Pages

Thursday, 28 June 2012

PENGUMUMAN MANTAN MENTERI BESAR PERAK (1995) .... TAK PASAL-PASAL AKU TERINAYA?



Beberapa hari selepas PRU 1999 ...

Aku pelik, kenapa semua orang memandang aku semacam. Apa salah aku, sudahlah aku dihalau macam ANJING KURAP dari Majlis Jamuan Kemenangan BN PRU 1995 .... sikap kebanyakan rakanku mula berubah ... cakap yang selalunya BIASA dah berubah PERLI-PERLI yang tak tahan didengari menyebabkan aku rasa TERSISIH ... kenapa .... apa salah aku .... apa silap aku?

1.   "Bak ler sikit ..."
2.   "Takkan makan sensorang aje"
3.   "Bila lagi nak tukar kereta"
4.   Pembantu-pembantu PRU 1995 aku sering datang mengadu hal (bil-bil dan sesak). 

Itulah di antara kata-kata yang aku dengar ... itu lain dari cerita-cerita belakang. Aku kebingungan ..... dan ingin tahu apa sebenarnya yang menyebabkan mereka begitu.


Aku mula membuat penyelidikan .....

Rupa-rupanya .... Mantan Menteri Besar Perak (1995) telah membuat pengumuman semasa kunjungan Jentera PRU Parit ke Ipoh di mana Mantan telah membuat pengumuman  secara terbuka ....

TAN SERI HJ RAMLI NGAH TALIB
MANTAN MENTERI BESAR PERAK
TELAH MENGAMANAHKAN AKU
MENJADI KETUA "OPERASI GEMPUR"
KHAS UNTUK PENGUNDI CINA YANG
BERJUMLAH KIRA-KIRA 8,000 ORANG
PEMBERIANNYA HANYA RM2,500.00 SAHAJA

"Cikgu Lin tu, saya dah beri RM30,000.00 untuk menjaga Pengundi Cina di seluruh Parit"
BIASANYA DISINILAH MEREKA BERKUMPUL


Itulah lebihkurang PENGUMUMAN YANG DISAMPAIKAN KEPADAKU oleh orang yang hadir.


TERKEJUT BERUK AKU .... bila pulak aku dapat RM30,000.00 ..... 


Baru aku teringat .... ohhhhhh 


Beberapa hari sebelum Hari Mengundi, aku didatangi oleh SEORANG TERNAMA yang bergelar Dato' (selepas itu Dato' Seri) yang aku memang kenal. Masa dia datang ke Bilik Gerakan DUN Bota dia ada bertanya ....

"Nak pakai duit ker?" tanyanya pendek.

"Memang ... tadi ada Pak Ngah Lengkong datang ... dia kata MCA Bali, Nalla dan Tronoh nak guna khemah semasa Hari Mengundi. Tadi, ada Cikgu Ri (ADUN Bota 2004) dan Tan Seri Ahmad Azizuddin bagi RM200.00 seorang. Kalau boleh bagi ler mun RM200.00 lagi ... cukup le nak sewa khemah tu" jawab aku dengan ikhlas.
"Mari ikut aku" katanya sambil dia menuju ke kereta Mininya .. dibukanya beg.... FULAMAK,  
"Banyak nyer duit" bisik hatiku ... terdapat lima ikat wang kertas RM50.00 bernilai RM10,000.00 setiap ikatan.
Diambil satu ikatan .... lalu dia mengirai-ngiraikan helaian yang tersusun rapi.
"Wah! banyaknya duit" tegur Hj Shaari Lebai Awang yang kebetulan lalu di tepi kami berdua. 
"Nah ... kamu bukan orang lain dengan  aku ni" katanya sambil menyerahkan wang kepadaku. Aku ambil wang itu ... 
"Cukuplah .... tapi kenapa dia bagi banyak ini aje " bisik hatiku .... kerana yang diberi hanyalah RM200.00 sebagaimana yang aku minta.

"Lantak ler .... janji nak sewa khemah dah beres" bisik hatiku .... lalu aku berikan wang berkenaan kepada Pak Ngah Lengkong bersama Usop Umbai dan Atin Titi Gantong.

