PETIKAN: Wikipedia
Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran
timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin , Laut
Mati.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan
kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan
ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru
mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan
Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya,
kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.
Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.
ADAKAH INI PENINGGALANNYA ?
Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak.
Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab.
Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan
perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang
yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiatyang paling
menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di
kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu
bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum
Sadum.
Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka.
Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia
melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika
pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi
rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika
si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya
pula.
Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras
penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat
mereka dari lembah kenistaan ,kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang
bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah
kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan
mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal
perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-
nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan
mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang
yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam
neraka Jahanam.
Nabi Luth menyeru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan
perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan
fitrahdan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan
manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Mereka juga diseru menghormati hak dan
milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta
pencurian yang selalu mrk lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada pengunjung
yang datang ke Sadum. Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka
sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam
negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam
hidupnya.
Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak
henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya
secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan percaya
kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan amal
soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan
kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka dan pengaruh hawa
dakwah dan ajakkan Nabi Luth yang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak
mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di
tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran
Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan
dan iblis.
Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth
yang tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau menghadapi
pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth pun sudah
tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah kesesatan dan
keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka yang sudah buta-
tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa. Ubat satu-satunya, menurut fikiran Nabi Luth
untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu menular kepada tetangga-tetangga
dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas
terhadap kekerasan kepala mereka juga untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat
disekelilingnya. beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum
diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.
Tetamu Nabi Ibrahim dan Nabi Lu
Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t.
Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat menyamar sebagai manusia biasa. Mereka
adalah malaikat yang bertemu dengan Nabi Ibrahim yang membawa berita gembira atas
kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu kepada mereka bahwa dia adalah utusan Allah dengan
tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum. Dalam kesempatan
pertemuan mana Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum ditunda
,kalau-kalau mereka kembali sedar mendengarkan dan mengikuti ajakan Luth serta bertaubat
dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon
agar anaksaudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan keatas kaum Sadum
permintaan mana oleh para malaikat itu diterima dan dijamin bahwa Luth dan keluarganya tidak
akan terkena azab.
Para malaikat itu sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas
tampan dan badan yang berotot, tegap dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka hendak
memasuki kota, mereka berselisih dengan seorang gadis yang cantik dan ayu sedang
mengambil air dari sebuah perigi. Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis kalau-kalau
mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Si gadis tidak berani memberi keputusan sebelum
ia beruding terlebih dahulu dengan keluarganya. Maka ditinggalkanlah para lelaki muda itu oleh
lalu pulang ke rumah segera untuk memberitahu ayahnya (Luth).
Mendengar khabar berita anak perempuannya, Nabi Luth menjadi bingung, jawapan apa yang
harus ia berikan kepada para pendatang yang ingin bertamu ke rumahnya untuk beberapa
waktu, namun menerima tetamu yang berparas tampan dan kacak akan mengundang risiko
gangguan kepadanya dan kepada tetamu dari kaumnya yang tergila-gila untuk melakukan
hubungan seks sejenis dengan anak muda yang mempunyai tubuh bagus dan paras wajah
elok. Sedang kalau hal yang demikian itu terjadi ia sebagai tuan rumah harus
bertanggungjawab terhadap keselamatan tamunya, padahal ia merasa bahwa ia tidak akan
berdaya menghadapi kaumnya yang bengis-bengis dan haus maksiat itu.
Nabi Luth memutuskan untuk menerima lelaki-lelaki muda itu sebagai tetamu di rumahnya.
Luth hanya pasrah kepada Allah dan berlindung sekiranya terdapat segala rintangan yang akan
datang. Lalu pergilah ia sendiri menjemput tetamu yang sedang menanti di pinggir kota dan
diajaklah mereka bersama-sama ke rumah. Ketika itu, kota Sadum sudah diliputi kegelapan
dan manusia sudah nyenyak tidur di rumah masing-masing.
Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan
anak-anak lelaki muda itu. Jangan sampai terdengar dan diketahui oleh kaumnya. Namun,
kedegilan isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum,
telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada mereka. Berita kedatangan tetamu
Luth tersebar kerana isteri Nabi Luth. Datanglah beramai-ramai lelak-lelaki Sodom, yang buta
seks ini, ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama
tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka memanggil Luth untuk lepas anak-anak muda
itu, agar diberi kepada mereka untuk memuaskan nafsu.
