Thursday, 25 February 2021

KATA MASLEE BERMULA ZAMAN MAHDZIR KHALID



MANA YANG SEBENARNYA NI?


Cerita hari ini, pagi-pagi lagi sudah kena fitnah.

Saya tengah sibuk menguruskan bantuan kepada anak-anak Simpang Renggam ketika ramai wartawan menghubungi saya, meminta pandangan balas kepada kenyataan Dr Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO.

Saya sangat tidak suka bergaduh dan bertengkar apatah lagi mencari salah orang lain ketika sepatutnya ahli politik perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada membantu rakyat yang tengah sengsara sekarang ini.

Dr Asyraf Wajdi sepatutnya lebih sedar situasi sekarang. Apatah lagi, beliau ialah sebahagian daripada Kerajaan yang memerintah.

Jika beliau nak tahu lebih lanjut tentang isu kurikulum Sejarah ini pun, beliau sebenarnya boleh menghubungi KPM dan minta penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tetapi itu tidak berlaku.

Tidak mengapa. Saya akan terangkan satu persatu untuk memahamkan Dr Asyraf Wajdi apa sebenarnya proses penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Untuk menggubal kurikulum sesuatu subjek, ia memerlukan proses yang panjang dan ia telah dijadualkan secara teratur.

Untuk pengetahuan Dr Asyraf Wajdi, kurikulum Sejarah telah disemak semula pada tahun 2014 dan dilaksanakan pada tahun 2017 bermula dengan murid-murid tingkatan satu. 

Ini bererti, kohort murid-murid tingkatan satu pada 2017 akan memasuki tingkatan empat pada tahun 2020.  

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini sebenarnya telah diperkenalkan pada 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. 

Kesimpulannya mudah, KSSM ini telah bermula pada tahun 2017, yang mana waktu itu Menteri Pendidikan adalah dari parti UMNO. 

Dr Asyraf Wajdi boleh bertanya sendiri kepada Menteri waktu itu.

Proses penggubalan kurikulum sebenarnya mengambil masa beberapa tahun dan proses ini  melibatkan panel pakar yang berpengalaman dalam subjek Sejarah. 

Mereka terdiri daripada pakar sejarah terkenal dalam negara, pensyarah universiti, pensyarah Institut Pendidikan Guru, guru pakar dan guru-guru mata pelajaran Sejarah.

Setiap kurikulum yang selesai digubal akan melalui proses ujian rintis di sekolah sebenar bagi memastikan kebolehlaksanaan kurikulum tersebut di samping mendapatkan pandangan guru-guru yang akan melaksanakan kurikulum tersebut. 

Melalui ujian rintis tersebut, penambahbaikan akan dilakukan berdasarkan pandangan guru-guru. 

Semua proses ini melibatkan beberapa fasa seperti pengkopsepsian kurikulum, pemetaan kurikulum, uji rintis & pelaksanaan Dokumen Standard Sekolah Rendah (DSKP) dan kursus penataran. Ini semua mengambil masa sekitar 3 hingga ke 5 tahun. 

Amat mustahil untuk PH melakukan semua ini dalam masa setahun lebih memerintah.

Ini bermakna untuk buku teks yang dicetak pada 2019 dan digunakan pada tahun 2020, prosesnya bermula sejak 2014/2015 lagi. 

Sekali lagi, saya nak beritahu kepada Dr Asyraf Wajdi, Menteri Pendidikan pada tahun 2015 adalah dari parti UMNO. Boleh tanya beliau sendiri.

Saya juga ingin menarik perhatian Dr Asyraf Wajdi bahawa melalui KSSM yang dimulakan pada 2017, Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) menetapkan kandungan KSSM Sejarah adalah berbentuk kronologi yang membincangkan perihal kehidupan masyarakat dan negara daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Seperti dinyatakan di dalam DSKP; “Peristiwa sejarah disusun secara kronologi supaya murid dapat memahami proses perkembangan masyarakat dan negara yang menumpukan kepada pemahaman yang menyeluruh tentang pembinaan negara bangsa Malaysia bermula dari Zaman Prasejarah hingga kini. Ilmu tersebut membolehkan murid membuat perbandingan peradaban yang dicapai oleh negara luar dengan negara kita...,”

Dr Asyraf Wajdi juga boleh meneliti sendiri senarai Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah & Buku Teks Sejarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Prof. Madya Shamrahayu Aziz (UIAM); Prof. Kamaruzaman Yusoff (UTM); Prof. Emeritus Abdullah Zakaria Ghazali dan Dr. Ho Hui Ling(UM); Prof. Sivamurugan Pandian (USM); Prof. Madya Rohani Abd Ghani (UKM) dan Prof. Madya Bilcher Bala (UMS).