PAK NGAH ADALAH CALON DAP PRU 1978
MERUPAKAN PERANTARAAN AKU
DENGAN PENGUNDI KAUM CINA DI PRU 1995
(UMPAMA ABANG BAGIKU)

Entah berapa ribu aku dah habis ... aku tak kira masa tu BUKAN untuk belanja mereka bertiga sahaja, Ini termasuk belanja harian dan kerja-kerja lain yang aku DAHULUKAN PEMBIAYAANNYA.  "Takkan MB tak ndak ganti esok .... janji BN MENANG" kata hatiku untuk menyejukkan hati.

Setelah BN menang .... keesokan harinya, aku  terus ke Kediaman Menteri Besar untuk menghantar Laporan dan meminta mengganti kembali PEMBIAYAAN AKU.

"Ada siapa bagi duit tak?" tanyanya pendek.
"Selain dari R2,500.00 yang Dato' Seri bagi di Kg Gajah tu ... Cikgu Ismail bagi RM250.00, Cikgu Ri bagi RM200.00, Tan Seri Ahmad Azizudin bagi RM200.00 dan Cikgu Latif bagi RM200.00 .... itu aje ... Hj. Zaim dan Wan Ainon tak ada ..... " jawab aku.
"Berapa dia bagi?" potongnya ... dalam keadaan agak terkejut.
"RM200.00 .... duitnya banyak" jawabku ... aku dah mula perasan. "Adakah RM50,000.00 itu untuk aku?" kata hatiku.
"Ada apa lagi" tanyanya.
"Ada .... masa saya mewakilkan Dato' Seri berucap di Dewan Nalla malam tu, saya berjanji akan bagi Projek RM100,000.00 sebabnya UNDI di situ lebih 60% .... kena buat ler tu. Lepas, tu ...saya nak belanja deme makan .... tanda TERIMA KASIH .... " terpinga-pinga aku apabila dia terus masuk STOR di tepi tangga .... meninggalkan aku seorang diri .... tak lama dia datang kembali.
"Nah .... buat belanja" katanya.
Aku terus masuk poket dan mintak diri.

Di pertengahan jalan aku semak ... tentulah banyak .... sebabnya ... dia MB dan AMANAH YANG DIA BERIKAN KEPADA AKU DAH BERES ... BN MENANG TERMASUK sepupunya YB Ainon Khariyah Calon Parlimen Parit.
DATO' HJH AINON KHARIYAH MOHD ABAS
CALON PARLIMEN PARIT 1995
WANGNYA, RM500.00 UNTUK SAGUHATI AKU
HANYA RM100.00 DISAMPAIKAN OLEH
AZHAR ADAM (AJK BAHAGIAN SEKARANG)
SELAKU PEN. KETUA BILIK GERAKAN DUN BOTA
DI MANA AKU SETIAUSAHANYA

LAGI SEKALI AKU TERKEJUT BERUK .... kahkahkahkah ....... RM250.00 ... tak berani aku singgah ke Tronoh ... sebabnya ... Cawangan MCA saja ada 20 buah termasuk DUA Cawangan yang ahlinya SEMUA PEREMPUAN. Hingga kini aku TAK BERANI NAK SINGGAH DI TRONOH tu .... MALUUUU ..... "TAK DAPAT NAK TUNAI JANJI .... MAKAN MEE BERSAMA AJK MCA"

JADI KESIMPULANNYA .....

1.   Mantan Menteri Besar Perak (1995) tetap tidak mempercayai BAHAWA AKU HANYA MENERIMA RM200.00 dari wakilnya, kerana .... Wakilnya Dato' (lepas itu Dato' Seri) dan aku hanyalah SEORANG MARHAIN. 
Itulah sebabnya ...BELIAU SANGGUP MENGELUARKAN KENYATAAN ....  "Cikgu Lin tu, saya dah beri RM30,000.00 untuk menjaga Pengundi Cina di seluruh Parit".
- Dato' Seri berkenaan ADALAH ADUN PAS BOTA PRU 1974 dan telah meninggal dunia.

