Thursday, 12 September 2013

TERINGAT PERISTIWA 1992 "AKU BUKAN PENYAMUN TARBUS"





Entah mengapa, semalam aku terkenang kembali peristiwa yang berlaku 20 tahun yang lalu apabila aku melihat gambar-gambar Sambutan Aidil Fitri di SK Padang Changkat.

Tahun 1992, aku selaku Pengerusi Kajian dan Projek Khas PKG Bota telah mengadakan Jamuan Makan Malam untuk mengisi Tabung dan Memohon Peralatan Komputer dari Mantan Menteri Besar (Dato' Seri Ramli Ngah Talib) melalui isterinya Datin Seri Norasyikin.

Jamuan berkenaan telah berjaya diadakan ... MALANGNYA. aku dimalukan dengan LONTARAN .... MELENYAPKAN WANG.

Aku tak kira betapa penat dan letihnya aku untuk memerah otak dan keringat akan tetapi LONTARAN SEBEGITU tak boleh aku terima hingga kini aku masih mengingatinya.

Kebetulan Bendahari PKG Bota masa itu adalah Mantan Guru Besar, SK Padang Changkat dimana semua laporan kewangan PKG menumpang Akaun sekolahnya.

Perisitiwa ini berlaku ..... disebabkan ....

1.   Semua SUMBANGAN dimasukkan ke dalam Akaun dan dikeluarkan kembali kepada 3 orang iaitu ... AKU, Arwah Cikgu Zahari Yeop Ahmad dan Arwah Cikgu Zulkifli Mohamad (Penolong Kanan, SK Bota Kanan). Maka katakan semuanya berjumlah RM4,000.00 (AKU DAH LUPA BERAPA JUMLAH SEBENARNYA)

2.   Setelah majlis selesai, kami serahkan WANG BAKI kira-kira RM750.00 kepada Bendahari dengan anggapan ... SEMUANYA BERES di samping kami menerima Set Komputer dan Kamera Vedio dari Pihak Menteri Besar.

3.   Selang beberapa hari, aku dipanggil oleh Guru Besar, SK Bota Kanan selaku Pengerusi PKG Bota dan beliau menyatakan AKU MASIH BERHUTANG kira-kira RM750.00 kepada PKG. Alangkah terkejutnya aku .... sudahlah penat ... dikatakan berhutang pulak. Aku cuba menafikannya berkali akan tetapi ... "Tak apa Cikgu Lin, teman dahulukan dulu ... kamu bayor pelan-pelan" katanya. Disebabkan aku SANGAT MENGHORMATI beliau (Cikgu Hj Jazri) aku angguk dengan penuh keberatan.

4.   Selepas itu, aku pergi ke SK Padang Changkat untuk menyemak Akaun Berkenaan. "Ini SULIT" kata Bendahari (Hj. Zahari Itam Tood). Aku terus terdiam ... dan mohon diri.

Aku mengandaikan ... WANG BAKI BERKENAAN telah dimasukan ke dalam akaun PKG Bota sebagai PENDAPATAN, ini bermakna .... BETULLAH MASIH KURANG RM750.00 .... sepatutnya ... TIDAK PERLU AKU BAYAR SESEN PUN ... sebabnya ... TAK ADA SESIAPA PUN YANG MELANTAKNYA.

Jadi, ALANGKAH MALUNYA AKU .... dianggap sebagai "PENYAMUN TARBUS".

Tapi, aku maafkan semuanya .... catatan ini sekadar ... INGIN MEMBUAT PENAFIAN walaupun perkara ini dah lama berlaku ... mungkin orang dah lupa .... tetapi AKU TAK PERNAH LUPA.


HUBAYA-HUBAYA





No comments:

Post a Comment