Thursday, 22 September 2011

PESANAN UNTUK ADUN BN PERAK TERKINI

BERITA HARIAN
2011/09/21

BN Perak mahu wakil rakyat yang tidak dicalon terima dengan terbuka


IPOH: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang diminta menerima perkara itu dengan hari terbuka demi masa depan parti, kata Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

Menteri Besar Perak itu berkata, mereka mesti menghormati ketetapan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai kriteria calon yang bertanding adalah yang disukai, boleh menang dan mendapat sokongan pengundi di kawasan itu. 

"Saya minta mereka pandang semula ke belakang dan lihat bagaimana orang lain membantu mereka untuk menang sebelum ini dan janganlah ada sikap iri hati.
"Sebelum mereka menang dan menjadi wakil rakyat mereka ini disokong dan dibantu orang lain dan saya harap tidak berlaku perkara sabotaj," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini, hari ini.
Dr Zambry berkata, semua bekas wakil rakyat perlu mengambil pendekatan itu dan bekerjasama membantu calon baru untuk menang pada pilihan raya.

"Kita mahu bekas calon dan calon baru saling bantu membantu demi masa depan parti...Kita sudah kenalpasti beberapa calon di peringkat kawasan dan ada beberapa tempat lain dari segi kesesuaian," katanya.



Dalam perkembangan lain, Dr Zambry menolak kenyataan yang disebarkan pembangkang mendakwa pihaknya mempunyai masalah dalam pembahagian kerusi bagi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, BN mempunyai formula tersendiri dan pembahagian kerusi adalah melalui musyawarah dan persetujuan semua parti komponen.

"Dalam konteks kita, BN mempunyai persefahaman dari soal kuota dan di mana tempat bertanding," katanya. 
 
- BERNAMA

Wednesday, 21 September 2011

PEMIMPIN MPAJA (PKM, API DSBNYA) MEWAH DENGAN DANA BRITISH

Salam.

     Semasa pemerintahan Jepun, Parti Komunis China mengarahkan agar PKM tidak bersengketa dengan British bahkan diarahkan membantu  British melawan Jepun secara gerilla. Maka ramai Pemuda China dihantar ke Singapura (rujuk di bawah)

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

     Bersama dengan  API dan AWAS mereka menubuhkan MPAJA untuk mementang Jepun bersama dengan British, New Zealand dan Australia.

     Semasa penentangan ini, British dan sekutunya telah mengeluarkan DANA yang banyak kepada PEMIMPIN-PEMIMPIN pertubuhan ini. DANA yang dikeluarkan adalah dlaam bentuk SENJATA, MAKANAN, WANG DAN JUGA BON dan kemungkinan juga EMAS.

     Juga, British dan PKM telah membuat persefahaman untuk menbayar M$50,000.00 - M$70,000.00 sebulan  untuk Anggota MPAJA dan juga 300 pound sterling sebulan untuk WANG RUNCIT.

     Apabila Jepun mengaku kalah setelah BOM digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, baki DANA ini masih lagi di tangan PARA PEMIMPIN.

PERSOALANNYA : 

1.   ADAKAH HABIS DANA BERKENAAN DIAGIHKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA?. 
2.     BAGAIMANA CARA PENGAGIHANNYA SEDANGKAN SEMASA ITU, KEBANYAKAN ANGGOTA BERKENAAN SUKAR DITEMUI (BERSEMBUNYI) ?.
3.     BERAPA BANYAK BAKINYA .... KENAPA TIDAK DIISYTIHARKAN DAN KENAPA MAU LARI ?.
4.     BERAPA JUMLAHNYA JIKA DIKIRA DENGAN NILAIAN SEKARANG ?.

     Kemungkinan disebabkan JUMLAHNYA LUMAYAN (BANYAK) .... menyebabkan ramai PARA PEMIMPIN yang MELARIKAN DIRI DARI BRITISH seperti Loi Tek (Setiusaha PKM), Abdullah CD (Ketua Rejemin ke 10 PKM), Ibrahim Yaakub (API).

