Sunday 2 October 2011

AKU HANYA SEORANG "PROLETARIAT"

SALAM.

     Sebelum aku bertindak lebih lanjut, izinkan aku mencatatkan PERIHAL DIRIKU agar anda sekalian mengenali diriku sebagai "PLORTARIAT/MARHAIN" di sisi mereka yang bergelar "BORJUIS"  atau seumpama dengannya (maaf ... istilah tak berapa sesuai ... tapi hanya itu yang ada).

SEBELUM JADI PEMILIH (PENGUNDI) 

     Tahun 1967, Aku berumur kira-kira 10 tahun ketika UMNO Cawangan aku ditubuhkan di mana YB Ahamd Saudi bin Ahmad Zakaria (ADUN Kg Gajah - sebelum wujudkan DUN BOTA) menjadi Ketua Cawangannya. Ayahku menjadi Setiausahanya. Aku sentiasa disuruh oleh ayahku untuk melakukan kerja-kerja UMNO seperti menulis nama dalam BUKU KEAHLIAN, menulis resit serta menaip dan menyemak ayat dan perkataan yang ditulis oleh ayahku yang sentiasa menggunakan perkata "sahaya", "sekian, adanya" dan lain-lain lagi. 

     Adakalanya aku diminta hadir bersama ketika AJK berbincang. Aku sekadar PENCATAT.

     PRU 1969, TSUNAMI telah melanda Negara .... Perikatan KALAH TERUK ...
     Walau pun aku baru berumur 11+ tahun ... aku masih  teringat PANTUN Calon Parlimen Parit ... Cikgu Hashim Gera ...

     One, two, there,
     Satu, dua, tiga,
     Omputeh cabut lari,
     Malaya bahagi tiga .... (Melayu, Cina, India).

          One, two, there, four,
          Satu, dua, tiga, empat,
          Kita korje setengah tumpor,
          Tapi apa kita dapat.

     Teringat juga .... bila ada ceramah .... bau taikkk tak dapat dielakkan ..... rupa-rupanya ... pihak lawan melepaskan "BELALANG" (hanya yang tau sahaja yang tau ... cara membuat BOOM ini).

     Tunku Abdul Rahman menangis di depan TV Hitam Putih (PANGGG ... ayahku menempeling muka Nai Labe ... apabila dia gelakkan Tunku .... masa tu TV diletakkan di depan Kedai kopi ... atas para ... berdirilah tengok ramai-ramai).    

    Maka MAGERAN pun mengambil alih negara di bawah Tun Abdul Razak ..... (KISAH 13 MEI .... kemudian cerita).

ANGGOTA MAGERAN DIKETUA OLEH TUN HJ ABDUL RAZAK

MASUK SEKOLAH MENENGAH

SMDARY, BOTA KANAN

     Aku masuk ke SMDARY Bota Kanan .... naik basikal sejauh 6.5 batu = 10km. Aku dapat memasuki SM Izzuddin Shah dan perlu mendaftar pada 12hb Januari, 1970 .... kerana tak mampu .... duduklah aku di sana.

SM IZZUDIN SHAH, IPOH
 
     Sebelum itu, aku telah mengambil Ujian Sekolah Asrama Penuh di SM Muhamad Shah di Parit. Disebabkan SIJIL PENYERTAAN AKU "TAK SAH" (bukan tandatangan Guru Besar secara "HIDUP") aku tidak dibenarkan masuk periksa .... dah tinggal 1/2 jam ..... baru diizinkan masuk ....., NAK BUAT APA .... TAK CUKUP MASA (bila aku dah mula dewasa aku cuba mencari Cikgu yang menahan aku itu ... tapi lastnya aku fikir balik ... TAK GUNA DAH)

     Masa Peperiksaan Setengah Tahun di Tingkatan Satu, aku dapat Nombor 2 dari seluruh pelajar Tingkatan Satu .... mulalah jiwaku MEMBERONTAK .... mulai SAAT ITULAH AKU "TAK MENULIS" apa yang disuruh tulis oleh guruku .... kecuali GURU ITU BENGIS (macam Cikgu Singa .... gelaran kepada Cikgu Shamsuddin Jamil .... dah arwah ... tinggal di Malim Nawar ... selepas tu).

