Saturday 7 April 2012

KILANG BESI VALE .... ADAKAH NIZAR DAN NGEH BEREBUTKAN TAPAK ... AKHIRNYA ... AYAM TERLEPAS .... TANGAN BAU TAIK ?

Kalau ditengokkan BANTAHAN ..... bagaikan "halalintar membelah bumi" ..... kesepakatan Para Pemimpin mereka yang padu memanglah tidak dipertikaikan ... bagaikan adik beradik TETAPI .... berlainan pulak kisahnya berhubung dengan  "TAPAK KILANG BESI VALE". Di sini ... ada nampak sedikit kekeliruan .... YB Sitiawan kata " ........ Tanjong Hantu " sementara tiada komen apa-apa dalam surat YB Pasir Panjang semasa memegang tampuk Negeri Perak dulu ..... dalam ertikata lain .... tak kisah ler nak buat di mana pun.

PENERAJU PAKATAN RAKYAT PERAK

Selalunya .... kita selalu tengok mereka bertiga ( 3N )ini berbincang .... semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak dulu.
ENTAH APA YANG DIBINCANGKAN OLEH 3N INI ?

Keadaan dikejutkan lagi dengan Paparan Surat Mantan MB Perak yang dkemukakan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini. Surat ini telah DISAHKAN oleh YB Pasir Panjang sendiri.



Persoalannya, kita digembar-gemburkan bahawa .... KILANG BESI VALE ITU HANYA AKAN DILULUSKAN JIKA DIBINA DI KAWASAN TANJONG HANTU .... BUKANNYA DI TELUK RUBIAH.

Mari kita fikirkan satu persatu ...... berbanding dengan sikap mereka sekarang ... SEOLAH-OLAH TAK MEMBENARKAN PEMBINAAN KILANG BESI BERKENAAN.
1.   Kenapa Pakatan Rakyat baru sekarang membuat bantahan sedangkan Mantan MB memberi respon POSITIF ?.

     -   RUJUK SURAT MANTAN MB.

2.   Tiada langsung dinyatakan syarat "MESTI DIBINA DI TANJONG HANTU" di dalam surat berkenaan ?

     -  RUJUK SURAT MANTAN MB.

3.   Kenapa YB Sitiawan mrkp MP Beruas bersungguh-sungguh sangat NAK BINA KILANG BERKENAAN DI TANJONG HANTU. Adakah disebabkan Tanjong Hantu itu terletak di DUN N37 Pantai Remis (DAP) juga Parlimen P068 Beruas (DAP)  (walhal Tlk Rubiah terletak di DUN N51 Pasir Panjang (PAS) juga Parlimen P074 Lumut (BN/MCA) juga lagi UMNO Bahagian Lumut yang diketuai oleh YAB Dr Zambry Abd Kadir ?


4.   Kenapa apabila membuat PERHIMPUNAN BANTAHAN pada 31 Mac 2012 yang lalu .... perlu membawa PENYOKONG LUAR (untuk meramaikan) walhal kononnya .... WARGA TEMPATAN MENOLAK PEMBINAAN KILANG TERSEBUT serta ..... kenapa kehadirannya tak sampai 100 orang dinyatakan dalam akbar 300 orang ?.

ENTAH DARI MANA DAN APA TUJUANNYA ?

PETER VAN DER LANS
(SEDANG BERUCAP DI ATAS TU)

5.   Kenapa tak pernah dipaparkan SEKEPING PAPARAN BANTAHAN PUN YANG BERTARIKH SEMASA "PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH" ?

6.   APA YANG SEBENARNYA YANG TERSIRAT DI HATI YB MP BERUAS @ ADUN SITIAWAN INI  ?

ADAKAH BELIAU MAHUKAN KILANG BESI VALE ITU
DI BINA DI TANJONG HANTU?


7.   Akhirnya kesemua mereka membuat BANTAHAN agar Kilang Besi VALE ini ditutup ..... KENAPA dan MENGAPA SEKARANG ?.

DALAM KEADAAN BEGINI PUN MASIH ITULAH STAILNYA (TAK BERUBAH)
PELIKNYA ..... KENAPA YB NIZAR SENTIASA MENDENGAR ?

KESIMPULANNYA ..... YB NIZAR YANG BERHASIL MEMPERTAHANKAN KILANG BESI VALE ITU DARI DIPINDAHKAN KE TANJONG HANTU .... TAHNIAH DAN TERIMA KASIH .. TAPI APA TUJUANNYA ?.

WALLAHHUALAM


2 comments:

  1. Mantan MB tidak berupaya menguasai rakan EXCO yang lain... Mengapakah ini berlaku...? Secara jujur kita kupas sedikit... Apakah EXCO yang lain dari DAP bersetuju sepenuhnya keputusan yang dibuat oleh mantan MB....? Atau demi menjaga setiakawan mantan MB bertolak ansur melampaui batas sebagai CEO of the state....?

    ReplyDelete
  2. Takkan kita tak perhatikan .....
    1. Kouta Kelulusan Balak
    2. Kelulusan Tanah Untuk K/Sawit untuk AJK PIBG SJK Cina sahaja.
    3. Kouta DAP dalam Kerajaan Tempatan .... Perak Tengah pun mesti ada Kouta DAP walhal berapa kerat aje ada Cinanya ... dipaksa Melayu tubuhkan DAP
    Ini baru yang kita nampak

    ReplyDelete