     Ini tidak termasuk Pampasan berjumlah M$350.00 dan sekampit/guni beras bagi setiap anggota MPAJA (adakah semua pampasan berkenaan dibayar kepada anggota?).

     Mari kita rujuk kepada maklumat di bawah sebagai panduan untuk kita memikirkannya :-

1.     IBRAHIM YAAKOB


Buku Mustapha Hussain (2005) menuduh Ibrahim Yaakob membawa wang dua guni dan ketulan emas ke Indonesia pada tahun 1945. Bagaimana dia mendapat wang yang banyak untuk membeli surat khabar Warta Malaya.
      
2.     LOI TAK (SETIAUSAHA PKM SEBELUM CHIN PENG) 


Lai Tek atau Loi Tek menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. Beliau telah menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947

3.     PETIKAN PAPARAN RAKAN FB YANG RAPAT DENGAN PAK ABU JANGGUT, LAMBOR KIRI (AJK API)

     Antara anggota API yang lain menerima bantuan daripada Amerika dan british adalah Abu Sahid, Ahmad Boestamam, Pak Sako ,Abdullah CD dan dua tiga nama lagi . Bila British dapat maklum mereka semua melarikan diri. 

     Ibrahim Yaakub melarikan diri ke Indon dan buka bank dengan Sukarno/Hatta. Abdullah CD , samsiah fakih dan dua lagi masuk PKM lari ke hutan. Saya dengar cerita dari Pak Abu sendiri. 

     Dan saya pernah menjejaki bond yang dia punya . diberikannye pada anak Engku Nerang Cucu Tunku Abdul Rahman. Pak Abu beritahu yang paling banyak menerimanya adalah Abdullah CD sebanyak 36 keping bond. selainnya ibrahim yaakub. 

     Itulah sebab anggota API di buru olih British dan Amerika. Untuk pengetahuan bantuan diterima menerusi Ulama Agus Salim Indon semasa beliau merasmikan Masjid Washington. 

     Ini dari cerita Pak Abu janggut sendiri. Beliau adalah AJK API masa tu.




Amalan menetapkan harga berdasarkan setiap seratus berkembang daripada amalan penetapan harga bon kerajaan British tradisional yang masih ditetapkan dalam unit 100 paun sterling. Nota-nota itu yang pada asalnya dijual dalam bentuk fizikal mempunyai tepi sepuhan air emas dan justera itu, dikenali sebagai "Gilt" (sepuhan air emas). Harganya ditetapkan dalam bentuk yang serupa dengan instrumen hutang Amerika Syarikat tetapi harganya berdasarkan nilai muka 100 paun sterling. Tidak terdapat pengalihan titik perpuluhan yang kemudian pada harga instrumen hutang tersebut, sebagaimana yang berlaku di Amerika Syarikat. Dalam pasaran bon United Kingdom, nilai tara merupakan harga untuk nota atau bon 100 paun sterling apabila ia menjadi sama dengan nilai mukanya. Nilai tara 100.00 untuk nota atau bon hanya bermakna bahawa nota atau bon itu dijual pada nilai muka yang dibayar pada tarikh kematangan nota atau bon itu. Setiap nota atau bon boleh mempunyai nilai mutlak yang berbeza, bergantung kepada kelaziman pasaran dan negara yang nilai tara itu disebut.






     DALAM ERTIKATA LAIN : 

PATUTLAH SEBAHAGIAN DARI PEMIMPIN MEREKA MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA ATAU MASUK HUTAN. 

SEKIAN, TERIMA KASIH 

MELAWAN BRITISH BUKAN KERANA PERJUANGAN TAPI LARIKAN DIRI

Salam.
  
     Selama ini kita menganggap mereka adalah Penentang Jepun  dan selepas itu Penentang British berLANDASkan Fahaman masing-masing DEMI UNTUK MEMBEBASKAN MALAYA

     Akan tetapi, beberapa maklumat menyatakan MEREKA INI MELARIKAN DIRI DARI BRITISH DISEBABKAN MASALAH PERIBADI.