     Tanpa menulis .... aku dapat SCORE TERTINGGI DALAM MATEMATIK = A2 (bersama-sama dengan Termizi Majid .... sahabat aku hingga kini) .... masing-masing kami dapat 17 Agg. Tahun hadapannya rekod kami dipecahkan oleh sepupuku Bakri Alg Abd Rais = A1 (sekarang Doktor di Klinik Swasta di Kulai).

     Tahun 1973 aku terpilih memasuki SM Teknik Alor Star tetapi tak dapat ASRAMA (kenapa ... aku sendiri pun tak tau) .... LANGSUNG TAK PERGI.
ASRAMA SM TEKNIK ALOR STAR

     Kerana TAK TAHAN "DISKRIMINASI ALIRAN MELAYU DAN ENGLISH" DI SMDARAY ..... (aku mula bertindak GANAS) ,,,, aku mohon dengan ayahku .....  AKU PINDAH KE SMK SERI PERAK, CHANGKAT JONG, TELUK ANSON

 DEWAN SMK SERI PERAK, TELUK INTAN

     Di sana, aku hanya dapat Gred 3 dengan 36 Agg .... tahun 1975 aku ambil sekali lagi .... dapatlah MASUK MAKTAB ... di tahun 1997.
     Selepas keluar maktab aku cuba mengambil STPM .... kerana aku dah MENJAWAT GURU KANAN di SK Seberang Perak di tahun 1981 dengan murid melebihi 700 orang .... tiada masa untukku belajar  .... aku pernah dapat Prins dalam Bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi tapi tahunnya tak sama ... tak dapatlah masuk Universiti.

PAS JOIN PERIKATAN

     Sebelum itu ... PRU 1972, PAS bertanding atas TIKET PARTI PERIKATAN.  Aku ketika itu baru berumur 15 tahun tapi aku masih ingat ... PEMILIHAN CALON PAS UNTUK KERUSI DUN BOTA (baru diwujudkan setelah berpisah dengan DUN Kg Gajah). Calonnya Cikgu Latif Lazim terpilih disebabkan "ramai membawa penyokong" mengalahkan Kamaruddin Montak dalam mesyuarat di rumah Cikgu Ros di Tanjung Gelugor. Bila nak membayar DEPOSIT .... mereka buat derma JIHAD .... (UMNO kena bayor sebab PARTI PERIKATAN). Menanglah Cikgu Latif Lazim (selepas itu beliau dianugerahkan Dato' Seri, Ahli Dewan Negara dan menjadi Lembaga Pengarah anak2 syarikat Kerajaan Negeri Perak ... sebab itulah agaknya dia tak JOIN PAS lagi selepas itu ...tapi SUMBANGANNYA ... masih dilakukan .... termasuk semasa  PRU di mana PAS menentang BN/UMNO).

MEMASUKI KANCAH POLITIK SEBENAR

     Tahun 1975, ketika aku berumur 17 tahun (lepas ambil SPM) aku terpaksa menggantikan PERWAKILAN YANG UDZUR di Mesyuarat Perwakilan Bahagian yakni Tahun 1974 (walaupun umur aku tak melayakkan JOIN UMNO ... masa tu tak kisah ... janji jangan lebih wakil udah ler). Dato' Hisan Ibrahim (MANTAN PENGERUSI RISDA) Ketua Bahagiannya . 

AYAHKU DIPINANG OLEH WAKIL DAP

     PRU 1976, DUN Bota masih diwakili PAS dan calonnnya En Mahmud. Masa inilah ayah aku ditawarkan oleh DAP bertanding atas TIKET DAP ... Pak Ngah Lengkong datang ke rumahku dan depan aku dia  menyerahkan sekeping kertas TAULIAH CALON PARTI DAP yang masih KOSONG NAMANYA. Beliau memujuk ayahku agar menjadi Calon. "Kalau aku hendak, tahun 1964 dah aku dah jadi Calon ... Tun Razak datang ke Pulau Tiga .... suruh aku bertanding masa tu ... bukannya Saudi ... sebab aku tak tau RUMI ... sebab itu aku tolak" kata ayahku. Aku memberi ISYARAT kepada bapaku ... "JANGAN SEKALI-KALI". Baliklah beliau dengan sayunya (beliau umpama ABANG bagiku).

