Tuesday 15 May 2012

SENAMAN BONTOT DI DEPAN RUMAH AMBIGA


PETIKAN DARI BLOG : PERAK NEWS

Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi tadi.
Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.
10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga.
Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan.
"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.
Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.

10 comments:

  1. lepeh ni najib konfem syg kat mike yobb.syg sbb sanggup jd balaci.blog sampah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aku kesah .... yang kamu sayang sangatkan Ambiga tu pasal aper .... sokong LGBT ker ?

      Delete
    2. Sokong ambiga tak semestinya sokong LGBT.UMNo/BN dah bg lesen penganjuran program LGBT sejak tahun 2008.tapi bila ambiga dah menggugat kedudukan BN/UMNO baru kelam kabut ngesahkan kemngkaran LGBT.Nampak sgt bila dah tgugat baru nak ambik agama sebagai talian hayat.Mmg spesis UMNO sama macam yahudi.Ambik agama bila ada kepentingan.PUIII!!!

      Delete
    3. Aku bukan ahli UMNO tapi PRU kali ni aku akan undi UMNO/BN... Nyesal aku undi PR ... Khaiiituhhh utk PR..

      Delete
    4. Sokong Ambiga tak semesti sokong LGBT bla bla bla... Ini statement org celik tapi matahati nye buta.. Ada otak tapi tak der akal.. Biar berbeza pandangan atau ideologi dlm politik tapi dlm soal agama kita tak boleh berkompromi dgn Ambiga... Dimana tuan nak meletakkan kedudukan Anuar Ibrahim secara terangan menyokong Yahudi laknatullah... Saya bukan org politik tapi saya mengikuti perkembangan politik tanah air... Jangan taksub pada parti wahai saudara.

      Delete
    5. sape tak kenal ngan cikgu Roslim.PK KOKO SKSS>>>Mike Tak ngaku jadi orang politik ke????.hahhaha.Luar dalam aku kenai ko...
      Menyokong Ambiga sebab ada titik persamaan menentang kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.Tentang LGBT yang dipromosikannya aku tetap menentangnya.Aku juga byk tak bersetuju dengan Anuar..dan aku juga menentangnya...

      Delete
    6. SEJAK BILA UMNO NI PANDAI MENGGELARKAN YAHUDI LAKNATULLAH??MUNGKIN UDAH INSAF KOT..DULU ELOK JE BKAWAN.SIAP JEMPUT MAIN KRIKET LG..HEHE.ATAU BERIA SEBUT YAHUDI LAKNATULLAH BILA IANYA BOLEH DIJADIKAN TALIAN HAYAT YANG MENGUNTUNGKAN UMNO YANG DAH NAK MAMPOS TU

      Delete
    7. Kalau luar dalam kenal aku ... aku ada kurap tak ... hihihihihihihi

      Delete
  2. Semua yang berkaitan dengan BeeNd, semua nak lucah.

    ReplyDelete
  3. Lucah menyindir bukan melalukan. Yg melakukan Lucah adakah yg disindir

    ReplyDelete