SIAPAKAH TOKOH UTAMA YANG DIMAKSUDKAN?


 IBRAHIM YAAKOB

Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - mati pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.

Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Walaupun beliau merupakan tokoh pejuang di Tanah Melayu, tetapi rakyat Malaysia tidak terasa kehilangan beliau dan tidak mengetahui untung nasib tokoh hebat ini, tidak siapa yang peduli

Nama sebenar Abdullah C.D ialah Che Dat bin Anjang Abdullah. Lahir di Lambor Kanan, Parit , Perak Darul Ridzuan pada tahun 1916.

Beliau menyertai Parti Komunis Malaya pada tahun 1948 dan sejak itu berjuang dengan senjata di dalam hutan menentang penjajahan British di Tanah Melayu . Nama Tanah Melayu ditukar nama kepada Malaysia setelah bergabung dengan Sarawak dan Sabah pada tahun 1963.


     Abdullah C.D dilantik menjadi Komander Regimen ke-10 PKM mengetuai pasukan komunis Melayu bergerak di sekitar kawasan Narathiwat di sempadan Malaysia - Thailand dan di dalam hutan Kelantan, dan menerima arahan secara langsung dari pemimpin no 1, dari Chin Peng.


     Seperti juga Rashid Maidin dan Chin Peng, Abdullah juga berkahwin dengan gadis Cina yang juga menjadi ahli Parti Komunis Malaya.



Loi Tek adalah komunis berbangsa Vietnam dan pernah bersama dengan Ho Chi Minh di Hong Kong pada tahun 1930-an.

     Loi Tek pernah bertugas sebagai agen Perancis di Indochina Pernah juga dikatakan sebagai agen British. Kejayaannya menubuhkan sel-sel parti , telah dipilih menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM sejak tahun 1939.

     Sumber lain pula mengatakan Loi Tek ini agen Jepun. Dia sangat bebas semasa zaman Jepun dan dbenarkan berulang-alik dengan motokar mewahnya di Tanah Melayu dan Singapura tanpa sebarang sekatan dan ancaman daripada askar-askar Jepun.

     Boleh jadi Loi Tek ialah agen serampang tiga mata.
Dapatlah disimpulkan bahawa Loi Tek adalah tokoh komunis PKM yang tidak boleh dipercayai. Ada kemungkinan ia menjadi agen British untuk melemahkan Parti Komunis itu sendiri.
TAMBAHAN

Lai Tek atau Loi Tek menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. Beliau telah menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947 

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army) diberi M$50,000.00 - M$70,000.00 sebulan  disamping WANG RUNCIT ejumlah 300 pound sterling sebulan semasa menentang Jepun di samping senjata dsbnya.

PETIKAN DAN PENEMUAN TERKINI
( Dari RAKAN FB )

....    antara anggota API yang lain menerima bantuan daripada Amerika dan british adalah Abu Sahid ( pak abu janggut, ahmad boestamam, pak sako ,abdullah CD dan dua tiga nama lagi . 

     Bila British dpt maklum mereka semua melarikan diri. Ibrahim yaakub melarikan diri ke indon dan buka bank dengan sukarno/ hatta. 

     Abdullah CD , samsiah fakih dan dua lagi masuk PKM lari ke hutan. Saya dengar cerita dari pak abu sendiri. 

     Dan saya pernah menjejaki bond yang dia punya . diberikannye pada anak engku nerang cucu tuanku abdul rahman.
 

     Pak abu beritahu yang paling banyak menerimanya adalah Abdullah Cd sebanyak 36 keping bond. selainnya ibrahim yaakub. 

     itulah sebab anggota API di buru olih british dan amerika. Utk pengetahuan bantuan diterima menerusi Ulama Agus Salim Idon semasa beliau merasmikan masjid washinton. 

     Ini dari cerita Pak Abu janggut sendiri. Beliau adalah AJK API Masa tu.