NGAH BIN MAT BAKI @ NGAH LENGKONG (UMPAMA ABANG KEPADAKU)
DUDUK : NOMBOR 3 DARI KIRI 
     Keesokan harinya, di Kedai Meri, Bota Kanan .... Pak Ngah Lengkong memujuk lagi .... "Kamu aje le yang bertanding" bentak ayahku. Itulah sebabnya NGAH BIN MAT BAKI BERTANDING SEBAGAI CALON DAP DUN BOTA di Tahun 1976. Tak hilang WANG PERTARUHANnya.

AKU MASUK MAKTAB PERGURUAN  
SERI PINANG


     Masuk Maktab Tahun 1977 dan Semasa Tahun Dua di Maktab, aku adalah YANG DI PERTUA PERSATUAN PELAJAR. Semasa menjawat jawatan berkenaan aku sempat BERUCAP SEMASA "MALAM TAMAT LATIHAN" di hadapan Pengarah Bahagian Latihan Guru (Hj Mohd Ali bin Ibrahim) .... aku letakkan TEKS UCAPAN YANG DISEDIAKAN OLEH PENGETUA ke tepi .... lalu aku BERUCAP .... TANPA TEKS UCAPAN ..... (terngaga En Bion Dury .... "Geraguk"  Batu Gajah ... menenguk aku bercakap .... tersenyum beberapa orang Pensyarah yang memahami aku). Antara ucapannya :-

1.     Maktab Perguruan Seri Pinang .... macam KILANG ROTI ... (ditutup selepas itu .... pindah ke Jalan Northam ... nama itu diJUMUDkan).

2.     Dulu Mak Saudara kami juga menerima RMN150.00 sebulan ... boleh hantar kampung lagi ... sekarang ... sewa katil RM30.00 .... tambang bas RM15.00 .... bayaran runcit Maktab RM10.00 .... habis apa yang tinggal untuk MAKAN dan MINUM

TAPAK MAKTAB PERGURUAN SERI PINANG

     Selepas itu. Pengetua mengarahkan agar semua KERTAS UJIAN HUJUNG TAHUN AKU DIPERIKSA OLEH DUA PENSYARAH .... aku duduk TEMPAT KEDUA .... TERAKHIR..... hihihihihihi (LULUS JUGAK).

     Tahun 1980, Elaun Guru dinaikkan kepada RM200.00 dan Tahun 1981 terus ke RM345.00. Mana yang dah "POSTING" dapatlah "TUNGGAKAN" .... aku MELOPONG melihatnya .... tak kisah ler tu .,.. dah rezeki mereka.

POLITIK BERSAMBUNG SEMULA

   PRU 1980, aku bertugas di Bilik Gerakan kampungku dan aku tak mengundi masa itu sebab .... tak berdartar sebagai pemilih .... masa tu aku baru habis Maktab (tak sempat nak mendaftar).

     Ketika PRU 1982, ayahku sudah menjadi Ketua Cawangan menggantikan Cikgu Hj Yeop Saidan bin Pdk Kolah. 

     Ayahku memberi aku RM250.00 (Sahuhatinya sebagai Pengerusi ZON B) dan mengarahkan aku bertugas di Bilik Gerakan DUN BOTA. "Apak demam ... kamu pergi tolong Bilik Gerakan Bota tu .... sapu sampah pun tak apa" katanya. Aku terus ke Bilik gerakan Bota dengan menaiki kereta TOYOTA WAGON JAG 3405 kepunyaan ayahku berbekalkan RM250.00 dan sedikit baki wang gajiku sebagai guru yang semasa itu hanya RM495.00/bulan.

     Di sana aku bertugas dengan Cikgu Khadri Harun (Ayahanda), Cikgu Syed Mustar (ayahanda kepada Syed Munawar - Pengacara Politik TV), Cikgu Norwi serta Ibrahim kerani Penghulu. Rasanya Syed Mustar sebagai Pengerusi masa itu.