Dengar teriakan mereka, Nabi Luth tidak membuka pintu bagi mereka dan berseru agar
mereka kembali ke rumah masing-masing dan jangan menggunggu tetamu yang datangnya
dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan .Mereka diberi nasihat agar meninggalkan
perbuatan kebiasaan mereka yang keji itu. Perbuatan mereka yang bertentangan dengan fitrah
manusia dan kudrat alam di mana Allah telah menciptakan manusia berpasangan antara lelaki
dengan perempuan untuk menjaga kelangsungan perkembangan umat manusia sebagai
makhluk yang termulia di atas bumi. Nabi Luth berseru agar mereka kembali kepada isteri-
isteri mereka dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar yang tidak senonoh,
sebelum mereka dilanda azab dan seksaan Allah.
Seruan dan nasihat-nasihat Nabi Luth tidak dihiraukan dan dipedulikan ,mereka bahkan
mendesak akan menolak pintu rumahnya dengan paksa dan kekerasan jika pintu tidak di buka
dengan sukarela. Merasa dirinya sudah tidak berdaya untuk menahan arus orang-orang lelaki
kaumnya itu yang akan memaksakan kehendaknya dengan kekerasan berkatalah Nabi Luth
secara terus terang kepada para tamunya:" Sesungguhnya aku tidak berdaya lagi menahan
orang-orang itu menyerbu ke dalam .Aku tidak memiliki senjata dan kekuatan fizikal yang dapat
menolak kekerasan mereka , tidak pula mempunyai keluarga atau sanak saudara yang
disegani mereka yang dapat aku mintai pertolongannya, maka aku merasa sangat kecewa,
bahwa sebagai tuan rumah aku tidak dapat menghalaukan gangguan terhadap tetamu
dirumahku sendiri.Mendengar keluh-resah Nabi Luth, lantas anak-anak muda itu memberitahu
hal yang sebenar, mereka adalah malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia yang
diutus oleh Allah untuk menurunkan azab dan seksa atas rakyatnya kerana segala
kemungkaran dan kemaksiat yang keji dan kotor.
Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat
memberi kesempatan bagi orang -orang yang hauskan seks dengan lelaki itu masuk. Namun
malangnya apabila pintu dibuka dan para penyerbu memijakkan kaki untuk masuk, tiba-tiba
gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu. Malaikat-malaikat tadi telah
membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka, ternyata
mereka sudah menjadi buta.
Sementara para penyerbu rumah Nabi Luth berada dalam keadaan kacau bilau berlanggar
antara satu dengan lain berteriak-teriak menanya-nanya gerangan apa yang menjadikan
mereka buta dengan mendadak para malaikat berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan
segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah
yang akan ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar
perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.
Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya terdiri dari
seorang isteri dan dua puterinya berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh ke kanan
mahupun kekiri sesuai dengan petunjuk para malaikat yang menjadi tamunya.Akan tetapi si
isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak tergamak meninggalkan
kaumnya. Ia berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan tidak secepat
langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke belakang karena ingin mengetahui apa
yang akan menimpa atas kaumnya, seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para
malaikat yang telah didengarnya sendiri. Dan begitu langkah Nabi Luth berserta kedua
puterinya melewati batas kota Sadum, sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan
dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu.
Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang
dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua
pemghuninya . Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sodom, dan
hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang lalu-lalang. Namun, masih
ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut oleh Allah S.W.T, sebagai peringatan
kaum yang kemudian yang melalui di jalan tersebut. Demikianlah kebesaran dan ayat Allah
yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang
ADAKAH GEJALA INI SUDAH MENJADI PERKARA BIASA DALAM MASYARAKAT KITA HARI INI?.
ADAKAH KITA BERSONGKOL DENGAN PARA PENGAMAL TABIAT YANG SEDEMIKIAN?
APAKAH DEMI PERSENGKATAAN FAHAMAN, ANDA SANGGUP MENGABAIKAN TELADAN DARI PERISTIWA DI ATAS ?
WALLAHHUALAM. .
No comments:
Post a Comment