CONTOH BON YANG DIBERIKAN

BON BRITISH

 
BON AMERIKA SYARIKAT

 

AL FATIHAH KEPADA YANG TERKORBAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG  YANG JATIDIRI. 

Sekian. 

Tuesday, 20 September 2011

IKAN BAKOR TANPA BARA API.

Salam.


PENDAHULUAN 
     Tahun 1984, aku dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh selama 9 hari disebabkan Penyakit Hipatitis B (kalau tak silap ler). 

     Doktor bertanya " Encik ada minum ?". 

     " Ada ... kalau tidak saya akan mati " aku jawab.

     " Bukan itu maksud saya ... maksud saya minum minuman keras" tanyanya lagi.

     " Tak ada " aku jawab pendek.

     Rupanya ..... beer dan minuman beralkohol adalah PANTANG BAGI PESAKIT KUNING ... (BAHAYA JIKA TERKENA PADA KAKI MINUM).

     " Ok ... encik boleh makan apa saja " katanya apabila aku bertanya .... apakah PANTANG aku.

     Apabila doktor itu beredar, datang beberapa orang Jururawat ... menarik tirai pemidang katil aku ... lalu mereka habiskan makanan aku semuanya. 

    Tercengang aku. Rupa-rupanya ... salah seorang dari jururawat itu adalah tunang kepada kawan sekampung aku, Cikgu Amir (Pensyarah Maktab Perguruan Hulu Kinta).

     TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MISI-MISI BERKENAAN.

Gambar Hiasan Sahaja
 
     " Cikgu tak bleh makan makanan berminyak ... APA SAJA YANG BERMINYAK, BERLEMAK ... JANGAN MAKAN" itu pesanan mereka. " Kalau tidak, Cikgu akan terus tinggal di Hospital ... mungkin juga kena bedah" sambung mereka lagi.

     Masa itu, seluruh badanku kuning termasuk mata dan air kencing. Pinggang aku dah tinggal 27 inci. Aku takut melihat muka aku di cermin hospital itu.

     AKU TURUTKAN APA YANG JURURAWAT ITU PESANKAN KERANA ADA LOGIKNYA. 

     Ada seorang pesakit yang sama penyakitnya dengan aku ... selalu beli makanan berminyak seperti mee dan bihon goreng dsbnya.(Sebulan selepas itu, apabila aku membuat susulan aku melawat dia .... aku tengok dia dah kena bedah ... doktor kikis kuning di dalam tubuhnya - (ISTILAH AKU SENDIRI).

    " Nasib baik " bisik hatiku.

     Disebabkan aku tak boleh makan makanan yang berlemak dan berminyak ... terpaksa aku mereka MENU AKU SENDIRI iaitu SOP, TOMYAM, BAKOR, REBUS dsbnya.
     Di sinilah aku MENEMUI ..... MENU-MENU ISTIMEWA UNTUK PESAKIT MACAM AKU ... AKHIRNYA PINGGANG AKU MENCECAH 38 INCI (HARI INI).


MENU 1 : IKAN BAKOR (TANPA BARA API)



1.     BAHAN
  •  Ikan
  •  Halia
  •  Bawang Putih
  •  Bawang Kecil (besar pun boleh)
  •  Cabai masak ( + Cili padi jika mau pedas).
  •  Daun Pisang (Pisang Awak paling baik)
  •  Garam 
    2.     LANGKAH-LANGKAHNYA.
    •   Siang ikan tanpa mengoyak perutnya.
    •   Halia, bawang, cabai  ditumbuk separuh lumat.
    •   Masukkan sedikit garam semasa menumbuk.
    •   Masukkan semua bahan di atas ke perut ikan 
    •   Balut ikan paling kurang 3 lapis dengan daun pisang.
    •   Letakkan ke dalam kuali dan tutup rapat-rapat.
    •   Buka api dapur GAS dan biarkan ia.
    •   Tutup api dapur apabila NAMPAK WAP KELUAR DI  KELILINGNYA.
    •   SEBELUM MAKAN ... BACA DOA MAKAN DULU ... hihihihihi


         
    SELAMAT MENCUBA



    GULAI TEMPOYAK IKAN PELALING


    Salam.

