Wednesday, 11 March 2020

5000 PESERTA PERHIMPUNAN TABLIQ DI P/JAYA DIMINTA MERUJUK KLINIK ATAU HOSPITAL BERDEKATAN DENGAN KADAR SEGERA.



"CEGAH SEBELUM TERLAMBAT"
KKM CUBA MENGESAN
 5000 PESERTA BERKENAAN

Pendedahan ini adalah hasil dari peperiksaan seorang Warga Brunei yang dijangkiti COVID-19. Pesakit ini telah menyertai satu Perhimpunan Tabliq yang diadakan di Masjid Jamek, Petaling Jaya baru-baru ini. (Seorang Peserta dari Brunei Dijangkiti COVID-19)


Terdapat ribuan peserta dari beberapa negara termasuk lebihkurang 5,000 peserta dari Malaysia.

Pihak berkenaan meminta agar SEMUA PESERTA merujuk ke Klinik/Hospital dengan KADAR SEGERA bagi tujuan pencegahan.


Keterangan lanjut, SILA KLIK DI SINI

PUTRAJAYA: Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan itu dijalankan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei, di mana kes yang disahkan positif COVID-19 di negara terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia.
“Kes berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.
“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini membabitkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.
“Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang diberikan.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya mengesahkan kes pertama positif COVID-19 di negara itu dijangkiti ketika hadir satu majlis keagamaan di Malaysia.
Individu terbabit dikatakan pulang ke Brunei dengan rakannya pada 3 Mac lalu melalui Miri, Sarawak sebelum menyedari mengalami simptom jangkitan dan membuat pemeriksaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac lalu.

HUBAYA-HUBAYA 


 




No comments:

Post a Comment