2.   Kenyataan di atas telah diterima pakai oleh Para Pendengarnya ... dan .... BOIKOT dan PERLI DIKELUARKAN oleh Rakan dan  Kenalan yang menyebabkan AKU TAK TAHAN .... LALU AKU TURUN PANGKAT (dari Guru Besar ke Penolong Kanan I) dengan tujuan BERHIJRAH KE MANJUNG hingga kini.

3.   Di Manjung, aku telah menerima Perintah Mahkamah untuk dibicarakan (8 Januari 1997) kerana HUTANG PRU 1995 (AKU TANGGUHKAN BIL BAYARAN BUKU-BUKU LEMBARAN KERJA SEKOLAH TAPI TIDAK MELIBATKAN MURID .... murid-murid semua dapat buku walau pun ada yang TAK BAYAR ... sebabnya dasar aku SEMUA MESTI ADA BUKU) tak dapat dilangsaikan .... AKU PINJAM BANK RAKYAT .... AKU BAYAR HABIS (termasuk Pesanan Kedai Buku Sekolah yang bukannya aku yang pegang akaunnya .... apa ada kisah ... untuk anak-anak bangsa) ..... SELESAILAH HUTANG PRU 1995

Sejak itu, AKU PANDAI "OVER LAPPING" apabila tiba PRU .... aku akan lakukannya .... sebabnya .... SEJARAH DAH MENGAJAR .... tapi KENAPA AKU MASIH BELUM SERIK .... HINGGA KINI termasuk PRU 2008 .... TERKENA JUGA LAGI .... (kemudian cerita).

WALLAHHUALAM



KE

10 comments:

  1. u mak ai cikgu....bior bebenor cite nie.....sayup hati dgr cikgu lin kene naya mcm ni...haiyo....walaubagaimanapun teman tabik cikgu lin, walaupun pernah dianiaya, tp cikgu tetap dengan perjuangan cikgu....syabas....!!!

    ReplyDelete
  2. cikgu cikgu.. hehe

    ReplyDelete
  3. Itu orang kata Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana dapat peribahsa ni .... agak tak sesuai

      Delete
  4. Dah dihalau macam ANJING KURAP
    Belah sajalah
    Buat apa lagi tunjuk hidung dengan deme
    Buat buang masa sahaja

    ReplyDelete
  5. Aku bukan kamu .... dan deme bukannya AKU

    ReplyDelete
  6. Saya terharu dengan pengakuan ini. Jauh di sudut hati saya ingin berkongsi kisah pahit arwah ayah dahulu, tapi rasanya biarlah jadi sebahagian lipatan dalam sejarah perjuangan arwah ayah dahulu.

    Cikgu, hakikat yang harus kita terima adalah kebanyakan akar umbi yang sayangkan parti memang bekerja setengah mati untuk memastikan kemenangan pemerintah. Bagaimanapun, segelintir (mungkin juga sebahagian besar) pemimpin yang diamanahkan menjaga kebajikan dan diberi peruntukan GAGAL mengamalkan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas. Mudahnya begini, apabila wang dan pangkat yang dikejar, perjuangan untuk memartabatkan bangsa menjadi sebutan klise dan bermusim sahaja.

    Apabila tsunami politik 2008 berlaku, barulah pemimpin atasan sedar orang Melayu rela beralih arah kerana sikap pemimpin yang obses dengan wang dan pengaruh, tanpa mengambil berat keperluan mereka.

    Inilah yang berlaku di DUN Pasir Panjang, sehingga ramai ahli UMNO dan pro-BN yang bertindak di luar norma apabila memberi kemenangan kepada (Datuk Seri) Nizar Jamaluddin dalam PRU 2008.

    Sehingga kini pun, di Batu 10, Lekir, cawangan PEMUDA 'mati' kerana orang muda kecil hati dengan pimpinan tempatan yang kurang mengambil berat. Ketika PEMUDA di Batu 14, Sungai Tiram dan sekitarnya kembali rancak membina pengaruh, ia tidak berlaku di kawasan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak akan mmelipat sejarah ,,,,saya akan buka sejarah sebabnya ..KALAU DILIPAT ,,, TAK ADA SIAPA YANG TAHU. Bagi yang nammanya TERTAPAR .... kenapa dulu TAK TERFIKIR ?

      Delete