    GULAI TEMPOYAK IKAN PELALING
    ( Masakan Yang Paling Senang/Malas Sekali)


         24 September 2011 yang lalu, kami pelajar SMK Seri Perak, Teluk Intan (Teluk Anson) 1973/74 telah mengadakan RE-UNION Kali Pertama di ORIENT STAR, Lumut.

       Sebagai salah seorang Tuan Rumah dan AJK, rakan-rakan telah meminta aku memasak Gulai Tempoyak. Kemungkinan disebabkan aku ni Warga Asal Perak @ Parit (BUKAN PATI) maka sudah tentulah mereka ANGGAP "PAKAR GULAI TEMPOYAK PERAK".
         Aku terima AMANAH itu, tapi malangnya, isteri aku yang kata "BIOR KAMI BUATKAN". Jadi, dia dan tiga anak dara aku pun memasaknya pada Malam Sabtu tu. IKAN PELALING dibekalkan oleh Rakan Kita (RUSLI SANI) .... bawa dari Pantai Remis .... FRESH.


         Disebabkan aku telah berjanji dengan Rakan Kita dari Sarawak, untuk memberinya MENU masakan ini, maka di sini izinkan saya paparkan untuk makluman khas untuknya dan amnya untuk kalian.

    RAMUAN.

    1.  ASAS
    • Ikan Pelaling (boleh pilih ikan lain)
    • Serai
    • Cabai Masak
    • Cili Padi
    • Serbuk Kunyit
    • Daun Limau Purut (jika ada/suka)
    • Timun Masak atau sebagainya (jika ada).

    2.   PERASA

    •  Garam
    •  Gula
    •  Tempoyak


    LANGKAH AWAL
    •  Ketuk pangkal serai (jangan sampai hancur)
    •  Masukkan tempoyak ke dalam periuk.
    •  Masukkan air sedikit 
    •  Gaul Tempoyak agar jangan berketul (dengan tangan  lagi baik)
    •  Masukkan cili yang sudah ditumbuk tadi dan gaulkan.
    •  Tambah air mengikut keperluan/kepekatan yang anda perlu.
    •  Masukkan serbuk kunyit (sedikit)
    •  Masukkan serai
    •  Masukkan daun limau purut (jika suka/ada)
     
    LANGKAH AKHIR 
    •  Letakkan periuk atas dapur dan panaskan hingga separuh mendidih.

    •  Masukkan IKAN PELALING 
    •  Masukkan garam (secukup rasa)
    •  Masukkan gula (secukup rasa)  
    •  Biarkan ia menggelegak
    •  Masukkan timun masak atau seumpamanya (jika ada).

    PERINGATAN : 
    • Masa untuk memasukkan ikan ke dalam periuk itu bergantung kepada  jenis ikan (awalkan masuknya jika "keras".
    • Jangan selalu kacau .... nanti ikan tinggal tulang.

    SELAMA MENCUBA.

    SEKIAN, TERIMA KASIH

    Monday, 19 September 2011

    MACAM2 CERITA .... TAKKAN TAK HABIS LAGI ?

    Salam.

    MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA
    YB DATO' NASARUDIN HASHIM
    DUN BOTA

         Sebentar tadi,  aku menerima telefon dari sahabat aku yang berada di kampung. 

         Dia bertanyakan "Kenape kamu tak datang ke Majlis Jamuan Hari Raye Dato' Nasa". 

         " Aku terpakse meraikan rakan-rakan sebab kami ade Re-Union SMK Seri Perak Perak, Tlk Intan 1973/74" aku jawab.
         
         "Tapi, macam biasalah ... AJK Bahagian tertentu tetap tak hadir ... surat jemputannya pun tak disampaikan oleh pihak berkenaan" sambungnya lagi. 

         " Hai, takkan tak habis-habis lagi" aku tanya dia. "Entah ler .... aku tengok AJK Wanita .... macam biase ler ..... takkan deme nak datang " jawabnya.