    Disebabkan KEKURANGAN PENCERAMAH, aku dipaksa menjadi PENCERAMAH PEMBANTU. Tempat pertama yang diarahkan adalah Kg Kuchai, Lambor Kiri (KUBU KUAT PAS). Aku syaratkan kepada Cikgu Syed Mustar "Jangan mengata PAS .. sebab di situ ramai sanak saudara saya" kataku kepadanya.

     Setelah minum kopi di Kedai Kopi Rashid bersama dengan Wakil Calon PAS (Cik Mat Noor - Tukang Jahit), kami bertolak dengan kereta masing-masing ke sana. Rupa-rupanya ... dia pun ke sana jugak ... berlambai-lambai tangan kami ... dia ke hadapan lagi dari lokasiku.

     Mula-mula aku singgah di Kedai Kg Bakong (bersebelahan dengan rumah tempat aku akan berceramah) dan aku terus menjemput semua yang hadir agar masuk ke dalam rumah yang hanya 30 kaki saja dari kedai tersebut. "Tak mau .... nanti kome ngate PAS" jawab mereka selamba. "Kalau keme ngate PAS nanti ... penggal (baling) dengan kasut" jawab aku untuk meyakinkan mereka agar masuk. Mereka bersetuju masuk.

     Di sanalah bermulanya aku berceramah dan selepas itu aku terus diarahkan untuk berceramah adakalanya berteman dan adakalanya seorang diri. Di antara teman yang aku ingat adalah SALLEH NOKHODA ITAM (bekas ADUN DAP BUNTONG). Tempat-tempat yang aku masih ingat adalah PIANDANG, CHOPIN KIRI, KUCHAI, PADANG MARHUM, TALANG .... dan aku masih teringat lagi ... apabila aku diarahkan ke Kg. Serkai Jadi, Tronoh .... aku ajak Cikgu Ismail Hasbollah (Mantan ADUN Bota - 1995)  yang baru balik dari Sekincan (saudaranya kahwin) .... dia pun tak pernah berceramah ... itu baru pertama kali ... dalam ertikata lain ... AKU DULU MENJADI PENCERAMAH DARI DIA (itu pun aku yang ajak ...sebagai teman).
 ISMAIL HASBOLLAH, DATO'
MANTAN ADUN BOTA 
(KALAH PRU 199 DI TANGAN USAILI ALIAS PKR)\

     Selepas PRU ... "Nah! ini yang ada .... saguhati ceramah" kata Cikgu Khadri Harun .... menyerahkan kepadaku RM40.00 ... aku terkejut .... "Ada upah ker" bisik hatiku ... tapi memang tak berbaloi berbanding dengan minyak yang aku gunakan ... tapi aku dah dapat RM250.00 dari ayahku sebelum itu.... tak kisah ler tu.

     PRU 1986, aku hanya membantu Bilik Gerakan Parlimen (menyibuk sebenarnya). Aku terkejut apabila kawan satu sekolah aku (aku yang memujuknya JOIN UMNO semasa kami satu sekolah di SK Seberang Perak, Kg Gajah  dulu) ... bertugas di Bilik Gerakan. "Kenapa deme tak nampak aku?" bisik hati kecilku. Aku tak berapa kisah ...kebetulan isteriku baru keguguran .... 
 
MENJADI KETUA CAWANGAN (MUDA)

     Selepas itu, disebabkan ayahku BUKAN LAGI KETUA CAWANGAN (kalah atas sebab AGENDA POLITIK BAHAGIAN ....ayahku MEMANG CELUPAR MULUT .... macam aku jugak sekarang ni) ... aku mengambil keputusan .... "Apak tak usah bertanding melawan Acik Ta tu (Hj Tajuddin Klb Basir ... pangkat bapa saudaraku ... ibu dan bapa moyang mak aku dan maknya ... masih satu)" kata aku .... TERKEJUT BERUK ayahku ... sebab masa itu umurku baru 29 tahun. Ahli Cawangan kami melebihi 300 orang .... di antara yang teramai ... aku menang dengan UNDI ( 94 - 36 ). Satu sen pun aku tak keluar duit ...

