Pages

Thursday, 28 June 2012

KEJAMNYA, KERAJAAN BN DAH ............. KENAPA JADI BEGINI ?



Sebentar tadi tatkala aku balik dari kerja, aku melihat ramai ibubapa bersama anak-anak yang masih kecil berkumpul dengan berbagai karenah, maklum ler budak-budak.

Keluarga yang hadir itu kebanyakannya dari Kaum Tionghua sementara Kaum dan Melayu boleh dibilang dengan jari nampaknya.



Kenapa satu badan kerajaan sanggup mengumpulkan kanak-kanak dalam cuaca yang sangat terik ini. 

KEJAM BETUL.

Sepatutnya, mereka berada di rumah untuk ... berehat. Tapi kenapa berada di sini?. 

Aku bertanya kepada seorang Pegawai Kerajaan yang terlibat ..... kenapa mereka berkumpul di situ dan kenapa keluarga Tionghua lebih ramai berbanding dengan keluarga India dan Melayu?.

"Nak beri BANTUAN PRA SEKOLAH. Kalau sebulan RM60.00 ... dapatlah keluarga tu RM600.00 sebabnya KERAJAAN TANGGUNG 10 BULAN SAHAJA" jawabnya.

"Kenapa tak berapa seimbang ..... ke mana perginya Kaum Melayu?" tanya ku lagi.

"Itulah .... saya dah beri penerangan dan ada yang saya pujuk, tapi tak mahu jugak .... apa boleh buat" jawabnya dengan nada KESAL.

"KEJAMNYA" bisik hatiku. Aku berfikir, KENAPA ADA TABIKA YANG TAK MAHU MENGURUSKAN BANTUAN INI UNTUK KELUARGA YANG MENGHANTAR ANAK KE PUSAT DIDIKAN KANAK-KANAK MEREKA?.

MEMANG KEJAM ...... KERAJAAN DAH SEDIAKAN PERUNTUKAN .... AMBILLAH .... KENAPA KEJAM SANGAT?.

Macam2 TOBIAT atau RAGAM manusia ni.

Wallahhualam



4 comments:

  1. Cikgu,
    Pos Malaysia bukan ada
    Buat apa kumpul ramai-ramai nak beri bantuan
    Hantar dengan pos bukan senang

    Bukan apa Cikgu nak pilihanraya
    Sebab itu diadakan acara
    Ada yang nak tunjuk muka tu
    Atau
    Inilah Jasa Kerajaan Barisan Nasional
    Itu sebab orang tak hendak datang
    Bantuan TADIKA pun dipolitikkan
    Macam beri duit mak bapak deme

    ReplyDelete
  2. Den bukan jelas Cikgu
    Ini salah guna kuasa
    Satu penipuan
    Mengguna duit rakyat untuk kempen parti
    Bila nak pilihan raya
    Bila BN nak lingkup
    Baru bantuan keluar
    Masa kuat dahulu
    Habis duit rakyat disapu oleh kroni
    Sampai bila salah guna kuasa ini hendak berhenti
    Bila Barisan Nasional
    Dapat dikalahkan

    ReplyDelete