Wednesday, 26 October 2011

PENYOKONG PAS MULA GONCANG

SALAM

Saban hari orang yang Pro Pembangkang khasnya PAS dah mula meluat dengan karenah Pakatan Rakyat. 

Mereka yang menyokong PAS yang selama hari ini mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna akan wujud hasil dari PEMUAFAKATAN yang di gelar "PAKATAN RAKYAT" ..... malangnya sering dipermainkan oleh Para Pemimpin Pakatan Rakyat khasnya YB DS Anuar Ibrahim dan YANG SEWAKTU DENGANNYA.

Di antara isu yang dipertikaikan :-
1.   Benarkah terdapat pemimpin PAS yang BERFAHAMAN SYIAH.,,,, (rujuk Penggubalan HUDUD Kelantan dan Terengganu .... berkaitan dengan MELIWAT ISTERI). http://syiahmalaysia.blogspot.com/
dan
http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=183 


2.     Adakah dengan menangnya Mat Sabu  sebagai Timbalan Presiden Pas yakni mengalahkan Pemimpin Ulama PAS telah membuat Otai PAS mula MUAL dan MUAK terutama apabila ada yang teringatkan Kes Mat Sabu vs Normah.    http://www.youtube.com/watch?v=QGy_2OfUnL0&feature=related




3.     Adakah sebahagiannya mula MUAL/MUAK dengan karenah Para Pemimpin Utama PAS dengan MENGUTAMAKAN KESTABILAN PARTI MELEBIHI HUKUM sebagaimana menangani KES ADUN SELINSING vs Kak Na (isteri Ketua Ranting PAS di Kelantan yang dikatakan ditangkap berdua-dua dalam keadaan mencurigakan di dalam BILIK VIP KERETAPI TANAH MELAYU). RUJUK VEDIO INI : http://www.youtube.com/watch?v=64WUiVOS6-A
dan
4.     Adakah dengan tindakan Pemimpin Utama PAS MENAFIKAN KESAHIHAN RAKAMAN VEDIO ANUAR vs PELACUR telah membuat Penyokong PAS bertambah LOYA.




5.     Adakah dengan adanya Kes YB DS Anuar Ibrahim vs Saiful, Pertuduhan Umi Hafilda menambah rasa GETIK dalam sanubari mereka. http://www.youtube.com/watch?v=xypnSrgAKg4 

PAS ADA EMPAT KUMPULAN

Konon ceritanya PAS dah berpecah kepada EMPAT  kumpulan:-

1.     KUMPULAN PRO ANWAR DAN MAT SABU
2.     KUMPULAN PRO NIK AZIZ DAN HADI AWANG
3.     KUMPULAN PRO HASAN ALI DLL
4.     KUMPULAN "OTAI PAS" 




Keadaan bertambah celaru lagi apabila terdapat beberapa Pemimpin PAS Pusat dan Tempatan turut serta dalam HIMPUN yang diadakan baru-baru ini.


YB DATO' HASAN ALI DI HIMPUN
 
Jadi, dalam PRU 13 nanti ... sudah tentulah keadaan ini bertambah kusut lagi apabila MENENTUKAN CALON. Tambahan lagi terpaksa BERSEMUKA dengan PKR yang merasakan "MALAYSIA INI MEREKA PUNYA".

Wallahualam.


Wednesday, 19 October 2011

AKUKAH CALON PRU 13 NANTI ?

Salam.


SIAPA LAYAK JADI CALON
 
Dalam kemelut untuk memilih BAKAL CALON BN DALAM PRU 13 ini, ramai para pemimpin MENAYANGKAN BODY masing-masing ... UMPAMA IKAN LAGA DALAM BALANG.
BERSONGKOK TINGGI
(GAMBAR HIASAN SAHAJA)

Ada sebahagiannnya telah melakukan berbagai AGENDA untuk menonjolkan diri masing-masing hinggakan ada yang MEMBURUKKAN ANTARA SATU SAMA LAIN .... umpama  "KETAM DALAM RAGA IKAN REBUS" .... walaupun raga itu tak berapa tinggi tapi SUKAR untuk ketam-ketam itu keluar disebabkan GEJALA ketam-ketam yang lain (MENYEPIT ANTARA SATU DENGAN LAIN). Kalau terlepas keluar pun ... mungkin dah TERCEDERA. Dalam ertIkata lain ... CALON YANG TERPILIH NANTI DAH TENTU TELAH DIBURUKKAN EMEJNYA.


