Thursday, 19 August 2021

TIGA BERSAUDARA BERTEMBONG DI LIPIS SEMASA MALAYA DARURAT (1950AN)

 

DARI KESAH YANG DIKESAHKAN
OLEH
LABUN CIKGU LIN

Anak Ke 3
(Anggota PDRM No. 3405)

Lokasi : Jeti Utama, Daerah Lipis
Tarikh  : Tahun 1950an 


A.    PERSONAL-PERSONAL YANG TERLIBAT 

1.   YEOP MAHIDIN BIN MOHAMED SHARIFF (KOLONEL YEOP MAHIDIN)
        -   Asal  : Lambor Kiri, Parit Perak
        -   Jawatan : Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis/Temerloh



2.   ABDUL RAZAK BIN HUSEIN (TUN ABDUL RAZAK)
        -  Asal   : Lipis, Pahang 
        -  Jawatan :  Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang


3.    ZAINUDIN BIN MAT SAIT (TOK KOHOR ALAM KE I)
        -  Asal   : Lambor Kanan, Parit Perak
        -  Jawatan : RAMD Batalion Ke 3 (No. 3405)



B.    KEJADIANNYA ....... (diolah kembali oleh Admin) 

Setelah sampai ke jetty .... Abdul Razak yang menjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang turun dari Kapal Penerfangan dan naik ke darat . Disambut oleh Yeop Mahidin selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis/Temerloh 

Semua anggota rombongan termasuk beberapa anggota RAMD Batalion Ke 3 naik ke darat lalu Abdul Razak " ...... menceritakan bagaimana mereka telah diserang hendap oleh gerombolan komunis ......" kepada Yeop Mahidin.

"Nasib baiklah kawan kita ni sepak kerusi kawan .... kalau tidak .... tentu kawan dah meninggal .... kerusi tu betul2 tembus kena peluru komunis" cerita Abdul Razak kepada Yeop Maidin sambil memperkenalkan anggota PDRM berkenaan kepada Yeop Maidin.

Anggota PDRM berkenaan terus tercengang dan terus memberi hormat lalu berpelukan .... 

"Tak sangke kite boleh berjumpe di sini yek" kata Yeop Maidin kepada anggota berkenaan sambil berpelukan erat ... mungkin terlalu rindu dengan kampung halaman lakunya.

"Kawan tau tak .... ini orang kampung kita. Kawan orang Lambor Kiri .... kawan berdua Orang Lambor Kanan" terang Yeop Mahidin kepada Abdul Razak dan anggota berkenaan.

"Tak tau pulak kawan" kata Tun Razak lalu memeluk anggota berkenaan dengan erat seeratnya .... maklumlah mungkin beliau amat berterima kasih di atas kejadian yang baru berlaku semasa dalam perjalanan tadi atau atas alasan lain.

Maka mereka bersembang TIGA BERSAUDARA dengan rancak tetapi anggota PDRM berkenaan masih kebingungan dan mungkin malu kerana MEREKA ENGGANG dan dia hanya SEEKOR PIPIT. Anggota berkenaan memang kenal dengan Yeop Mahidin kerana tanah tumpah mereka hanya dipisahkan oleh Sungai Perak .... seorang Lambor Kiri dan seorang Lambor Kanan. Tak sangka pulak Abdul Razak juga ORANG LAMBOR KANAN rupanya (lagi dia tercengang).

Akhirnya .... barulah anggota berkenaan faham bahawa Pandak Bendang (bapa angkat anggota berkenaan) adalah ABANG KEPADA BONDA ABDUL RAZAK YANG TELAH TERPISAH SEJAK KECIL.

WALLAHHUALAM .....
(mungkin ramai yang mempertikaikannya)


C.    DIPENDEKKAN CERITA .......

C1.    BERITA KEMATIAN ALLAHYARHAM TUN ...

Januari 1976 Semua rakyat Malaysia menangis di atas pemergian Allahyarham Tun Haji Abdul Razak .... Zainudin (bekas anggota PDRM) dengan tangisan terus menuju ke Kuala Lumpur bersama-sama Haji Mohamad Layang2 Kiri (bapa kepada Mantan DUN Belanja 1999) dengan menaiki MAZDA 808.

C2.    DIAMANAHKAN MENGURUSKAN JENAZAH .....


Entah apa yang difikirkan oleh keluarga Allahyarham, Zainudin (bekas anggota PDRM) telah diamanah untuk menemani jenazah Allahyarham Tun ketika diziarahi oleh para pemimpin kaum keluarga. para sahabat dan rakyat pada keesokan paginya.


D.    AKHIRNYA, (SEMUA SUDAH MENINGGALKAN KITA)

1.    Mereka tetap bersahabat sehingga akhir hayat mereka
2.    Abdul Razak  menjadi Perdana Menteri Malaysia
3.    Yeop Mahidin diamanahkan oleh Tun Razak
        -  menubuhkan FELDA
        -  menubuhkan Askar Wataniah
4.    Zainudin balik kampung setelah 10 tahun menjadi askar
        -  isteri (1 sahaja
        -  Anak (10 sahaja)
    

E.    RUJUKAN LAIN 

1.    DARI BLOG MOKHTAR PETAK 
      Tentang Zainudin berkenaan dengan cerita di atas
 
2.        DARI BLOG ORANG PERAK 
        -  Tentang Zainudin berkenaan dengan cerita di atas


3.       EN. ZAINUDIN DIKURNIAKAN ANUGERAH TOK KOHOR ALAM I OLEH AL MARHUM SULTAN IDRIS


4.    KUNJUNGAN AL MARHUM SULTAN IDRIS SHAH KE TERATAK EN ZAINUDDIN



AL FATIHAH



No comments:

Post a Comment