ADAM ADLI YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN DSAI

KENAPA DSAI MEMILIH GOLONGAN PELAJAR ?

MAKA RAMAILAH YANG MENGAKU PEMIMPIN PELAJAR
YANG MENYOKONG DSAI

Walau pun demikian, Pakatan Rakyat telah menerima IMPAK sejak KES LIWAT DSAI DIBICARAKAN tambahan dengan keluarnya VEDIO TERBARU dimana berlakunya KEMEROSOTAN PENYOKONG bahkan bertambah ramai Pemimpin di kalangan Pakatan Rakyat khasnya PKR yang bertindak menentangnya.

PRESTASI PAKATAN BERTAMBAH MEROSOT DI KALA INI

Disebabkan terlampau ghairah untuk memerintah, Pakatan Rakyat sanggup berbuat apa saja. DSAI dll terpaksa mencari jalan untuk mempengaruhi jiwa rakyat sekali lagi dengan JANJI MANISNYA, PENGIKTIRAFAN PEMIMPIN PKM SEBAGAI PEJUANG dll lagi serta mencabar BN seperti ISU DEBAT DENGAN PM dsbnya walhal .... KENAPA TAK BERDEBAT DI PARLIMEN saja ... di sana kan boleh ... itulah dinamakan PUBLISITI MURAHAN.

MAT SABU DENGAN JENAKA BANGSAWANNYA

PAKATAN RAKYAT CUBA MENGIKTIRAF
PEMIMPIN PKM SEBAGAI PEJUANG NEGARA

Untuk menempoh RANJAU ROAD TO PUTRAJARA .... DSAI dikehendaki mencari DANA sebelum PRU 13 ini. Pemergiannya ke luar negara dan bisikannya di luar negara .... ADAKAH MEMBUAHKAN HASIL ?

ENTAH APA YANG DIBISIKAN OLEH DSAI KEPADA PEMIM[IN YAHUDI NI ?

OLEH ITU,
MUHASABAH DIRILAH AGAR JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN JANJI MANIS
PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT NI
DEMI
"ROAD TO PUTRAJAYA"


WALLAHUALAM

Monday, 6 February 2012

KALAU ISTERI DAH BERTANYA .... MAKNANYA ....

Isteri adalah INSAN yang paling rapat dengan kita. Kebaikan dan kekurangan kita .... DIAlah yang paling tahu dan memahaminya.

Selalunya isteri dapat menerima suaminya SEADANYA jika berkaitan dengan penghidupan TETAPI .... JARANG BOLEH MENERIMA SEADANYA .... JIKA MELIBATKAN KES CURANG DAN SEUMPAMANYA.

Oleh itu, dipaparkan beberapa contoh untuk TATAPAN anda.























Wallahhualam.

Saturday, 4 February 2012

TINDAKAN PERTAMA PAKATAN RAKYAT SELEPAS RIBUT MELANDA FASA 3A DUN PASIR PANJANG ADALAH "MENYELAMATKAN PEMBESAR SUARA"

PAKATAN RAKYAT MEMANG PERIHATIN.


Apabila ribut melanda FASA 3A di DUN Pasir Panjang .... tindakan pertama mereka adalah MENYAMBAR PEMBESAR SUARA.

PEMBESAR SUARA MASIH DIPEGANG SEJAK AWAL MALAM

Sejak mula hinggalah YAB MB Perak datang ..... patutnya berikan kepada NGO YANG BERKENAAN atau Pegawai Pejabat Daerah atau Pejabat Berkenaan.

Teringat aku satu peristiwa di FELCRA Nasaruddin, di DUN Bota semasa Ribut berlaku di Tahun 2008  di mana Bekalan Makanan yang dibawa oleh Wakil ADUN Bota, YB Dato' Nasarudin Hashim ..... JUGA TELAH DIRAMPAS OLEH PIHAK MEREKA .... seolah-olah MEREKALAH YANG PERIHATIN UNTUK MEMBANTU RAKYAT.

