Wednesday, 16 December 2020

PRU 15 : TIDAK BERLAKU PERTINDIHAN CALON GABUNGAN PN (BN, PAS , PPBM) DI "MALAYA"

 


PARLIMEN SEMENANJUNG TANAH MELAYU
MEMPUNYAI 165/222 KERUSI


A.   LATAR BELAKANG 

1.    PRU 14 Gabungan Perikatan Nasional (BN, PAS dan PPBM) di Semenanjung Tanah Melayu hanya memenangi :-
a)    49 = BN 
b)    18 = PAS 
c)    13 = PPBM

JUMLAH = 80 kerusi

2.    Serpihan PKR seramai 7 orang telah menambah kerusi PPBM di Semenanjung Tanah Melayu kepada   20 orang.

Jadi, kesemua kerusi Gabungan Perikatan Nasional di Semenanjung Tanah Melayu adalah 87 kerusi.


B.   PENGAGIHAN KERUSI DI PRU 15 (KERUSI DIMENANGI PRU 14)

1.   Semua Parti Gabungan akan mempertahankan kerusi masing-masing.

        a)  BN          = 49 kerusi
        b)  PAS        = 18 kerusi 
        c)  PPBM     = 20 kerusi

        JUMLAH = 87 kerus

C.   KERUSI-KERUSI TERSEBUT ADALAH :-



D.    PERTUKARAN KERUSI PARLIMEN SESAMA SENDIRI

1.    Jika terdapat pertukaran, perlulah mendapat persetujuan dari semua pihak khasnya Penyandang kerusi berkenaan.

2.    Pengagihan BAKI kerusi (KERUSI PH) akan dibincangkan secara "win-win" setelah Kawasan Pilihanraya Berkenaan di kategorikan kepada KELABU dan HITAM.

3.    Kerusi KELABU dan HITAM akan dikongsikan dalam perkongsian selanjutnya.


MAKLUMAN : Data dan Andaian ini adalah TERHAD dan hak kepunyaan Admin.



HUBAYA-HUBAYA
   

Tuesday, 15 December 2020

PENGAGIHAN KERUSI PARLIMEN MUAFAKAT NASIONAL (BN DAN PAS) HAMPIR SELESAI

 

FOKUS PERBINCANGAN
(165 PARLIMEN SEMENANJUNG TANAH MELAYU)

PENGAGIHAN ADALAH BERDASARKAN
(KEPUTUSAN PRU 14)


A.   PARLIMEN DIMENANGI BN DAN PAS PRU 14

    1.   BN   = 49 kerusi 
    2.   PAS = 18 kerusi 


B.    PARLIMEN MAJORITI BN VS PAS

1.    BN   = 72 kawasan parlimen 
2.    PAS = 09 kawasan parlimen 


C.    PARLIMEN TIDAK DIPERTIKAIKAN     

1.    17 kawasan Parlimen ini sukar menangi oleh BN dan PAS.  Kemungkinan tidak dipertikaikan. Kawasan berkenaan, PAS tidak meletakkan seorang Calon pun di PRU 14 lalu.



D.    RUMUSAN PENGAGIHAN KAWASAN PILIHANRAYA 

Semua persefahaman ini tidak melibatkan Parti PPBM (BERSATU). Sekiranya berlaku persefahaman antara TIGA PARTI INI (BN, PAS dan PPBM) maka akan berlaku satu ROMBAKAN BARU.

1.     BARISAN NASIONAL  (121 kawasan)
        a)  Menang PRU 14  = 49 kerusi
        b)  Pengagihan MN   = 72 kawasan

2.    PAS (27 kawasan)
        a) Menang PRU 14    = 18 kerusi
        b) Pengagihan MN     = 09 kawasan 


MAKLUMAN : Segala penyataan di atas adalah mengikut pendapat Admin semata-mata.