     YB Dato' Nasarudin Hashim
    DUN Bota

         Aku terus telefon YB Nasarudin Hashim, aku memohon maaf sebab tak dapat datang dan aku bertanya tentang manjlis berkenaan. 

         "Ramai orang datang ... siape yang datang ?" aku bertanya.
      
         "Ramai .... Dato' Zaim ade, Dato' Che Ri ade, YB Nizar ade, SU ade ..... Khairul Shahril ade ..... Yusof ade ..... Penghulu Fadzil ade .....tak berapa ingat lagi. Yang lain tu tak perasan pulak same ade datang ker atau tidak .... maklum ler ramai orang. Kalau ade yang tak datang tu, mungkin mereka ade hal" jawabnya. 

         "Pemimpin Cawangan macam mane ?" sambung aku lagi.
         "Ramai datang ..... kite jemput semue orang sebab kite pasang kain rentang dan AJK Bahagian kite bagi kad. Ngape .... ade dengor cerite ape-ape ker " tanya beliau.

         "Saya dengor ada kad yang tak sampai terutama ke AJK Wanita Bahagian" aku tanya lagi.

        "Silap hantor .... deme hantor ke Pejabat Bahagian ... patutnye ... hantor ler ke alamat AJK berkenaan" jawabnya. pendek. 

         "Habis kalo hantor ke Bahagian ... tentulah sampai ke pengetahuan AJK" usik aku lagi. 

          "Entah ler ... tapi biase ler ... bukan orang lain pun ... orang-orang  itu jugak' jawabnya.

         "Ohh .... Ketua Wanita dan kroninyer ker?" aku tanya lagi.


         "Susah nak cakap ... kita ade jemput ... deme tak ndak datang .... itu hak deme .... cakap banyak karang ..... nanti orang kate macam2 ...." katanya sambil gelak kecil.

         TAK HABIS-HABIS PERANGAI YANG MACAM DAH JADI "TOBIAT" DALAM UMNO BAHAGIAN NI. CUKUPLAH MASA PEMILIHAN SAHAJA KITA "BERCENGKERAMA" ... LEPAS TU ... KENALAH OK BALIK. PRU DAH DEKAT, KENALAH TUNJUKKAN CONTOH YANG TERBAIK ... BUKANNYA MENUNJUKKAN TARING MASING-MASING. UMNO NI BUKAN "HARTA PUSAKA" KITA SEORANG ... JIKA KITA DAH JADI PEMIMPIN ... KENALAH JAGA "MARUAH PARTI" DEMI PRU 13 AKAN DATANG.

         KEADAAN INI BIASANYA AKAN BERTAMBAH TERUK JIKA "CALON PILIHAN" MEREKA TAK TERPILIH. MULALAH MEREKA MENARIK "HAND BRAKE" .... JUAL MAHAL ... ELOKKAH MUHASABAH DIRI .

    SIAPA MAKAN CABAI,
    TENTULAH TERASA PEDASNYA 

    Sekian. Cerite nye. 

    KOLEKSI JAMUAN KESYUKURAN 
    DUN BOTA 2008


    Sunday, 18 September 2011

    18SX : MAT SABU DAN NORMAH BERKHALWAT 5 MINIT DI BILIK 121, HOTEL PERDANA.

    http://1peluru.blogspot.com/2011/09/panasss-rakaman-phonesex-mat-sabu-121.html
    Salam.

    UNTUK ORANG DEWASA SAHAJA.


    http://1peluru.blogspot.com/2011/09/panasss-rakaman-phonesex-mat-sabu-121.html


    Sila hayati paparan ini.

    Terima kasih.

    BULAN OKTOBER 2011 = BULAN MENGHALAU "HANTU-HANTU PAKATAN RAKYAT".

    Salam.

    Sebentar tadi, saya cuba memasuki Laman FB GROUP "ROAD TO PUTRAJAYA" .... malangnya saya mendapat jawapan yang menggelikan hati 

    This content is currently unavailable

    The page you requested cannot be displayed right now. It may be temporarily unavailable, the link you clicked on may have expired, or you may not have permission to view this page.