Lebih teruk lagi, jika terdapat CALON TAK TERPILIH akan MELEPASKAN GERAM DENGAN MELAKUKAN SEBOTAJ hingga menyebabkan CALON BN ITU KALAH. Ini berlaku dalam PRU 12 (2008) yang lalu. Tambahan pula selepas PRU 12 akan diadakan PEMILIHAN AJK BAHAGIAN ... maka ramailah PARA PEMIMPIN UMNO yang BERAGENDA .... KALAHKAN DIA .... SENANG AKU NAK BERTANDING KETUA NANTI.

"WINABLE CANDIDATE" sahaja yang diperlukan oleh BN untuk MEMPERTAHAN DAN MERAMPAS KERAJAAN NEGERI/PUSAT. Mana-mana Pemimpin yang merasakan "SUDAH BASI" .... "SEDANG BERINGUS" .... "MENGIDAP AIDS" .... "MABUK CINTA" .... "TAK TAU BACA DOA QUNUT" ... "LULUS SEKOLAH ATAP (macam aku ni ... hanya SPM Gred 3 aje) " ..... eloklah MUHASABAH DIRI .... berilah laluan kepada CALON YANG MEMPUNYAI "KPI" YANG TINGGI yang dipilih oleh PUCUK PIMPINAN .... bukannya berdasarkan BERJAWATAN TINGGI DALAM PARTI ... kerana kemungkinan masa bertanding dalam pemilihan bahagian lalu ..... "MENANG HARAM".

 KPI CALON
(CONTOH SAHAJA)

Ada juga segelintir Para Pemimpin yang cuba melobi Pemimpin Atasan agar terpilih sebagai Calon. Saya ingin menyarankan kepada Pemimpin Atasan agar "MENYEPAK PONGGONG MEREKA" kerana BUDAYA BODIK atau MENANGIS SAMBIL MEMEGANG LUTUT BOSS .... SUDAH BERLALU.

Sekian, terima kasih.

PERHATIAN : 

SIAPA MAKAN CABAI DIA AKAN TERASA PEDASNYA .... 

KETUA MIC BAHAGIAN TOLAK JADI CALON

Salam

 GAMBAR HIASAN

Semalam, aku sempat singgah di satu pejabat yang bolehlah dikatakan BN PUNYA (PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN) ..... melambak cenderahati untuk Sambutan Hari Deepavali. Selepas 8.00 malam, semua selesai diambil oleh pemimpin Kaum Tempatan untuk diserahkan kepada YANG LAYAK dan TERPILIH.

KETUA MIC BAHAGIAN 
TAK MAHU JADI CALON/BERTANDING

Sementara menunggu pengagihan cenderahati itu diambl oleh para pemimpin tempatan, kami sempat bersembang dengan Ketua MIC Bahagian berkenaan dengan PRU 13 dan Kouta MIC. Untuk makluman ....DUN di sini sejak dulu lagi ditandingi oleh MIC dan pertama kali kalah di PRU 2008.

Alangkah terkejutnya saya apabila KETUA MIC Bahagian itu menyatakan ... "SAYA TAK PERLU BERTANDING .... APA GUNA BERTANDING JIKA TAK MAMPU NAK MENANG ... JANJI BN PERAK MENANG ..... LEBIH BAIK MACAM SEKARANG NI ....TAK ADA APA MASALAH .... INGAT JADI WAKIL RAKYAT NI SENANG KER .... HARI-HARI MESTI ADA RM2,000.00 DALAM POKET ... LAGI PUN YOU DAH BUAT KERJA NI ..... YOU TERUSKANLAH " katanya.

 PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN N51 PASIR PANJANG
(HIASAN SAHAJA)
BETUL ATAU TAK BETUL ..... LU FIKIRLAH SENDIRI ....

Dalam perjalanan pulang aku hanya masih ingat satu pengharapannya iaitu "JANJI BN MENANG". 

Ada berapa orang pemimpin yang bersikap demikian ... TAPI BUKAN SEMUA ...... terutama PEMIMPIN UMNO yang sekarang ni sibuk LOBI MELOBI untuk menjadi CALON...... INGATLAH .... KALAU AKAR UMBI DAH TAK SUKA .... ELOK LER BERUNDUR ..... KALAU BN KALAH .... BARU PADAN MUKA ..... BAGI KAMI .... KAMI DAH BIASA "MAKAN NASI + KICAP".

WALLAHHUALAM..


Tuesday, 18 October 2011

JENTERA PAKATAN RAKYAT "TAKE BEER" SELEPAS MENANG DI PRU 1999

SALAM.