Selepas kejadian RIBUT di FASA 3A tu ....  beberapa peristiwa yang boleh dijadikan IKTIBAR kepada UMUM.

1.   Kaunter untuk mangsa melaporkan kerosakan ada dua iaitu Kanter KRT dan Kaunter Pakatan Rakyat.

2.   Pembesar Suara Masjid hanya diPEGANG oleh Pihak Pakatan Rakyat .... kenapa tidak NGO BERKENAAN atau Pejabat Daerah (Pegawai Daerah hadir menziarahi mangsa)

3.    ADUN N51 Pasir Panjang .... hanya diwakili oleh Pembantu Khasnya sahaja .... hingga tengah malam ... ADUN Pasir Panjang (YB DS Mohammad Nizar Jamaluddin)... tidak tampil ... (MUNGKIN DIA SIBUK or SEBAGAINYA).

4.    YAB DS Dr Zambry Abd Kadir yang semasa itu masih di Grik telah tampil pada sebelah malamnya ..... (PEMBESAR SUARA MASIH DI TANGAN PAKATAN).

5.    YAB MB mengarahkan semua mangsa  yang terlibat MENDAFTARKAN DIRI di Kaunter KRT (mungkin dia tahu .... kalau daftar di Kaunter Pakatan Rakyat .... akan ketinggalan atau terlepas pandang).

Agaknya mungkin SEBELUM SUBUH tu YB DS Nizar sampai .... manalah kita tau .... 

Wallahhualam.

BERUAS DIKERUMUNI BERIBU-RIBU WANITA SEJAK SEMALAM

BAGI MENYAHUT CABARAN PRU 13, sejak semalam, Beruas telah dikerumuni oleh beribu-ribu Wanita-wanita UMNO Seluruh Negari Perak. Tahniah kepada pihak penganjur.

TAHNIAH KEPADA UMNO BAHAGIAN BERUAS
TERUTAMA KETUA BAHAGIANNYA
YBHG DATO' ABD MANAF HASHIM
SELAKU TUAN RUMAH
dan
SAHABAT SAYA
CIKGU AZMAN NOH
(NAIB KETUA BAHAGIAN)

MEMANG BERSEMANGAT

Berdasarkan pengalaman saya, Gerakerja Wanita (termasuk Puteri) UMNO ini lebih aktif berbanding dengan gerakerja Kaum Lelaki.

ALANGKAH MANISNYA KALAU SEMUA BERTUDUNG

SERONOKNYA BERGAMBAR, TAPI AMANAH JANGAN DILUPAKAN

Kaum Lelaki (termasuk Pemuda) kebanyakannya adakah akan mengamalkan PERANGAI YANG SAMA?.

SEMANGAT BERKOBAR "DALAM MAJLIS RASMI"

KALAU ADA PUN, JANGANLAH TAYANG

KALAU IA PUN, MANA TOPI KELEDARNYA ?

HINDARKANLAH BERKUNJUNG KE SINI

DI ANTARA YANG HARAM DILAKUKAN

SUAIKAN PAKAIAN DENGAN SEKITAR SASARAN

SEMOGA DI PRU 13 INI .... SEMUANYA AKAN BERUBAH DAN LEBIH EFISYEN LAGI BERBANDING SEBELUMNYA KE ARAH KEMENANGAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA.

AMINNN.

Adakah PERBEZAAN DI ANTARA "ABS" DAN "ABI" ?

RENUNG-RENUNGKAN LAH .... adakah agenda ini sedang melanda Negara Kita Malaysia ?.


ABDULLAH BIN SABA’

Abdullah bin Saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’ adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H.

Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari RA juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian RA sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal. 

Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba’ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’

Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).

Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba’ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri.Tegasnya, Abdullah bin Saba’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.

Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba’.

Wallahhualam.

Friday, 3 February 2012

MULA BANJIR, DIIKUTI RIBUT DAN RIBUT LAGI BESAR. KESIAN MANTAN MB PERAK ... INI KAWASANNYA.

Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.


Kawasan DUN N51 Pasir Panjang yang diwakili oleh Mantan Menteri Besar Perak, YB DS Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengalami beberapa bencana sejak beberapa tahun yang lalu.