         Dalam ertikata lain, SAYA SUDAH DI"BLOCK" oleh admin.
     
         Jadi, apa pulak JADAHnya mereka (PENYOKONG TAKSUB PAKATAN RAKYAT" yang kadang-kadang MERAYAU-RAYAU MACAM  PELESIT  di laman-laman FB kita. Mereka yang sentiasa menyimpan MUKA .... agar tidak dikenali umum selain dari berintraksi sesama mereka akan memasuki laman-laman FB PRO BN ... sambil memaparkan sesuatu yang SENTIASA KONTROVERSI sedangkan laman mereka TERTUTUP RAPI.


         Ini menunjukkan mereka adalah HANTU-HANTU PAKATAN RAKYAT yang DIARAHKAN melepaskan BAJANG atau PELESIT ke Laman FB PRO BN.

         Apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil ?

    1.     Biarkan saja ?.
    2.     Delete/Remove namanya dari senarai Rakan FB kita ?.
    3.     BLOCK TERUS ?.

         Besar kemungkinan, Bulan Oktober ini, saya akan DELETE rakan FB yang PRO PAKATAN RAKYAT. Jadi, tolong berikan saya pendapat.

    Sekian, terima kasih.


    Friday, 16 September 2011

    HANYA MELAKA PERNAH DIJAJAH .... YANG LAIN TIDAK.

    Salam.

    MELAKA SAHAJA YANG PERNAH DIJAJAH
    (KECUALI PENJAJAHAN JEPUN)


         Apabila kita berbincang berkenaan dengan Malaysia,Tanah Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, Malaya dan lain-lain nama yang diberikan, kita perlu tau bahawa ... TERDAPAT BANYAK NEGERI DI DALAMNYA seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, (Negeri-negeri Sembilan, Johor dan MELAKA (dijajah sejak 24 Ogos, 1511).


         Nama-nama lain seperti Singapura (Jajahan Johor), Pulau Pinang (Jajahan Kedah), Sabah Timur (Jajahan Sulu), Sabah Barat dan Sarawak (Jajahan Brunei).
         Dah menjadi LUMRAH ALAM .... jika kita dah mula BONGKOK, kura-kura pun mula nak memanjat. Begitulah yang terjadi kepada Negeri-negeri Melayu yang selama ini BERDAULAT ..... terpaksa AKUR kepada PERCATURAN BARAT.

         Bukan kita sahaja yang terkena,  NEGARA ACHEH (BELANDA TAK PERNAH DAPAT MENGALAHKAN ACHEH) .... di mana Belanda telah memasukkan Acheh dalam INDONESIA semasa proses memberi kemerdekaan kepada Kepulauan Indonesia.

         Negeri-negeri kita (saya dah tulis di atas) telah diCATURkan oleh British begitu rupa hingga wujudnya Pulau Pinang dan Singapura walhal kedua-dua kawasan ini adalah berstatus PAJAKAN. Sementara yang lainnya DINAMAKAN ... NEGERI SELAT ...BERSEKUTU ... BERNAONG dsbnya .


         OLEH ITU, SAYA HANYA MENGESAHKAN BAHAWA ... " HANYA MELAKA SAHAJA YANG DIJAJAH " (KECUALI PENJAJAHAN JEPUN).

    Sekian, terima kasih.

        

    Thursday, 15 September 2011

    PEJUANG NEGARA I Peranan Kaum Cina

     Salam.

          Mat Sabu telah membuatkan kita bercelaru apabila dia menyatakan bahawa Mat Indera adalah PEJUANG NEGARA.


         Di sini, mari kita kembali ke sejarah silam iaitu mengenai Pemimpin Kaum Cina Malaya dan PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM).

         Sebelum itu, izinkan saya memaparkan sedikit tentang Kaum Melayu sezaman dengannya.