SEMASA MINGGU PILIHANRAYA
KETAYAP TAK TANGGAL DI KEPALA 

Apabila gendang PRU 1999 dipalu, semua Jentera PRU bergerak ke pelusuk bumi Malaysia. Ramailah penyokong Barisan Alternatif (BA) mencari atau membeli "Ketayap" untuk diletakkan di kepala masing ntuk menunjukkan imej "BERSIH", "BERIMAN", "BERILMU" DSBNYA.

 DALAM MAJLIS/PROGRAM SEMUA PENYOKONG PR BERKETAYAP/BERKOPIAH
DI LUAR MAJLIS/PROGRAM .... ENTAH LER

Begitulah juga yang berlaku di Parlimen P069 Parit. Pertandingan kali itu di P069 Parit .... Dato' Seri Megat Junid vs Ustaz Basir (PAS), N38 Belanja .... Dato' Mohd Zaim vs Dr Faizol (PAS) sementara N39 Bota .... Cikgu Mail Bolah vs Usaili Alias (PKR). 

CALON BN N39 BOTA : ISMAIL HASBOLAH (KIRI)
CALON BN N38 BELANJA : DATO' HJ MOHD ZAIM ABU HASSAN (KANAN)
KEDUA-DUANYA KALAH DALAM PRU 1999

Tentu anda masih ingat ... SEMUA KAWASAN BN KALAH dalam ertikata lain 3 - 0. Tak pernah terjadi kecuali di PRU 1969 tapi DUN Belanja masih dmenangi oleh Perikatan.

Aku masa itu menjadi Penyelaras PRU Parlimen Lumut (lantikan Dato' Mohd Wajdi selaku Ketua Bahagian  disebabkan aku pernah menjadi Setiausaha Bilik Gerakan DUN Bota di PRU 1995 .... pengalaman aku diperlukan di Parlimen Lumut oleh Ketua Bahagian di sana).

Aku diizinkan kembali ke Parlimen Parit pada malam akhir itu dan terus aku ke Daerah Mengundi Suak Padi (sejak PRU 1990 akulah Penyelarasnya kecuali PRU 1995 ... calon Bota sendiri jadi Penyelarasnya ... masa itu BN dapat 75%). Aku dapat meningkatkan peratus menjadi 80% dalam PRU 1999 tapi semua Daerah Mengundi lain di Parlimen JATUH MERUDUMMM.

 PENDUDUK KAMPUNG SUAK PADI, BOTA 
PRU 1990 .... HANYA AKU SEORANG SAHAJA YANG MENYELARASNYA
KINI .... MEREKA ADALAH "TOP 3" DAN BOLEH BERDIKARI

Lewat malam, aku kembali ke Manjung. Dalam perjalanan pulang aku lihat sekumpulan Penyokong/Jentera BA  Parlimen Parit sedang rancak berpesta (kebetulan tempat itu di pinggir jalan aku pulang ke rumah) ... lalu aku singgah ... aku kenal ... kecuali ada seorang ... rupanya dia turun dari KL untuk membantu BA Parlimen Parit. 

 GAMBAR HIASAN SAHAJA

Aku tanya mereka " Apa halnya minum ni". "Merayakan kemenangan" jawab mereka. Aku order "Nascafe Susu Lebih .. Jangan tarik" (minuman kebiasaan aku). Setelah selesai minum aku pun beredar sambil menggeleng-gelengkan kepala " Kenapa tak pernah berubah" bisik hatiku sebab aku berpengalaman dalam PRU ini sejak PRU 1969 lagi.

Bukan aku sengaja nak mereka-reka cerita tapi itulah ragam sebahagian dari mereka walaupun dalam majlis atau cemerah mereka ... mereka sering melaongkan "TAKBIR" ......"ALLAHHUAKBAR". Rupanya HANYA DI BIBIR SAHAJA.

Semoga Allah melimpahkan RAHMAT ke atas mereka agar berubah.

Amin.  


Sunday, 9 October 2011

KENAPA BRITISH MEMILIH UMNO UNTUK MENERAJUI "PERSEKUTUAN TANAH MELAYU" WALHAL IANYA TERLALU MUDA BERBANDING PERTUBUHAN-PERTUBUHAN LAIN?

SALAM



     Ramai yang memikirkan kenapa British memilih UMNO sebagai PENERAJU untuk 'PERSEKUTUAN TANAH MELAYU" menggantikan "MALAYAN UNION"


DI ANTARA PERTUBUHAN TERDAHULU

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin dan merupakan nukleus PUTERA






Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam


Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM). 
 - Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217. Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British.


Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam



Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh




Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak 


dan Abdul Samad Ismail




Barisan Tani SeMalaya (BATAS) yang diketuai oleh Musa Ahmad

(maaf .... gambar Arwah Musa Ahmad tak diperolehi)


JAWAPANNYA ADALAH 

    Semasa Pemerintahan Jepun, PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) dan kebanyakan dari Pemimpin di atas termasuk Jawatankuasa yang lain telah menerima BON dari British dan USA. Jumlahnya diandaikan melebihi 2 BILION USD (nilai masa itu).

     Apabila Jepun kalah akibat dari pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, semua tentera Jepun meletakkan senjata (termasuk di Malaya dan Indonesia). 

     Kebanyakan Para Pemimpin MPAJA telah dirai oleh Pihak British sama ada di England, India, Burma dan di Malaya sendiri.

    Sebelum British memasuki Malaya MPAJA telah memerintah selama 14 hari. Kesannya AMAT MENYEDIHKAN (rujuk sejarah PKM 14 hari).

    Berbalik kepada cerita PEJUANG-PEJUANG YANG MENERIMA BON-BON, MEREKA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEPENTINGAN PERIBADI ATAU DEMI KEPENTINGAN PERJUANGAN PERTUBUHAN MASING-MASING.


TINDAKAN YANG DIAMBIL
1.     Melarikan diri ke Negara Jiran 


        - Loi Tek (Setiausaha Pertama (Sebeum Chin Peng) Parti Komunis Malaya PKM) ... lari ke Thailand lalu dibunuh di sana kerana melarikan BON/DUIT/EMAS. 


          Ibrahim Yaakub ( Kesatuan Melayu Muda - KMM) belum apa-apa dah menaiki kapal terbang Jepun lari ke Indonesia bersama isteri dan iparnya, Onan Siraj dengan membawa 2 guni ??? dan emas bersama isteri dan iparnya lalu membuka 'Bank Pertiwi' dan menjadi pengarahnya.


2.     Ada yang melarikan diri ke dalam hutan lalu bersatu dengan PKM sama ada sebelum atau selepas British kembali. Alasan lain yang boleh diterima (melarikan diri ke hutan) pakai adalah apabila PUTERA DIHARAMKAN.

 Di antara mereka ada YANG MENERIMA BON :-

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
ABDULLAH CD

PARTI KOMUNIS MALAYA

PARTI KOMUNIS MALAYA
ONG BOON HUA (CHIN PENG)

REJIMEN KE 10


REJIMEN KE 10
RASHID MAIDIN

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
ABU SAMAH ABU KASIM

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
SURIANI ABDULLAH

AWAS / REJIMEN KE 10

AWAS / REJIMEN KE 10
SHAMSIAH FAKEH

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
MAT AMIN

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
IBRAHIM CHIK

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
ABDULLAH SUDIN

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
AWANG ISMAIL

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
HASSAN SALLEH

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
IBRAHIM MAT SURIP

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
MANAP

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
MAT TAIB IBRAHIM

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
REMAJA

REJIMEN KE 10

REJIMEN KE 10
ROSMAH
3.     Pemimpin Yang Mengambil Keputusan Menetap di Malaya.

PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)


PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)
DR BURHANUDIN AL HELMY
 

ANGKATAN PEMUDA INSAF (API)

ANGKATAN PEMUDA INSAF (API)
AHMAD BOESTAMAM

HISBUL MUSLIMIN

HISBUL MUSLIMIN
USTAZ ABU BAKAR AL BAQIR
 
KESATUAN MELAYU MUDA
PAK SAKO
 

KESATUAN MELAYU MUDA

KESATUAN MELAYU MUDA
KAMARULZAMAN TEH
GERAKAN ANGKATAN MUDA (GERAM)

DATUK AZIZ ISHAK
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.
 
      Apabila Malayan Union ditentang oleh semua pihak, pihak-pihak ini telah mengemukakan SARANAN MASING-MASING ....
PETIKAN : Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP).

PUTERA terdiri daripada enam parti politik sayap kiri seperti berikut:

  1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin dan merupakan nukleus PUTERA
  2. Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam
  3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh
  4. Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail
  5. Barisan Tani SeMalaya (BATAS) yang diketuai oleh Musa Ahmad
  6. Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA), Hizbul Muslimin kemudiannya.
Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka.

Akhirnya pada 18 Jun 1948 PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan


DISEBABKAN PUTERA-AMCJA CUBA MENCADANGKAN
Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka.

