Wednesday, November 6, 2013

ANAK ANDA LEMAH ASAS MATEMATIK ..... 200 SOALAN DISEDIAKAN. SEMOGA BERJAYA





Tahun 16 April, 1989, aku ditempatkan ke SK Suak Padi dan aku dapati Keputusan UPSR sekolah ini 0% dalam Subjek Matematik.

Beberapa langkah DRASTIK telah aku syorkan kepada Guru Matematik tahun 6 dan Alhamdulillah menghasilkan 75% lulus C. Ini menunjukkan 75% murid-murid di sini telah DIPULIHKAN dari ASAS MATEMATIK.

Juga, terdapat seorang anak rakan aku yang hanya mencapai 56 markah di PRA-UPSR, lalu aku berikan soalan ini untuk diLATIH-TUBInya dalam tempoh 3 minggu ... Alhamdulillah ... dia berjaya SKOR A di UPSR.

Oleh itu, jika ada di antara ANAK-ANAK DIDIK ANDA yang masih lemah dalam subjek Matematik ..... aku paparkan SOALAN-SOALAN ASAS (Darab dan Bahagi) bagi membantu mereka.

Di bawah ini disediakan 200 soalan .... sebahagian dari 1000 soalan FAKTA ASAS yang aku dah KENALPASTI DAPAT MEMBANTU MASALAH INI. Insya Allah

A.   Langkah Perlu Diambil:-
1.   Cetak soalan di bawah ini dan photostat beberapa salinan dan JADIKAN BUKU NIPIS.
2.   Gunakan PENSEL sahaja.
3.   Semak dengan HANYA MEMBULATKAN DI NOMBOR SOALAN SALAH SAHAJA.
4.   Padam semula soalan dan gunakan kembali sehingga tidak boleh digunakan lagi.


B.   Di RUMAH
1.   Jadikan AMALAM = "1 mukasurat/hari"
      - lakukan sebelum masuk tidur tanpa berhenti selama beberapa minggu.
2.   Lakukan UJIAN KECEKAPAN (siapkan semua soalan) dan AMBIL MASA dan REKOD KESALAHAN.
3.   Lakukan beberapa kali UJIAN hingga MENEPATI PANDUAN MASA YANG DIBERIKAN (suaikan mengikut umur).
Contoh : Tahun 6 = 7 minit/200 soalan

C.   DI KELAS
1.    Mengganti CONGAK.
       - Guru hendaklah memilih MUKASURAT yang sesuai dan berikan masa (minit) mengikut kesesuaian.
2.   Lakukan beberapa kali UJIAN hingga MENEPATI PANDUAN MASA YANG DIBERIKAN (suaikan mengikut umur).
Contoh : Tahun 6 = 7 minit/200 soalan

Jika berjaya dan jika ANDA SEORANG MUSLIM .... sudikanlah untuk bersedekah   AL FATIHAH kepada ARWAH KEDUA-DUA IBUBAPA SAYA.

SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA

MULAKAN DENGAN
"MENGHAFAL SIFIR DARAB"













DARI
CIKGU LIN

HAK CIPTA TERPELIHARA




19 comments:

  1. TERIMA KASIH CIKGU
    IANYA AMAT BERGUNA SEKALI
    JASAMU DI KENANG JUA..

    AL-FATIHAH BUAT AYAH & BONDA CIKGU

    ReplyDelete
  2. mohon copy cikgu, terima kasih

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu.....saya nak cuba buat untuk anak saya.

    ReplyDelete
  4. tq cikgu, tapi sy ada problem ngan anak buah sy. dah darjah 5 ABC pun kurang kenal n susah nak ingat. apa boleh di buat yea cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila bawa berjumpa dengan Guru Pemulihan di mana-mana sekolah yang berdekatan.
      Kemungkinan dapat membantu.

      Delete
  5. Tq cikgu atas perkongsian yang baik. Saya akan latih murid saya yang lemah dalam fakta asas bahagi.
    Pahala perkongsian ilmu nie sedekahkan kepada arwah kedua ibu-bapa cikgu. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  6. terima kasih ia sangat membantu......

    ReplyDelete