Kita sering mendengar Pakatan Pembangkang merengus berkaitan dengan MINYAK DI BUMI KELANTAN.
Ada beberapa persoalan yang boleh kita timbulkan:-
1. Kawasan minyaknya BERTINDIH dengan Thailand dan USAHASAMA telah dilakukan untuk mengeluarkan hasilnya. Maka, perjanjian di antara dua negera telah dilakukan.
2. Adakah pengeluarannya TELAH MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN UNTUK DIAGIH-AGIHKAN?
3. Jika sudah UNTUNG .... Kelantan TIDAK LAYAK DIBERI 5% sebagaimana negeri lain kerana KAWASAN INI BERTINDIH DENGAN THAILAND.
4. Saya sedang mencari dokumen "CARA/BENTUK PENYERAHAN ROYALTY" ..... adakah TERUS KEPADA KERAJAAN NEGERI atau ADA CARA-CARA LAIN (MELALUI AGEN-AGEN KERAJAAN PUSAT) kerana ..... semestinya .... AKAN DIJADIKAN KERIS ..... MENIKAM BALIK KERAJAAN PUSAT?
Untuk penerangan .... dengor ler Penerangan dari Mantan Menteri Kewangan di bawah. Perlu diingat .... pengucapannya hanya bertumpu kepada KAWASAN TIDAK BERTINDIH SEMPADAN .... tidak sebagaimana Kelantan.
Kedah mempunyai 36 DUN telah dimenangi oleh Pakatan Pembangkang di PRU 12 dengan mendapat 22/36 kerusi sementara BN hanya memperolehi 14 kerusi sahaja yakni KURANG 5 KERUSI UNTUK MEMERINTAH.
Sementara dari 15 kerusi Parlimen, BN hanya mampu menambah 3 kerusi sahaja menjadi 7/15 kerusi.
Perpecahan di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang khasnya di PKR dan PAS banyak membantu ke arah ini.
Andaian ini tidak akan menjadi kenyataan jika JENTERA PRU BN HANYA MELAKUKAN KERJA-KERJA RUTIN atau MASIH BERTELAGAH SESAMA SENDIRI.
Berikut dipaparkan KAWASAN YANG DIMENANGI OLEH BN, INSYA ALLAH.
Sejak beberapa lalu, Aku menginap di sebuah hotel di Wilayah Persekutuan. Dari Tingkat 9, aku merenung melalui jendela ...... sambil memerhatikan sekeliling.
"Banyaknya FLAT .... tinggi-tinggi pulak tu .... tentu ramai tinggal di situ" bisik hatiku.
"Lalu ker Ketua Cawangan menjaga sebegitu ramai ahlinya" tambah bisikan hatiku
"Kalau setiap tingkat ada sepuluh buah rumah ... jika ada sepuluh tingkat ..... berapa ahli UMNOnya" ke situ pulak kepala otak aku bertumpu.
Maka aku pun membuat perkiraan ...
Contohnya .... TAMAN 1
a) 5 blok rumah pangsa.
b) 10 tingkat
c) 10 rumah setiap tingkat
Berapa ramai penghuninya dan berapa ramai pengundinya.
PERKIRAANNYA :
a) 5 X 10 X 10 = 500 buah rumah
b) 3 orang Pengundi setiap rumah
JUMLAH SEMUA : 1500 orang
BOLEHKAH HANYA SEORANG KETUA MENYELIA SEBEGITU RAMAI MANUSIA?
KENAPA TIDAK DITUBUHKAN SATU CAWANGAN BAGI SEBUAH RUMAH PANGSA ...... SENANG MENYELIANYA. Oleh itu, tubuhkanlah FLAT = 1 CAWANGAN. Jangan peduli apa orang lain kata .... selalunya MEREKA TAKUT MENAMBAH CAWANGAN ... nanti susah nak bertanding Bahagian.
Pagi tadi, kami sebagai PENGINOVATOR AKAR UMBI anjuran Yayasan Inovasi Malaysia di Hall 5, KLCC menunggu ketibaan YAB TPM yang kami cintai.
Ketibaannya disambut dengan pukulan "GENDANG TONG SAMPAH" dari Kumpulan ICAT (persembahan INOVASI dengan menggunakan bahan semulajadi dari Kumpulan Y).