Adalah lebih tepat sebenarnya jika Dr Asyraf bertanya kepada pakar-pakar ini, daripada menuduh saya dan PH secara membuta tuli.

Kesemua pakar yang diletakkan penghargaan di muka depan buku teks ini adalah pakar Sejarah di negara ini, dan sebahagiannya dikenali memang rapat dan condong dengan parti UMNO. 

Saya juga kepilkan di sini surat dan dokumen bukti yang menjelaskan bahawa KSSM ini telah diputuskan pada 2017 lagi, proses-proses selepasnya hatta sehingga zaman saya menjadi Menteri Pendidikan pun, ialah prosedur biasa.

Konklusinya jelas, cetakan 2019 ialah hasil daripada keputusan 2017. 

Jadi saya berpendapat tuduhan melulu Dr Asyraf Wajdi yang menyalahkan pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah komen kosong tanpa usul periksa. 

Beliau menunjukkan sisi tidak mahir tentang proses dan tatacara penggubalan kurikulum oleh pihak KPM serta sebuah kecaman terhadap budaya kerja penjawat awam di KPM.

Untuk makluman Dr Asyraf Wajdi juga, selama 20 bulan ketika saya menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, kerajaan PH memberikan kebebasan kepada profesional di dalam Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM untuk meneruskan kelansungan pelaksanaan KSSM seperti yang dirancang melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2012-2025).

Langsung tidak ada campur tangan saya dan PH dalam proses ini walaupun saya tahu ada di kalangan Pakar Rujuk memang sangat cenderung kepada UMNO.

Apa yang saya cuba lakukan dahulu adalah mengubah sistem pendidikan sedia ada secara besar-besaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang sekian lama wujud seperti sekolah daif, murid cicir, pendidikan OKU dan banyak lagi.

Usaha ini dilaksanakan melalui penubuhan MPPK dan JKDPN yang hari ini terus terbantut.

Akhir kata saya ingin memberi nasihat kepada Dr Asyraf Wajdi supaya menyiasat, membuat usul periksa dan memahami proses dan tatacara gerak kerja penjawat awam dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan. 

Takut nanti banyaknya tertembak kumpulan sendiri, luka dan jatuh kemudian menanam jasad sendiri. 

Terima kasih.

YB DR MASZLEE MALIK
24 FEBRUARI 2021

Wednesday, 24 February 2021

PRU15 : BN DAN PN PERAK TAK PERLU KECOH

 


BERSENGKETA APA GUNANYA?


A.    PERBINCANGAN UTAMA 

1.    PPBM (BERSATU) akan bertanding di Parlimen BN di mana Wakil Rakyatnya telah menyertai PPBM selepas PRU 14 lalu.

2.    BN akan mempertahankan kerusi yang dimenangi (P056 Larut, P058 Bagan Serai dan P059 Bukit Gantang) TANPA KOMPROMI dan tidak akan meletakkan Calon di Parlimen yang dimenangi oleh PPBM iaitu di P063 Tambun.

3.    PERGESERAN DI ANTARA BN dan PN amatlah disenangi oleh Pakatan Harapan agar akan berlaku PERTANDINGAN TIGA PENJURU di antara BN vs PH vs PN.


B.    PECAHAN TERKINI (24 FEB 2021)

1.    PRU 14 lalu, BN memenangi 11 kerusi , PN hanya 1 kerusi diwakili PPBM. Sementara PH memenangi 12 kerusi. Selepas PRU 14, 3 Wakil Rakyat BN berpindah menyertai PPBM. Kini, BN hanya tinggal 8 kerusi sahaja sementara PPBM bertambah menjadi 4 kerusi.

