Monday 12 August 2013

PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN AKAN GUNAKAN "ELECTORAL COLLEGE" UNTUK MENENTUKAN AHLI MKT 2013. ADAKAH ANDA FAHAM?


191 "ELECTORAL COLLEGE"
DI SELURUH MALAYSIA



KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pemilihan Umno yang bakal diadakan hujung tahun ini akan mengadaptasi sistem ''Electoral College'' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkatasistem itu dilihat sesuai dilaksanakan pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan melibatkan 146,500 anggota peringkat akar umbi.
"Cara pemilihan kita berlainan sedikit daripada yang lalu. Kita akanmenggabungkan sistem Amerika dengan sistem yang ada di United Kingdom.
"Kali ini satu bahagian ada satu undi. Misalnya, A dan B bertanding jawatan presiden, A menang maka A peroleh 1 undi," katanya ketika berucap pada Taklimat Kaedah dan Pelaksanaan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Tajol yang juga bekas menteri besar Perak berkata berdasarkan sistem itu, jika terdapat dua calon memperolehi jumlah undi sama, keputusan bergantung kepada undi daripada setiap 191 bahagian seluruh negara.


UMNO-PEMILIHAN 2 KUALA LUMPUR
Beliau berkata penggunaan kaedah baharu ini mencerminkan proses pemilihan yang lebih demokratik dan inklusif apabila melibatkan lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Jika sebelum ini hanya 13 wakil daripada setiap bahagian memilih anggota Majlis Tertinggi, tetapi kali ini ahli di peringkat bahagian juga boleh memilih calon mereka, katanya.
"Ini adalah kaedah dan peraturan baharu yang akan dilaksanakan pada pemilihan hujung tahun ini selepas pindaan perlembagaan parti diluluskan pada 2009.
"Ini juga membuktikan keterbukaan dan Umno sedia melakukan perubahan supaya ia terus kekal relevan dan perkasa berdasarkan landskap politik yang kian
mencabar," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata jawatankuasa pemilihan akan membentangkan kaedah pemilihan kepada pengurusan parti sebelum dibawa kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno selepas selesai taklimat di semua negeri.



No comments:

Post a Comment