Pages

Monday, 21 December 2020

KAPAL PERANG SIAM TERBALIK DI SG. PERAK BUKANNYA DARI SUMPAHAN SANG KELEMBAI

 

GAMBAR HIASAN

A.    LATAR BELAKANG

 1.    Terdapat sekumpulan GAJAH BATU di Ayer Mati (belakang Hospital Changkat Melintang), Lambor Kanan, Perak Tengah, Perak. Rata-rata masyarakat menyatakan ianya adalah SUMPAHAN SANG KELEMBAI.

2.    Changkat Melintang asalnya adalah Petempatan Orang Asli Suku Kaum Semai. Setelah kedatangan Kaum Melayu ke sekitar Lambor Kanan menyebabkan mereka berpindah ke Tumbuh Hangat (Tumbuh Bekek) dan Suak Padi kira-kita 3km di sebelah darat.

3.    Nama "LAMBOR" adalah dipetik dari "SATU UPACARA PEMUJAAN" Kaum Semai apabila timbul satu masalah dalam masyarakat mereka. Maka, LAMBOR digunapakai hingga sekarang kini adalah merupakan sebuah Jajahan sebelum Negeri Perak diwujudkan (1528) lagi yang diketuai oleh seorang Demang bergelar Maharaja Lambor.

4.    Dahulu kala, Sungai Perak tidaklah lebar sebagaimana sekarang dan parasnya amat tinggi. Laluan asalnya telah berubah beberapa kali dan mempunyai anak-anak sungai yang terlalu banyak hingga DATARAN BANJIRNYA bermula dari Belanja hinggalah ke Bagan Datuk dan Kota Setia (termasuk Seberang Perak) mengakibatkan ianya tidak sesuai untuk dibuat petempatan.
        - Rujuk : Bukit Kepah di Changkat Lada, Seberang Perak (satu timbunan Kulit Kepah) hingga di Tahun 1990an ... digunakan untuk membuat Jalan Pertanian, 

5.    Selain dari Sg Perak, laluan Kaum Asli adalah Jalan Utama hinggakan jalan inilah yang digunakan oleh Tun Saban dan Penghulu Kasim untuk menjemput Putera Makhkota Melaka untuk dijadikan Sultan Perak di Tahun 1528.


B.   PENJARAHAN SIAM TERHENTI DI AYER MATI (BERSEBELAHAN TANAH ABANG)

KAPAL PERANG SIAM KARAM YANG MENINGGALKAN "GAJAH BATU"
DI SEKITAR HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG
DIKATAKAN "SUMPAHAN SANG KELEMBAI"

1.    Dahulu kala, Siam menyerang Bruas melalui Dendang. Kuala Sungai Dendang adalah Sungai Perak (Kg Tua, Belanja) bukannya sebagaimana sekarang ini. Gajah-gajah dan bala tenteranya diangkut dan dikumpulkan di Dendang sebelum menyerang Bruas.

2.    Siam cuba menghilir Sungai Perak untuk meluaskan penjarahannya. Malangnya, setiba sahaja di Ayer Mati (belakang Hospital Changkat Melintang), kapal perangnya terbalik lalu menenggelamkan barangan yang di bawa mereka. Di antara barangan yang karam adalah GAJAH-GAJAH BATU.

    -    Gajah-gajah Batu akan diletakkan di mana-mana kawasan yang telah dijarah sebagai TANDA KEKUASAAN SIAM.
    -    Setelah peristiwa itu, Siam tak berani menghilir Sungai Perak untuk menjarah.

3.    Peristiwa ini diceritakan oleh Tok Batin Itam Mat Asan (Tumbuh Hangat @ Tumbuh Bekek) yang diriwayat dari Nenek Moyang mereka yang menetap di Tebing Sg Perak semasa itu sebelum berpindah ke darat.

WARUNG PAK JABIT TERLETAK DI TUMBUH HANGAT (PERKAMPUNGAN ORANG ASLI)
YANG BERPINDAH DARI SEKITAR HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG

       "Masa itu, ada sebatang pokok melintang Sungai Perak betul-betul di belakang Hospital itu. Pokoknya besar ... kami potong ... sehari tak putus ... maka terpaksa kami "BERLAMBOR" di malam itu sebelum kami memotong esoknya. Esoknya, kami potong ... putus ... barulah "perau" (perahu batang kayu) dapat digunakan. Sebelum itu, ada kapal besar terbalik dekat-dekat situ kerana terlanggarkan batang kayu itu .... dekat-dekat dengan Gajah Batu Sang Kelembai tu" katanya kepada saya sekitar Tahun 1970an.

    "Bila orang baruh sampai, kami berpindah ke sini hingga sekarang. Kami dilarang menyeberang Sungai Perak. Kalau menyeberang ... pendek umur" katanya lagi. Walhal, itu sengaja digembar-gembar gemburkan oleh Rakyat Temong yang berada di sebelah Tebing Kiri, Sg. Perak.

C.    KESIMPULAN RIWAYAT DI ATAS

1.    Terdapat Petempatan (Jajahan Temong) di sebelah kiri Sungai Perak.
2.    Peistiwa Kapal Terbalik di Ayer Mati menyebabkan Siam tidak menghilir sungai untuk menjarah dan mengambil keputusan menjarah/memasuki Kuala Sungai Dinding, Bruas/Manjung.
3.    Asal Kuala Sungai Dendang adalah Sungai Perak bukannya Sungai Dinding.
4.    Nama LAMBOR adalah berasal dari ISTILAH KAUM SEMAI (SENOI).
5.    Tiada Petempatan Penduduk sebelum kedatangan Orang Lambor di Tebing Kanan Sungai Perak termasuk Hilir Perak, Bagan Datuk, Pasir Salak, Batang Padang, Kinta kecuali Kaum Asli yang kebanyakannya Kaum Senoi.
6.    Kawasan yang terawal membangun adalah Janin, Temong dan Bruas/Manjung di sebelah Kiri Sungai Perak hingga ke Pantai Selat Melaka.
7.    Hingga kini ... Kawasan Gajah Batu ini dijadikan KAWASAN LARANGAN (tidak ditebusguna untuk pertanian) oleh penduduk setempat. 
.

Sekian, adanya. Wasallam.


HUBAYA-HUBAYA 

No comments:

Post a Comment