Kami, selaku PENGAINOVATOR AKAR UMBI yang dijemput oleh Pihak YIM berdebar-debar menanti YAB TPM melalui kaunter kami ... manalah tau kot-kot dapat bertukar senyuman atau bersalaman dengan beliau.
MALANGNYA, kebanyakan dari kami TELAH DIGANGGU OLEH PARA PENGIRINGNYA yang berpakaian seragam. Kebanyakan dari kaunter kami didatangi oleh mereka dan menyuruh kami ke tepi. Jadi, terpaksalah kami MENGECILKAN DIRI dan ada di antaranya berada di BELAKANG PARA PENGIRING YANG BERLAGAK SEOLAH-OLAH KAMI INI "PENGGANGGU MAJLIS".
Saya selaku seorang PENDIDIK sungguh TERUJA kerana YAB TPM adalah Menteri saya .... MENTERI PELAJARAN dan mengharapkan beliau MENJELING ketika melalui kaunter saya.
LEBIH SEDIH LAGI, ketika YAB TPM hendak melalui kaunter saya ..... TANGAN KIRI SAYA DICANGKUK OLEH SEORANG PENGIRING BELIAU HINGGA MENYEBABKAN BADAN SAYA TERKALIH KE BELAKANG SEOLAH-OLAH SAYA "MENUNJUKKAN BONTOT" KETIKA YAB TPM MELALUI KAUNTER SAYA.
Bayangkan, jika terdapat RAKAMAN ketika itu .... SAYA SEOLAH-OLAH MENUNJUKKAN "KURANG AJAR" TERHADAP YAB TPM dengan MEMBELAKANGI BELIAU KETIKA BELIAU MELALUI KAUNTER SAYA.
Saya berkata kepadanya "Kenapa pegang tangan saya?". Dia menjeling TAJAM ke arah saya dan saya renung mukanya dengan GERAMMMMMM. Dalam hati saya berkata "Kalau dikepung sebegitu teruk sekali .... adakah ini yang DIARAHKAN?".
Berani saya nyatakan bahawa YAB TPM TIDAK TAU PERIHAL TINGKAHLAKU PARA PENGIRINGNYA SEBEGINI .... kalau beliau tahu .... sudah tentu satu tindakan akan diambil untuk mengelakkannya.
Kami bukan NAK MENCIUM TANGAN BELIAU .... KAMI HANYA MAU BERTENTANG MATA SELAKU "AKAR UMBI" DENGAN "PEMIMPIN NEGARA" .... itu saja.
Sebentar tadi (ketika makan malam) ramai yang mengadu dilakukan "SEDEMIKAN RUPA" oleh para pengiring YAB TPM. Kesannya, saya terpaksa mengambil dua biji PANADOL untuk menghilangkan "SAKIT KEPALA" saya akibat dari peristiwa itu kerana .... RATA-RATA KAMI "SAKIT HATI".
Di bawah ini saya paparkan GAMBAR PARA PENGIRING YAB TPM dalam majlis berkenaan dan rata-rata apabila diperhatikan ... "MEREKA HANYA MAU ... ORANG TOP-TOP SAHAJA .... BUKANNYA KAMI YANG MARHAIN INI".
Kalau nak marah pun marahlah .... INI HAK SAYA UNTUK MELUAHKAN RASA TAK PUAS HATI .... KALAU NAK CARI SAYA .... SAYA ADALAH "CIKGU LIN" mewakili kumpulan "AKAR UMBI" yang tak mempunyai jawatan yang dapat/perlu dibanggakan dan saya MASIH BERADA DI KLCC INI HINGGALAH 7 NOVEMBER 2012
Di sini, saya menasihatkan kepada PARA PENGIRING ORANG TERNAMA .... JANGANLAH "LEBIH CAMCA DARI BUBUR" .... kelak yang rosak adalah "BUBURNYA" dan CAMCA TETAP CAMCA.
Mari kita lihat gambar
PARA PENGIRING YAB TPM
yang sanggup
MEMBELAKANGKAN PELANGGAN
(Kami dan Tetamu Majlis)
anjuran MOSTI
di HALL 5, KLCC
pada
5 November 2012
sebentar tadi.
