PRN SABAH ( 8 )
SIAPA JADI KETUA MENTERI SABAH
SIAPA JADI KETUA MENTERI SABAH
( Di antara PN dan BN )
A. LATAR BELAKANG
Berdasarkan Parti yang bertanding dan memenangi 73 kerusi DUN Sabah, Warisan mendahului dan dikuti oleh BN. Ini adalah dari kacamata umum tetapi bukan dari segi SOP Suruhanraya Pilihanraya.
BN menduduki tangga Ke 3 selepas Perikatan Nasional (PN) kerana PN memenangi 17 kerusi DUN.
Disebabkan semua parti tidak mendapat MAJORITI, maka Parti Ke 1 dan Ke 2 kemungkinan besar akan mengadap TYT. Jadi, sudah tentulah Warisan dan PN yang akan dijemput mengadap BUKANNYA BN.
Sebaliknya, di dalam Komponen GRS, BN mendahului dengan 14 kerusi, 11 PPBM, PBS 7 dan STAR 6. Hakikat sebenarnya, yang berdaftar di PRN Sabah, hanyalah BN, PN dan PBS. Jadi, ini menghasilkan PN (17), BN (14) dan PBS (6).
Oleh itu, keempat-empat Parti Komponen perlu berbincang sebelum PN dipanggil oleh TYT untuk menubuhkan Kerajaan jika sekiranya Warisan tidak mampu memperolehi SIMPLE MAJORITI.
Untuk mengadap TYT, sudah tentulah WAKIL PN (Hajiji) di samping Wakil Warisan Plus (Shafie Afdal) sementara Wakil BN (Bung Mokhtar) juga akan dipanggil jika perlu.
C. BAHASA RINGKASNYA.
1. Tersirat : BN (14), PPBM (11), PBS (7) dan STAR (6) = 38 kerusi
2. Tersurat : PN (17), BN (14) dan PBS (7) = 38 kerusi
D. KESIMPULANNYA
1. Wakil PN menjadi Calon Utama
2. Wakil BN menjadi Calon Pengganti (jika GRS memutuskannya).
Kita tunggu dan lihat ... SIAPA YANG TERPILIH
Untuk ke Laman Utama PRN Sabah : KLIK DI SINI
2. Wakil BN menjadi Calon Pengganti (jika GRS memutuskannya).
Kita tunggu dan lihat ... SIAPA YANG TERPILIH
Untuk ke Laman Utama PRN Sabah : KLIK DI SINI
HUBAYA-HUBAYA
No comments:
Post a Comment