    Penubuhan KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) berkait rapat dengan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim,Perak pada tahun 1930-an. Antara bekas pelajar MPSI yang bergiat di dalam KMM adalah Hassan Manan, Ibrahim Yaakob, Abdul Karim Rashid dan Mohd Isa Mahmud.

    Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939. Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

         
         Parti Komunis Malaya (Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu, satu cabang Parti Komunis China di seberang laut, di bawah naungan Comintern, iaitu pertubuhan komunis antarabangsa yang berada di bawah pengaruh Russia.

         Sebelumnya, ia dikenali sebagai Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan pada tahun  1928 untuk kawasan Asia Tenggara. Kemudian ditukarkan namanya sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) pada 20 April 1930.

         Di tahun 1941, seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

         Mari kita mengenali beberapa orang Tokoh Kaum Cina Malaya yang telah sedikit sebanyak melakar sejarah Negara kita Malaysia Yang Tercinta.

    PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)    
         
    1.     Lai Tek atau Loi Tek atau Chan Hong 


         Lai Tek berasal dari Vietnam menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. Beliau telah menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947.

    Loi Tek adalah komunis berbangsa Vietnam dan pernah bersama dengan Ho Chi Minh di Hong Kong pada tahun 1930-an.

         Loi Tek pernah bertugas sebagai agen Perancis di Indochina Pernah juga dikatakan sebagai agen British. Kejayaannya menubuhkan sel-sel parti , telah dipilih menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM sejak tahun 1939.

          Sumber lain pula mengatakan Loi Tek ini agen Jepun. Dia sangat bebas semasa zaman Jepun dan dbenarkan berulang-alik dengan motokar mewahnya di Tanah Melayu dan Singapura tanpa sebarang sekatan dan ancaman daripada askar-askar Jepun.
         Loi Tek juga merupakan pembekal Pemuda dari Tanah China untuk Pasukan Gerila 101 pada tahun 1941 di Singapore apabila Jepun mula menyerang Tanah Melayu.

    Boleh jadi Loi Tek ialah agen serampang tiga mata (British, Jepun dan PKM) dan juga dianggap mengkhianati Lim Bo Seng.

         Penipuannya terserlah apabila ia tidak hadir dalam mesyuarat pada Januari 1947. Dia telah melarikan wang PKM  berjumlah jutaan ringgit.
      
    2.     CHIN PENG


         Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. beliau dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.


           Sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng bukan berasal dari China , tetapi beliau adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.


         Semasa kecil, Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.


         Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Chiang Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Namun, buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941.
          Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut.
         Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.
         Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya. 

    PEMIMPIN KAUM CINA MALAYA

    Lim Bo Seng (27 April 1909 - 29 June 1944) was a World War II anti-Japanese resistance fighter based in Singapore and Malaya.


    Lim was born in 1909 to Lim Loh (林路; alias Lim Chee Gee), a well-known building constructor, as the 11th child but the first male child in the family. In 1917, Lim came to Singapore at the age of 16 to study in Raffles Institution under the British colonial government. He went on to read business at the University of Hong Kong.

         In 1930, Lim married Gan Choo Neo, a Nyonya woman from the Lim Clan association hall of Singapore. They had eight children, one of whom died in infancy. Initially a Taoist, Lim converted to Christianity.
    Lim inherited his father's business when the latter died in 1929. Lim started with running two businesses in brick manufacturing and biscuit production, before collaborating with his brothers to venture into building construction. Apart from being successful in his business career, Lim was also a notable young leader of the Singapore Chinese community, having been nominated to take on several posts in the community, including: Chairman of the Singapore Building Industry Association (新加坡建築業公會); Board Member of the Singapore Chinese Chamber of Commerce (新加坡中華總商會); Executive Member and Education Director of the Singapore Hokkien Huay Kuan (新加坡福建會館).

         On 11 February 1942, Lim left Singapore and travelled to Sumatra with other Chinese community leaders and made his way to India later. He recruited and trained hundreds of secret agents through intensive military intelligence missions from China and India. He set up the Sino-British guerrilla task force Force 136 in mid-1942 together with Captain John Davis of the Special Operations Executive (SOE).