HUBAYA-HUBAYA
BERDERET PARA PENGIRING YAB TPM
DAN
INI TIDAK TERMASUK YANG BERADA DI SETIAP KAUNTER KAMI BAGI MEMPASTIKAN "KAMI TIDAK MENGGANGGU"
SEMPENA JEJAK INOVASI YAYASAN INOVASI MALAYSIA (YIM)
PADA : 15 OKTOBER 2012
LATAR BELAKANG "SIRI ASMATIK"
Tahun 1989, saya diamanahkan menjadi Guru Besar ke sebuah sekolah di Perkampungan Orang Asli. "JANGAN LUPA ... 3M MESTI DILAKUKAN" ..... itulah pesanan Tuan PPD Perak Tengah semasa itu iaitu En Hanif Imran.
Amatlah menyedihkan, di mana pencapaian UPSR sekolah berkenaan amat rendah hinggakan tahap PENCAPAIAN MATEMATIK pada tahun sebelum hanya 0%.
Beberapa pendekatan telah dilakukan .... dan akhirnya TERBITLAH "SIRI ASMATIK" iaitu BAHAN ASAS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGHAYATAN FAKTA ASAS MATEMATIK ( Tambah, Tolak, Darab, Bahagi).
Hasilnya, tahun berikutnya pencapaian UPSR (Matematik) meningkat mendadak ke 75%. Ini menunjukkan bahawa MURID TELAH MENGHAYATI FAKTA ASAS dan ini MEMUDAHKAN UNTUK MENYELESAIKAN masalah matematik lain yang lebih mencabar.
SIRI ASMATIK ini dimurnikan kepada beberapa bahagian :-
1. PETAK SIFIR 1.1 Tambah dan Tolak 1.2 Darab dan Bahagi
2.5 Soalan Darab = 200 soalan 2.6 Soalan Bahagi = 200 soalan
3. KAD ASMATIK
- 400 keping soalan ASAS
- 400 keping jawapan ASAS
- Dimainkan dengan cara PADANKAN
3.1 Soalan Tambah = 100 soalan
3.2 Soalan Tolak = 100 soalan
3.3 Soalan Darab = 100 soalan 3.4 Soalan Bahagi = 100 soalan
4. PERMAINAN BERSEPADU
- Lebih merupakan "SHAHIBBA".
- Jawapan yang TEPAT AKAN DIBAYAR
Jika keadaan MENGIZINKAN, diadakan PROGRAM "PENILAIAN SIRI ASMATIK di mana PELAJAR PILIHAN SEKOLAH akan DIPERTANDINGKAN di peringkat tertentu.
Masa diberi untuk menguji tahap "TEPAT" dan "CEPAT" peserta berkenaan. Setiap peserta akan diberi 200 soalan FAKTA ASAS untuk dijawab dalam beberapa minit sahaja mengikut Tahun masing-masing.
12 minit = Pra Sekolah
11 minit = Tahun 1
10 minit = Tahun 2
9 minit = Tahun 3
8 minit = Tahun 4
7 minit = Tahun 5
6 minit = Tahun 6
5 minit = Sekolah Menengah (BAWAH)
4 minit = Sekolah Menengah (ATAS)
3 minit = DEWASA
Berikut dipaparkan ALBUM PENILAIAN ini iaitu
PENILAIAN SIRI ASMATIK, Peringkat Sekolah Rendah Daerah Manjung, 2009 sebagai KEMUNCAK TAHUNAN "SIRI ASMATIK".
Saya telah mencuba untuk berkongsi BAHAN-BAHAN ini tetapi bukanlah mudah seperti yang diandaikan. Ia melibatkan KOS, PERSEPSI PENGGUNA (GURU dan PENJAGA) dan selalunya jawapan yang diberikan adalah :-
"Soalan macam ini ker .... tak mencabar" "Kalau macam ini ... kami pun tau buat"
TETAPI, apabila MURID MEREKA KALAH ... terus DIAM MEMBISU kerana murid mereka mungkin hanya mampu lakukan tetapi mengambil masa yang lama untuk menjawab 200 soalan berkenaan.
Saya mengharapkan, semua ibubapa/penjaga MEMPUNYAI SET PENILAIAN ini dan bantulah anak-anak HANYA PERLU MENJAWAB 1 muka surat sahaja (20 soalan mudah) sebelum tidur. Jika dilakukan setiap malam ..... maka Insya Allah ... "MURID AKAN BERMIMPI FAKTA ASAS MATEMATIK" dan seterusnya menghayati hingga ke akhir hayat.