Bermula dengan BANJIR BESAR di kawasan Perkampungan Lekir di mana tek pernah berlaku sejak berzaman.





Diikuti pula RIBUT KUAT melanda kawasan sekitar SERI MANJUNG.




Yang terbaru, SEMALAM (2 Februari 2012) pada sebelah petang yang menyebabkan puluhan buah rumah rosak dan beberapa buah rosak teruk.

Apa yang dimaklumkan, YAB DS Dr Zambry Abd Kadir , yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut, bergesa dari Gerik untuk melawat kawasan yang ditimpa kemalangan serta menziarahi keluarga di sana.

KENAPA SERING BERLAKU BENCANA SEJAK KEBELAKANGAN INI ?.

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DI ATAS APA YANG DITURUNKANNYA. 

Wallahhualam.

Thursday, 2 February 2012

79 MATI DAN BERATUS-RATUS CEDERA AKIBAT BUDAYA "DEMONTRASI" ... DI MESIR.

Betul kata Orang Tua-tua ..... kalau asalnya dari AIR ... SEJUKlah ia, ..... kalau asalnya dari API ... PANASlah ia ... kalau asalnya dari ANGIN .... BERTIUPlah ia ..... kalau asalnya dari LAUT .... BERGELOMBANGlah ia.


KALAU DEMONTRASI DIJADIKAN BUDAYA

MESIR BARU .... yang diwujudkan SECARA DEMONTRASI JALANAN setahun yang lalu.


Baru setahun mengambil alih dari HOSNI MUBARAK DENGAN SECARA DEMONTRASI JALANAN ASALNYA maka berlakulah SATU LAGI DEMONTRASI SEBENTAR TADI iaitu DEMONTRASI BOLA SEPAK yang mengakibatkan 79 TERKORBAN dan BERATUS-RATUS CEDERA.



Tindakan Kerajaan Mesir melarang POLIS MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN TERHADAP PARA DEMONTRASI MENAMBAHBURUKKAN KEADAAN.


Ini PERLU dijadikan TELADAN dan PENGAJARAN  bagi seluruh penduduk di dunia jika mahukan KEDAMAIAN dan KEHARMONIAN 


SATU PENGAJARAN KEPADA MALAYSIA

Ini adalah satu peringatan kepada kita BETAPA BAHAYAKAN BUDAYA DEMONTRASI ITU KEPADA MASYARAKAT JIKA DIAMALKAN di Malaysia.

Pakatan Rakyat sering menggunakan DEMONTRASI JALANAN untuk tujuan MERAIH SIMPATI RAKYAT terhadap kepentingan Para Pemimpin mereka.

Rakyat Indonesia yang asal Kemerdekaannya dikaitkan dengan "BULUH RUNCING" .... sehingga kini .... BUDAYA ITU DIAMALKAN DAN SUSAH UNTUK DIKIKISKAN.

Rakyat Malaysia, yang Kemerdekaannya berasaskan PERMUAFAKATAN bukannya DEMONTRASI JALANAN sudah tentulah MENOLAK BUDAYA DEMONTRASDI ini. 

Budaya Demontrasi yang CUBA DITONJOLKAN oleh PAKATAN RAKYAT semestinya ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia jika kita mahukan AMAN, DAMAI dan HARMONI.






Jadi, jika kita mahukan NEGARA KITA AMAN, DAMAI DAN HARMONI ... ELAKKANLAH "BUDAYA DEMONTRASI INI".

Kepada Para Pemimpin dan Penyokong Tegar Pakatan Rakyat ..... CUBALAH HINDARKAN.

Wallahualam.

Wednesday, 1 February 2012

AMRIN BUANG SILAP KIRA BILA BELIAU MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAPKU.