Berikut adalah pecahan Kerusi Mengikut Parti.

2.  BARISAN NASIONAL (UMNO = 7, MIC = 1)


P054GerikMENINGGAL DUNIA

P055LenggongDato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah

P061Padang RengasDato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

P067Kuala KangsarDatin Mastura Mohd Yazid

P069ParitDato' Mohd Nizar Zakaria

P072TapahDatuk Seri Saravanan Murugan

P073Pasir SalakDatuk Sri Tajuddin Abdul Rahman

P075Bagan DatukDato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


3.   PERIKATAN NASIONAL  (PPBM = 4, PAS = 0 )

P056LarutYB Dato' Seri Hamzah ZainudinBerpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Menteri Dalam Negeri (10.03.2020-kini)

P058Bagan SeraiYB Dato' Dr Noor Azmi GhazaliBerpindah dari UMNO ke PPBM pasca-PRU14

Timbalan Menteri Kesihatan (10.03.2020-kini)

P063TambunYB Dato' Seri Ahmad Faizal AzumuMenteri Besar Perak (12.05.2018 - 6.12.2020)
P059Bukit GantangYB Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul FasalKeluar UMNO (27.6.2018)

Berpindah dari Bebas ke PPBM pasca -PRU14 (6.6.2020)


4.   PAKATAN HARAPAN ( 12 kerusi )

4.1    DAP ( 7 kerusi )


4.1    PKR ( 3 kerusi )
4.3    AMANAH 

P057Parit BuntarYB Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa
P074LumutYB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli

C.    KEPUTUSAN PRU 14 LALU



D.    KESEPAKATAN DI ANTARA BN DAN PN

1.    TIMBALBALAS KEPADA BN.

-        BN melepaskan 3 KERUSI mereka ke tangan PPBM dan sebagai gantinya, BN bertanding di Parlimen PH (KATEGORI A) dan PN memberi laluan serta membantu BN memenangi kerusi berkenaan menentang PH iaitu :-
a)    P057 Parit Buntar 
b)    P074 Lumut 
c)    P077 Tanjung Malim 

-        Hasilnya, BN kembali kepada 11 kerusi, sementara PN bertambah 3 kerusi kepada 4. Ini pasti telah menguntungkan PN berbanding BN. Sikap keterbukaan BN amat diperlukan.

2.    PENGAGIHAN KERUSI PH (KATEGORI B)

-       Terdapat 4 kerusi PH dalam kategori ini yang memungkinkan BN atau PN mampu rampas dengan kerjasama antara satu sama lain. BN dan PN mempunyai Parti Komponen masing-masing sudah tentu berhajatkan kerusi yang sesuai untuk mereka. Masing-masing menerima DUA kerusi.  Kerusi berkenaan adalah :-
a)    P062 Sungai Siput
b)    P070 Kampar 
c)    P071 Gopeng 
d)    P076 Teluk Intan   

3.    PENGAGIHAN KERUSI PH (KATEGORI C)

-        Kerusi PH Kategori C ini, agak sukar ditembusi. Tak usahlah berebut-rebut dan jika MENANG, anggaplah sebagai BONUS kepada parti masing-masing.  Kerusi-kerusi berkenaan adalah :-
a)  
P060 – Taiping – Teh Kok Lim
b)    P064 – Ipoh Timur – Wong Kah Woh
c)    P065 – Ipoh Barat – M. Kulasegaran V. Murugeson
d)    P066 – Batu Gajah – Sivakumar Varatharaju Naidu
e)    P068 – Beruas – Ngeh Koo Ham
 

E.    KESIMPULAN/RUMUSAN 

1.    BN akan bertanding di 13 kerusi (Kategori A dan B)
2.    PN akan bertanding di 06 kerusi (Kategori A dan B)
3.    Lagi 5 kerusi ..... terpulang kepada kesepakatan.


Coretan Admin : TIADA KENA MENGENA DENGAN MANA-MANA PARTI ATAU INDIVIDU

Dari : Cikgu Lin (24 Februari 2021, 4.50 am)


HUBAYA-HUBAYA