HUBAYA-HUBAYA

           

Thursday, 10 December 2020

BN GAGAL MENGUJI PRESTASINYA DENGAN GUNAKAN "USUL PERCAYA MB PERAK"


PN (PAS DAN PPBM) TIDAK MAHU
BN BERSEKONGKOL DENGAN PH


A.    LATAR BELAKANG

1.    DUN Perak dianggotai oleh :-

a)    BARISAN NASIONAL (25)
        - 25 ADUN 
b)    PERIKATAN NASIONAL (08)
        - 04 PPBM 
        - 03 PAS
        - 01 GERAKAN 

2.    PAKATAN HARAPAN (24)
a)    - 16 DAP
b)    - 05 AMANAH 
c)    - 03 PKR 

3.    BEBAS (2)
a)    ADUN Titi Serong 
b)    ADUN Tronoh 

B.
   ADAKAH USUL "PERCAYA MENTERI BESAR" SENGAJA DIRANCANG?

1.    Setelah KDYMM Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan YB Dato' Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar, saya beranggapan masalah selesai.

2.    Admin memberikan PENDAPAT PERIBADI mengenai ISU ini berdasarkan pengamatan, paparan media sosial dan maklumat tidak langsung dari pihak yang tak ada berkepentingan dalam parti.
- mohon maaf jika berlaku kekhilafan dan mohon pembetulan dan pencerahan.

YB DATO' ABD MANAF HASHIM
ADUN N36 PENGKALAN BAHARU (BN)

a).    Krisis ini direka begitu rupa oleh Pihak BN.

b).
    Usul Percaya didahulukan dari Usul Belanjawan 2021
        - alasan-alasan yang diberi terlalu lemah dan kurang logik.

c)    Usul SOP (Aturcara Dewan) boleh diubah kembali dengan mendahulukan Usul Terdahulu (BELANJAWAN 2021) oleh kuasa Menteri Besar kecuali dibuat undi menghalang penggunaan kuasa berkenaan.

d).    MB dihalang oleh DUN untuk menggunakan kuasanya  menangguhkan (USUL UNDI PERCAYA) demi untuk membawa USUL BELANJAWAN 2021 yang lebih penting.
        - di bawa oleh ADUN DAP
        - dan disokong oleh ADUN BN 

YB HOWARD LEE CHUAN HOW
ADUN N27 PASIR PINJI (DAP)


3.    Setelah MB gagal untuk menghalang USUL UNDI PERCAYA dijalankan dengan cara UNDI BELAH BAHAGIAN dengan :-

    - 10 SOKONG
    - 48 TIDAK SOKONG 
    - 01 ROSAK 
 


C.    KESIMPULAN 

1.    BN berjaya hingga menyebabkan MB tersungkur.
2.    Emej BN jatuh disebabkan :-
        -  BN nampak bekerjasama dengan DAP semasa (USUL SOP ATURCARA DEWAN)
        -  Terlalu ramai TAK SOKONG termasuk yang membawa usul (Netizen Simpati kepada MB)
3.    BN berjaya mengecewakan PAS
        -  Perlu diingat bahawa PAS adalah Rakankongsi PPBM di dalam Perikatan Nasional (sebuah parti yang berdaftar)


D.    RUMUSAN (BN GAGAL DALAM TINDAKANNYA)

1.    PAS dan PPBM berhak menunjukkan kemampuan mereka dengan TIDAK MEMBERI KERJASAMA di peringkat awal hingga BN terpaksa mengeluarkan KENYATAAN TAMBAHAN - bermaksud bekerjasama dengan ADUN-ADUN lain   
apabila keluar dari Istana Kinta selepas menghadap KDYMM Paduka Seri Sultan.
2.    BN berusaha mencari dan memujuk beberapa ADUN lain dan kemungkinan berjaya mendapat SEORANG ADUN BEBAS.
3.    Hingga saat akhir, BN hanya mampu mengumpulkan 26 ADUN dan masih memerlukan 4 ADUN lagi sebelum menerima beberapa orang ADUN PH (YANG TELAH BERSEDIA UNTUK MELOMPAT "SUKARELA" KE BN). 