     Untuk makluman .... AKU TAK PERNAH MENERIMA LAYANAN SEBAGAIMANA SEPATUTNYA DITERIMA OLEH KETUA CAWANGAN .... ENTAH KENAPA ... AKU SENDIRI PUN TAK TAU..... hinggalah UMNO DIHARAMKAN.

     Malangnya, ... UMNO DIHARAMKAN ... Buku Pendaftaran Ahli yang aku tulis di waktu aku baru berumur 10 tahun sudah tak berguna lagi. MULA dan AKHIRnya buku itu di tangan aku.

     Sedihnya ..... ayahandaku MENINGGAL DUNIA pada 24hb September 1987. Tinggallah aku bersendirian ... AYAHKU, GURUKU juga RAKAN POLITIKKU ... sudah tiada lagi.
AYAHANDAKU BERSAMA PADUKA SERI SULTAN PERAK

      MALANG LAGI, apabila UMNO (Baru) diwujudkan .... UMNO BAHAGIAN TIDAK MEMILIH AKU SEBAGAI PENGERUSI PENAJA ... "Kami lantik kamu Jawatankuasa ... macam mana" kata Pengerusi Penaja (Yang aku kalahkan sebelum itu)  dan En Zalamuddin Klb Ismail apabila berkunjung ke rumahku di Titi Gantong (aku menyewa di sana). 

     Sebagai memghormati TETAMU dan juga PANGKAT BAPAK-BAPAK SAUDARA ... aku terima dengan bersyarat "Selepas ini, satu pertiga dari AJK tu mesti Orang Muda ... mereka pelapis kita" jawab aku ... sebab masa itu .... PEMUDA macam dipinggirkan langsung.

     BERTAMBAH MALANG LAGI, apabila Mesyuarat Penajaan Cawangan nak bermula .... aku minta agar Cikgu Ri Md Daud (Mantan ADUN Bota 2004 - sekarang bergelar Dato') menjadi Ketua Cawangan di kampungku. "Selagi kamu ada di sini, aku takkan masuk Cawangan sini" katanya dengan nada serius. Aku mengambil sekeping kertas ... lalu menulis .... "BAHAWA ... AKU KELUAR CAWANGAN .... MASUK CAWANGAN .... " begitulah lebih kurang isinya.

     YBhg Dato' Che Ri Md Daud pun MENANG TAK BERTANDING dan HINGGA KINI MASIH KETUA CAWANGAN BERKENAAN. 
CHE RI MD DAUD, DATO' 
BERSAMA ISTERINYA

     MULAI SAAT ITU, AKU MULA BER\TEKAD ..... "AKU ADALAH AKU" .... HINGGA KINI dan MUNGKIN SELAMA-LAMANYA .... Wallahualam.

     PRU 1990, bermulalah AGENDA POLITIK yang  menyebabkan aku SEBEGINI .... HINGGA KINI.

1.    Diamanahkan menjaga Daerah Mengundi (Kg Orang Asli) ..... aku gunakan SEPENUHNYA ... Kaum Mereka Sendiri .... hingga COUNTING AGENT pun aku lantik Golongan Mereka Sendiri (Alang Hangus dan Alit) sebagai Pembantu Setia aku.

2.     Musim Tengkujuh ....  tiada bekalan elektrik .... tiada bekalan air .... penduduk tiada sumber pendapatan .... jadi ..... Ribu-ribu Ringgit habisnya .....  AKU TANGGUNG SEMUAnya.  

3.     Keputusannya : PAS hanya mampu memperolehi PARLIMEN PARIT = 5 undi dan DUN BOTA = 8 undi sahaja. Paling Tinggi dalam Parlimen dan DUN.

     Keputusan PRU 1990 aku masukkan ke dalam Komputer. Program yang digunakan adalah "FORMTOOL" ..... hinggalah PRU 1995 .... program itu masih digunakan sebelum "LOTUS" diperkenalkan.

YAB MB PERAK BERSAMA YB DATO' NASARUDIN HASHIM  (ADUN BOTA)
LAWATAN KE KG SUAK PADI
(TENGAH : UDA BIN MAT... TOK BATIN KG SUAK PADI)

     ( SAMBUNGANNYA .... COMING SOON )

     Sekian, terima kasih.
      

No comments:

Post a Comment