A. SEBELUM WUJUD KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
1. Sebelum Tahun 1528, Perak hanya mempunyai 4 (empat) buah Jajahan. Sebelum Raja Muzaffar Shah (Putera Makhkota Melaka) di bawah tadbir Penguasa masing-masing.
Jajahan-jajahan yang wujud semasa itu adalah :-
a) JAJAHAN JANIN - Tun Saban
- Bermula dari Pengkalan Hulu - Sungai Kerian - Temong - Beruas - Lambor
- Tahun 1800an, Pengkalan Hulu diceroboh oleh Siam/Pattani hingga tertubuhnya Kerajaan Reman yang berakhir di Tahun 1909 dalam Perjanjian Bangkok apabila Siam menyerahkan kepada Negeri Perak.
- Tahun 1860an berlaku Perang Larut sehingga Sultan meminta pertolongan British untuk menyelesaikannya. Kerajaan British mendakwa $ 17,447.00 daripada Sultan Jaafar untuk perbelanjaan yang dilakukan dan Sultan tidak dapat membayar, mengarahkan Ngah Ibrahim untuk membuat pembayaran. Sebagai balasan, pada tahun 1864, Ngah Ibrahim telah dikurniakan gelaran Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, dengan daerah Larut sebagai wilayahnya - sejauh Krian di utara dan Bruas di selatan.
- Tahun 1860an berlaku Perang Larut sehingga Sultan meminta pertolongan British untuk menyelesaikannya. Kerajaan British mendakwa $ 17,447.00 daripada Sultan Jaafar untuk perbelanjaan yang dilakukan dan Sultan tidak dapat membayar, mengarahkan Ngah Ibrahim untuk membuat pembayaran. Sebagai balasan, pada tahun 1864, Ngah Ibrahim telah dikurniakan gelaran Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, dengan daerah Larut sebagai wilayahnya - sejauh Krian di utara dan Bruas di selatan.
b) JAJAHAN BERUAS/MANJUNG - Penghulu Kassim
- Bermula dari Beruas - Kayan - Temong
- Manjong dan Beruas tertakluk di bawah jajahan Kerajaan Melaka apabila Beruas meminta pertolongan Melaka untuk menumpaskan dan mengalahkan Siam dan Kerajaan Manjong.
- Manjong dan Beruas tertakluk di bawah jajahan Kerajaan Melaka apabila Beruas meminta pertolongan Melaka untuk menumpaskan dan mengalahkan Siam dan Kerajaan Manjong.
- Manjong diserahkan kepada British dalam Perjanjian Pangkor dan diserahkan kembali kira-kira Tahun 1930an.
c) JAJAHAN TEMONG (Tebing Kiri Sg Perak) - Tok Temong
- Bermula dari Lenggong - Beruas/Manjung - Kota Setia
d) JAJAHAN LAMBOR (Tebing Kanan Sg Perak) - Maharaja Lambor
- Kampong Beng - Bagan Datuh - Behrang - Banjaran Titi Wangsa.
- Adalah jajahan yang paling luas akan tetapi penduduknya hanyalah Kaum Asli yang menetap dari Hulu Kinta, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Batang Padang. Hanya satu petempatan Melayu sahaja yang telah wujud semasa itu iaitu Lambor (Kampong Tua, Telok Bedayung, Telok Bakong dan kampung-kampung kecil di Tebing Kanan,Sungai Perak)
B. PERBINCANGAN PENUBUHAN KERAJAAN NEGERI PERAK
1. Berlaku perbincangan di antara TIGA PENGUASA dari Jajahan Janin, Beruas/Manjong dan Temong untuk menjemput Putera Makhkota Sultan Melaka, Raja Muzaffar Shah untuk ditabalkan menjadi Sultan Perak.
2. Tun Saban, mewakili Janin, Penghulu Kassim mewakili Beruas/Manjong dan Tok Temong mewakili Temong.
3. Di antara persetujuan adalah :-
a) Istana tidak boleh didirikan di sebelah Tebing Kiri Sungai Perak kerana ianya termasuk di dalam Jajahan Temong,Jajahan Beruas/Manjong dan Jajahan Janin.
4. Maka, Tebing Kanan Sungai Perak dipilih untuk membina istana serta menabalkan Putera Makhkota Melaka (Putera Sultan Mahmud Shah dengan Puteri Onang Kening Anak Raja Kelantan) sebagai Sultan di Kerajaan Negeri Perak.
C. MENYAMBUT KEBERANGKATAN TIBA RAJA MUZAFFAR SHAH
1. Disebabkan kebanyakan pisisir Sg. Perak semasa itu masih ditenggelami air, mska dengan menaiki gajah, Tun Saban dan Penghulu Kassim mengikuti laluan Kaum Asli untuk menghilir Sungai Perak. Dari Janin melalui Bendang Kering - Bekor - Suak Padi - Bukit Tunggal, Kg Gajah.
Semua laluan ini adalah tinggi dan berbukit dan mempunyai petempatan yang kebanyakannya dari Kaum Asli dari Suku Temiar dan Semai.
2. Putera Makhkota Melaka, mudik dengan bahteranya bersama-sama dengan Pembesar Negeri. Di antaranya Bendahara Tun Mahmud, Megat Terawis, Imam Paduka Tuan serta para pengikutnya.
3. Setibanya di Kampong Gajah, rombongan baginda menaiki lalu menuju ke Bukit Tunggal untuk meneruskan perjalanan.
4. Sesuai dengan sekitarnya, rombongan berehat dan akan bermalam di situ. Keesokan harinya, kebanyakan dari ahli-ahli rombongan mengalami "kembong perut" dan "gatal-gatal" kulit hingga berdarah akibat digaru.
5. Kenapa dan mengapa boleh berlaku ?
5. Kenapa dan mengapa boleh berlaku ?
- KITA IKUTI SAMBUNGANNYA (bila saya ada masa untuk meneruskan SEJARAH LISAN INI).
Sekian, adanya.
Sekian, adanya.
KESULTANAN MELAYU PERAK
HUBAYA-HUBAYA
Assalamualaikum cikgu lin.. mohon maklumat berkaitan uda lambok.. antara pengasas beruas circa 1800. Terima kasih
ReplyDelete