E.    DEMI MENYELAMATKAN KEADAAN DAN GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL

Akhirnya, BN terpaksa mencari PAS dan PPBM untuk bekerjasama WALAUPUN dengan SYARAT-SYARAT BERKENAAN yang dikenakan kepada BN. 

1.    Perikatan Nasional telah memberi peluang kepada BN untuk bertindak sendirian tanpa menggunakan Muafakat Perikatan Nasional yang terbina sejak pengambilalihan dari Pakatan Harapan tempoh hari. 

2.    Jadi, atas alasan-alasan yang tertentu, semalam (9 Dis 2020) PPBM dan PAS sanggup bertemu dengan Pemimpin BN dan termetrilah satu PERSEFAHAMAN di antara BN, PAS dan PPBM di Kuala Lumpur.

3.    Di antara syarat yang dibincang dan dipersetujui adalah (ayat saya)  :-

1.    EXCO yang dilantik jangan digugurkan
2.    Lantikan di GLC diteruskan.
3.    BN perlu memohon kemaafan di atas SANDIWARA yang dilakukan.
4.    Petikan mesej Mantan MB kpd kepimpinan PPBM Negeri (saya dapat melalui whattsApp)

5.    AKHIRNYA ( INI SAYA TAMBAH SENDIRI )
        



HUBAYA-HUBAYA




Monday, 7 December 2020

ROMBAKAN STRUKTUR KEPIMPINAN GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL PERAK

 

9 EXCO KEKAL
1 LANTIKAN BARU


A.    LATAR BELAKANG 

1.    Kerajaan Negeri Perak akan diterajui oleh seorang Menteri Besar serta dibantu oleh 10 EXCO. 

2.    Disebabkan berlaku pertukaran Menteri Besar, besar kemungkinan salah seorang dari EXCO dari BN akan dilantik oleh KDYMM Paduka Seri Sultan Perak. Nama yang digembar-gembur adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, UB Dato' Saarani Mohamad, ADUN Kota Tampan.



B.    BARISAN EXCO 


1.   Barisan Nasional  akan membariskan kesemua Barisan EXCOnya termasuk ADUN Kota Tampan yang bakal dilantik selaku Menteri Besar bersamaan (24%).

2.    Dua ADUN PAS akan meneruskan perkhidmatannya bersamaan (67%)

3.    Dua ADUN PPBM juga akan meneruskan perkhidmatanya (50%)

4.    SATU KEKOSONGAN kemungkinan besar akan diisi oleh ADUN BN atau ADUN PPBM iaitu ADUN Sungai Manik.



HUBAYA-HUBAYA


ADUN-ADUN PAS, PPBM DAN BEBAS BAKAL KEMBALI BERGABUNG PERAK HARI INI


PN KEMBALI MENERAJUI
KERAJAAN NEGERI PERAK

A.    LATAR BELAKANG

1.    BN dan PAS di bawah Gabungan Muafakat Nasional beserta dengan PPBM akan mewujudkan kembali Kerajaan Perikatan Nasional. 


2.    Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional yang diwujudkan sebelum ini akan kembali berkuasa tetapi sedikit pertukaran Pucuk Kepimpinan iaitu PERTUKARAN MENTERI BESAR dari PPBM ke BN, Insha Allah ... dengan perkenan KDYMM Paduka Seri Sultan Perak.



B.    SOKONGAN DARI PPBM DAN PAS SERTA BEBAS

1.    Perikatan Nasional (PPBM dan PAS) Pusat telah memainkan peranan masing-masing ke arah penyatuan Kerajaan Gabungan ini apabila Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden PPBM menyatakan ke arah itu. Ini menjadikan gabungan ini berjumlah 32 kerusi. Sementara itu, gabungan ini tetap dinamakan Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional sesuai dengan pusat.

