Sunday 8 April 2012

TAJAAN DAN PELUANG BERSAMA KILANG BESI VALE

Sabtu lalu, Pihak Pengurusan Bangunan Persekutuan Manjung telah mengadakan "FAIR" untuk Warga Manjung khasnya dari 8.00am hingga 5.00pm.




Tak ketinggalan Pengurusan Kilang Besi VALE pun ada turut serta mengambil bahagian iaitu untuk MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN BERSAMA "VALE".

Pada waktu yang sama (4.30pm - 6.30pm) pihak VALE juga mengadakan ALUMNI VALE di OUTWARD BOUND SCHOOL MALAYSIA (OBSL) di Tlk Muroh. 540 pelajar Warga Manjung telah ditaja untuk berkursus di sana yang nilai tajaan RM300,000.00 sejak Dis 2011 - 25 Mac 2012 lalu.

SUASANA BEKAS PELAJAR
DI ALUMNI VALE DI OBSL

Pihak Pengurusan Kilang VALE ini telah menaja lagi 1,000 peserta yang bernilai RM800,000.00 sehingga Disember 2012 ini.


Kononnya, pihak VALE akan menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan di Tahun 2012 ini khasnya untuk Warga Manjung. 



KAUNTER PELANGGAN VALE DI "FAIR" 7 APRIL 2012
DI BANGUNAN PERSEKETUAN SERI MANJUNG

JUGA, tak ketinggalan .... Warga Sekolah Kebangsaan Seri Manjung tidak perlu merasa gusar lagi apabila PROJEK JEJANTAS TAJAAN KILANG BESI VALE ini siap dibina untuk tujuan ..... MEMBANTU MENJAGA KESELAMATAN PARA PELAJAR SK SERI MANJUNG.


TAHNIAH KEPADA WARGA MANJUNG 
dan 
TERIMA KASIH VALE.

No comments:

Post a Comment