Kerana kebanyakan pegawai yang terlibat sudah pencen, aku sanggup ler  ceritakan serba sedikit bagaimana prosedur Tindakan Tatatertib terhadap aku diambil oleh mereka TERMASUK YBHG. TAN SERI AMRIN BUANG selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan masa itu. Manalah tau .... kalau aku ceritakan dulu ... ROSAK PULAK MASA DEPAN MEREKA YANG BERPRESTASI TINGGI TU.
TAN SERI AMRIN BUANG
MANTAN SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ceritanya begini,

Masa tu aku adalah Guru Besar di salah sebuah sekolah terkecil sekali di satu daerah di Perak. Aku cuba mintak cuti separuh gaji selama 3 bulan disebabkan menjaga ibuku yang terpaksa ditukar dirawatrapi (TUKAR AIR PERUTNYA SEBANYAK 4 KALI SEHARI) disebabkan KEGAGALAN BUAH PINGGANG BERFUNGSI.


Kemudian aku mintak sambung lagi selama 3 bulan CUTI TANPA GAJI kerana aku diamanahkan mengetuai "OPERASI TEBUS PARLIMEN PARIT" setelah kalah 3-0 di PRU 1999.

Disebabkan SALAH ANGGAP, SALAH TEKNIK dan TERLEPAS PANDANG  .. oleh PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ...... aku terus bercuti tanpa menunggu KELULUSAN.

Malangnya, PERMOHONAN AKU TIDAK DILULUSKAN. Aku dikenakan TINDAKAN TATATERTIB .... "Turun Pangkat atau Buang Kerja".

Tindakan yang diambil kepadaku "TURUN GAJI SELAMA 12 BULAN" dan "BAYAR BALIK SEMUA YANG AKU TERIMA MENGIKUT BILANGAN HARI YANG MEREKA KIRA AKU TIDAK BERTUGAS". 

Maka selama itu.... HILANGLAH BONUS AKU. Aku terima semua itu dan Bulan Januari 2012 ini tamatlah tempoh bayarannya lebihkurang RM350.00 sebulan selama beberapa tahun AKAN TETAPI ...... macam mana MEREKA MENGIRA BAYARAN BALIK ITU ?

PERSOALANNYA ..... KENAPA YBHG. TAN SERI  AMRIN BUANG TAK SEMAK DAN TOLAK "CUTI REHAT AKU" 
(MASA ITU GURU BESAR DAH DIBERI CUTI REHAT MENGIKUT JUMLAH KAKITANGAN KERAJAAN YANG LAIN IAITU 35 HARI/TAHUN) DAN KAD CUTI DISIMPAN 
DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAK.


CUTI REHAT
YANG DIMASUKKAN KE DALAM PERTUDUHAN
                       23.06.2003  - 28.06.2003 ( 6 HARI )
                       30.06.2003                       ( 1 HARI )

SEKADAR HIASAN SAHAJA

Sepatutnya, beliau perlu menyemak Kad Cuti aku terlebih dahulu manalah tau kot2 ada pertindihan (kad cuti aku hilang dalam simpanan Pejabat Pendidikan Daerah) .... jawapannya MEMANG ADA PERTINDIHAN. 

Persoalannya di sini .... KENAPA BELIAU (DATO' AMRIN BUANG) TAK SEMAK HABIS-HABIS dengan berpandukan CUTI REHAT yang telah diluluskan sebelum mengambil tindakan ?.

Aku bercerita sekarang kenapa tak buat dulu lagi, sebab :-

1.   Biarlah mereka pencen dahulu (kesian).
2.   Aku mahu duit aku balik ( 7 hari perkhidmatan ).
3.   Terpanggil disebabkan KES NFC .. (jadi macam aku ker)

Oleh itu, dinasihatkan kepada Pegawai Atasan .... biarlah berurusan itu ikut prosedur yang sebenarnya. Nasib baik ler aku ni ada fikiran lagi ... ADA PIHAK YANG SURUH AKU SAMAN AJE (apa faedahnya?)

Kalau ada Pegawai Atasan aku yang membaca paparan ini ... buat ler apa yang patut kalau paparan aku ni SALAH ... aku terima aje ler ... maklum ler ... aku ni SEKADAR MENTIMUN JALANAN.

Sekian, adanya.