SEMENTARA UMNO DAN MAJLIS RAJA-RAJA TELAH MENGHASILKAN 
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan. 
SELAIN DARI PERSOALAN DI ATS,  PERSOALAN LAIN YANG BOLEH DIBINCANGKAN ADALAAH:-
1.     Adakah 'TAIKO" Cina yang ada sekarang ini hasil dari BON berkenaan?.
2.     Kenapa TAUKEH BALAK terpaksa membayar UFTI kepada "TAUKEH DI BANDAR/PEKAN" sebelum ini ?.
3.      Kemana BON-BON lain diGUNAPAKAI ?
4.      ADAKAH MEREKA SEMUA BOLEH DIGELAR PEJUANG KEMERDEKAAN" ?
5.     JIKA ANDA MENDAPAT 10 KEPING BON BERKENAAN, APAKAH YANG AKAN ANDA LAKUKAN ?.
6.     ADAKAH TERDAPAT PEMIMPIN-PEMIMPIN MASA ITU YANG MENYERAHKAN BON-BON BERKENAAN KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK DIGUNAPAKAI DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR ?
Jawapannya : ADA ..... akan diberitahu kemudian, Insya Allah.
Sekian, Wallahhualam ....

AL FATIHAH KEPADA YANG TELAH TERKORBAN DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR.

Saturday, 8 October 2011

APA TUJUAN "PUTERA-AMCJA" DIWUJUDKAN ?

SALAM.

PENUBUHAN PUTERA-AMCJA

PERMULAANNYA.
Ahmad Boestamam dan PKMM telah dipengaruhi oleh PKM untuk menubuhkan PUTERA, sebagai satu badan radikal Melayu yang besar bagi bergabung dengan AMCJA, sebuah gabungan parti politik bukan Melayu yang juga dipengaruhi oleh PKM. Kedua-dua organisasi kemudian menjadi penentang yang penting kerana telah mengeluarkan Perlembagaan Rakyat sebagai satu perlembagaan pilihan kepada orang ramai, selain Perjanjian Persekutuan 1948 yang disediakan oleh UMNO , raja-raja Melayu dan kerajaan British.

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP).


PUTERA terdiri daripada enam parti politik sayap kiri seperti berikut:

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin dan merupakan nukleus PUTERA




Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam


Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh


Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak 

dan Abdul Samad Ismail


Barisan Tani SeMalaya (BATAS) yang diketuai oleh Musa Ahmad

PETIKAN TEMURAMAH MUSA AHMAD

Di bawah ini merupakan sedutan sebahagian temuramah dengan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad yang dipetik dari buku Baling : Membuka Jalan Damai tulisan Wahba. Musa Ahmad telah menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada November 1980. 

Dalam temuramah ini, Musa Ahmad telah mendedahkan bahawa anggota komunis Melayu telah dianaktirikan oleh PKM. PKM juga hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Mari kita renungi apa yg didedahkan oleh Musa Ahmad:

Soalan : Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10?

Musa : Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yg simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut.

Waktu itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu.

Saya dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut, sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi rungutan kami tidak diendahkan langsung.

Soalan : Bukankah itu menunjukkan ada diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri?

Musa : Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yg jadi komunis dan orang-orang Cina yg jadi komunis. Orang Cina yg jadi komunis mendapat lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu.

Dari segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan. Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10 pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yg diminta 20 akan diberi. Begitu juga dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama.

Soalan : Kalau begitu kedudukannya, maka orang-orang Melayu dalam PKM dianaktirikan?

Musa : Ya. Saya tidak menafikan.

Soalan : Kalau sudah begitu hakikatnya, mengapa orang-orang Melayu yg masih ada dalam hutan itu tidak melarikan diri dan menyerah kepada pihak kerajaan?

Musa : Perkara ini susah saya hendak berikan sebabnya kerana banyak perkara yang perlu ditinjau.Tetapi saya rasa, untuk keluar dari hutan itu mereka memerlukan keberanian yg luar biasa. Mungkin mereka dikawal ketat oleh pihak PKM. Kalau yg terniat untuk keluar pun, mereka tidak dapat berbuat demikian. Macam saya dulu, saya sudah bertekad, hendak balik ke tanah air. Apa pun yg terjadi saya mesti balik ke tanah air, walaupun yg pulang itu hanya mayat saya.


Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA), Hizbul Muslimin kemudiannya oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir

Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka.



Akhirnya pada 18 Jun 1948, PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat.
 
Sekian .... perhatikan yang tersirat.