2.    Sementara itu, 3 ADUN BEBAS kemungkinan besar akan turut serta menjadikan sokongan bertambah kepada 35/59 kerusi. ADUN-ADUN berkenaan adalah dari Titi Serong, Buntong dan Tronoh. 



C.    TARIKH PENGUMUMAN RASMI

1.    Kita perlu ingat dan akur bahawa hanya KDYMM Paduka Seri Sultan Perak yang berkuasa untuk MERESTUI dan MELANTIK salah seorang dari ADUN yang mempunyai SOKONGAN MAJORITI untuk menjadi Menteri Besar. Jadi, JANGAN DIPERTIKAIKAN.

2.     Perlantikan Menteri Besar yang baru memang sangat-sangat diperlukan untuk membawa USUL BELANJAWAN 2021 ke Persidangan DUN yang dijangkakan Rabu ini. Untuk pembentangan belanjawan memerlukan Menteri Besar dan sekurang-kurangnya 4 EXCO di dalam persidangan berkenaan.

3.    Besar kemungkinan, Kertas Cadangan Belanjawan 2021 yang disediakan oleh Mantan Menteri Besar bersama-sama dengan 10 EXCO yang akan dibawa dengan penambahbaikan (jika perlu).


HUBAYA-HUBAYA



PRU15 : KEPUTUSAN PRU 14 DUN PERAK

 

PERKONGSIAN
PRU 15 DUN PERAK
 


A.    LATAR BELAKANG

1.    Perak mempunyai 59 kerusi DUN.

2.    PRU 14 lalu, tiada parti yang memperolehi MAJORITI akan setelah 2 ADUN BN berpindah ke Pakatan Harapan maka terbentuklah Kerajaan PH selama 22 bulan mentadbir Negeri Perak.


B.    DUN PERAK TERKINI

1.    Telah berlaku beberapa perpecahan di kalangan Kerajaan PH di Peringkat Pusat membawa perubahan juga di Peringkat Negeri Perak.

2.    PH yang asalnya 31 kerusi, disebabkan PPBM (BERSATU) keluar dari Gabungan Pakatan Harapan telah menyebabkan PH hanya tinggal 28 kerusi sahaja dalam ertikata lain TIADA MAJORITI. 

2.1    Parti Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS dan PPBM mempunyai 6 kerusi. BN yang mempunyai 25 kerusi bersetuju bergabung dengan PN untuk mewujudkan Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional menjadikan Gabungan PN mempunyai 31 kerusi berbanding PH yang tinggal 28 kerusi.

2.2    PH diterukkan lagi apabila beberapa ADUNnya bertindak keluar Parti untuk menjadi ADUN BEBAS dan menyertai PPBM. ADUN Tronoh dan Titi Serong bertindak menjadi ADUN BEBAS, ADUN Buntong menyertai PGRM (Gerakan), ADUN Kuala Kurau menyertai PPBM menjadikan Gabungan PN bertambah menjadi 35 sementara PH hanya tinggal 24 sahaja.


C.    KEPUTUSAN PRU 14 DUN PERAK (ASAL)



D.    RUJUKAN SELANJUTNYA (SILA KLIK)

1.    KEDUDUKAN PARTI DUN PERAK TERKINI (dalam pembikinan)
2.    PERLANTIKAN MENTERI BESAR BARU 2020 (dalam pembikinan)
3.    ANDAIAN-ANDAIAN KEPUTUSAN PRU 15 DUN PERAK (dalam pembikinan)
        

   HUBAYA-HUBAYA




BUNYI "KETUK PINTU" BERJAYA DIBONGKAR

 



BERHATI-HATI
JANGAN MUDAH PERCAYA
(MAAF DIPOHON)

Untuk mengetahui selanjutnya

KLIK DI SINI


BERHATI-HATI DAN JAGA KESELAMATAN
KELUARGA ANDA

Pastikan rumah anda sentiasa terkunci.

HUBAYA-HUBAYA