Monday, 1 September 2014

SELANGOR DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT







DAULAT TUANKU

Adakah Paduka Sultan Selangor akan menerima YB Wan Azizah ataupun YB Azmin Ali sebagai MB Selangor?

Pada hemat aku, Paduka Tuanku akan menolak dan menitahkan sesuatu .... disebabkan perkara-perkara di bawah :-

1.   YB Wan Azizah adalah PEREMPUAN dan juga DIBAYANGI oleh SUAMInya yang dibabitkan dengan "KES LIWAT"

2.   YB Azmin Ali DIKATAKAN (saya bukan menunduh tapi dipetik dari paparan media)  terbabit dalam hal-hal yang kurang menyenangkan dari kacamata masyarakat.

3.   Penolakan "NAMA BAKAL MB" saranan Parti pernah terjadi di Malaysia sebelum ini iaitu di Perlis dan Terengganu apabila YB Shahidan Kasim (ADUN Perlis) dan YB Idris Jusoh (Terengganu) oleh Paduka Tuanku Negeri berkenaan.

Adakah akan berulang di Selangor?

Akhirnya .... apabila tidak dapat diselesaikan

Akan berlaku kemelut DALAMAN dan LUARAN di Seluruh Negeri Selangor dan atas TITAH PERINTAH PADUKA TUANKU akan membawa kepada PILIHANKECIL NEGERI SELANGOR?


HUBAYA-HUBAYA




No comments:

Post a Comment