Tuesday 7 February 2012

SIKAP NEGATIF KEPIMPINAN UMNO

Kita jarang mengetahui HAK dan HAD kita dalam menempuh arus penghidupan terutama dalam bidang kemasyarakatan.


Dalam UMNO, ada beberapa kategori manusia yang terlibat di dalamnya. Ramai di kalangan manusia ini TIDAK MENGETAHUI HAK dan HAD yang dimiliki olehnya yang kadang-kadang menyebabkan orang akan MUAK dan MUAL dan adakalanya MENYEBABKAN ORANG "GETIK".


Berdasarkan pengalaman dah berpuluh-puluh tahun dalam UMNO, aku berani memaparkan .... agar dapat kita MUHASABAH DIRI AGAR UMNO TIDAK JUMUD atau TINGGAL SEJARAH.

Di antara kategorinya (MENGIKUT KEUTAMAAN)  adalah :-

Saya tidak akan menulis segala yang POSITIF kerana MASYARAKAT JARANG NAMPAK KALAU POSITIF.

1.  PEMIMPIN/PENYANDANG
2.  PEMBANTU PEMIMPIN
3.  AJK UMNO
4.  PEKERJA UMNO
5.  AHLI UMNO
6.  ORANG UMNO
7.  VETERAN UMNO
8.  MANTAN PEMIMPIN

Saya akan cuba mengupas satu persatu berkaitan dengan "TOBIAT YANG NEGATIF" SEBAHAGIAN BESAR DARI MEREKA DI ATAS. 

INGAT BAHAWA BUKAN SEMUA BERPERANGAI BEGINI ...SIAPA MAKAN CABAI, TERASALAH PEDASNYA.
BAGI YANG TIDAK TERLIBAT ...
ALHAMDULILLAH .... AMIN



SIKAP PALING NEGATIF
" KALAU TAK ADA AKU ........ "


1.  PEMIMPIN/PENYANDANG

GAMBAR HIASAN SAHAJA
  •    UMNO ni macam HARTA PUSAKA.
  •    Menolak PELAPIS YANG BERPOTENSI.
  •    MELAKUKAN SEBOTAJ (jika tak terpilih dalam PRU).
  •    Tak boleh ditegur.
  •    Kroni didahulukan
  •    Matlamat Utama = Calon PRU 
  •    Menunjukan kemewahan ketika menyandang.
  •    Mengutamakan Pemilihan dan PRU
  •    Tak tau nak senyum dan menyapa.
2.   PEMBANTU PEMIMPIN

  •    "LEBIH CAMCA DARI BUBUR".
  •    BERKRONI terutama  pengagihan Projek/Bantuan.
  •    Selalu mengepong Pemimpin dari orang ramai.
  •    Berlagak lebih.
3.   AJK UMNO
  •    Berhajat nak naik ke atas - keluarkan GOSSIP
  •    Mengutamakan Pemilihan dari PRU
  •    Pengagihan bantuan hanya untuk kroni
  •    Melenyapkan sebahagian besar Peruntukan PRU
  •    Tak boleh ditegur
  •    Songkoknya TERLALU TINGGI 
  •    Berpakaian TAK IKUT KESESUAIAN TEMPAT.
  •    Memaparkan kemewahan/Keraian yang diterima.
  •    Melantik AJK Biro terdiri "TUKANG ANGGUK".
4.   PEKERJA UMNO

  •    Akan cuba bertanding di dalam Pemilihan Bahagian
  •    Mengepong orang ramai mendekati BOSS
  •    Melaporkan YANG SEJENGKAL JADI SEDEPA.
  •    Mencari dan mengeluarkan GOSSIP kepada BOSS
  •    Menganggap UMNO sebagai HARTA PUSAKA
5.   AHLI UMNO
  •    BERHAJAT UNTUK MENJADI AJK
  •    Melebihkan IKAN dari PANCING
  •    Mengugut SEOLAH-OLAH DIA ADA KUASA BESAR
  •    Jika terasa hati (bertindak keluar parti)
6.   ORANG UMNO (ADA YANG BUKAN AHLI UMNO)
  •    KOMENNYA SENTIASA PEDAS
  •    Cakapnya "DIRECT TO THE POINT"
  •    Tak tau nak jaga HATI BOSS 
  •     Selalu tak IKUT PROTOKOL
7.   VETERAN UMNO

  •    CEPAT MERAJUK (kadang-kadang KELUAR PARTI)
  •    SELALU MENGUNGKIT-UNGKIT ("Kalau aku dulu ....")
  •    MINTA DI MULIAKAN
  •    TERLUPA SEJARAH DIRI SENDIRI 
8.   MANTAN PEMIMPIN

  •    MINTA DIDEWA-DEWAKAN.
  •    BERHAJAT UNTUK MERAMPAS KUASA
  •    KELUAR PARTI
  •    BERGOSSIP HINGGA MEROSAKKAN PARTI
  •    BERHAJAT MENDAPATKAN PROJEK LAGI

KALAU ADA PIHAK YANG MARAH
ADA AKU KESAH 
KERANA 
PERJUANGANKU BUKAN KERANAMU.

WALLAHHUALAM

6 comments:

  1. Senarai Cikgu tujuh, tapi cikgu tulis lapan. Ngapa cam tu? Idea baru datang ko. Atau Cikgu nak wujudkan SATU ketogori KHAS untuk den. Tapi Cikgu lupo ada lagi satu ketogori
    9. MASUK BAKUL
    . Semua orang bodoh
    . Dia seorang yang pandai
    . Semua orang tak betul
    . Dia seorang yang betul
    . Kerja sedikit menunjuk-nunjuk
    . Semua kerja Bahagian/Cawangan konon dia
    seorang yang buat
    . Tak ada dia semua kerja tidak menjadi

    ReplyDelete
  2. ORANG UMNO .... biasanya TAK DIPEDULIKAN ... jadi tak payah masuk di atas tu ... cukup sekadar di bawah aja ...
    No. 9 tu .... ada di kebanyakan di atas ..... kalau tak ada aku .... kalau tak ada kami .... kalau tak tak ada .... kalau tak ada .... mamposs kita .... TAPI BOSS .... BELANJANYA MANER ?
    Kahkahkah

    ReplyDelete
  3. Cikgu ngajar macam mano. Ketogori tujuh tulis lapan. Lulus SPM boleh Cikgu, masuk unibersiti tahun satu dah kono tondang. Tapi yang No.9 tu di mano-mano Bahagian/Cawangan ado. Tak kan Cikgu tak nampak

    ReplyDelete
  4. Atas kehendak kamu ... aku masukkan .... TQ

    ReplyDelete
  5. Yang silap tu kito perbaiki, yang salah tu kito perbotokan.

    ReplyDelete
  6. Tidak dinafikan, memang ada org UMNO camtu. aku ni ahli dan org UMNO dulu kini selamanya. x pernah teringin nak naik pangkat, tak pernah minta itu ini, tak pernah bodek boss, tak pernah sombong lebih dari ketua(masuk bakul ke aku ni?) sebab itu aku tiada apa apa dlm cawangan. ada aku kesah? aku cuma berjuang untuk UMNO tanpa udang disebalik batu, itu aje!

    ReplyDelete