Pages

Monday, 21 December 2020

DATO' MAHARAJA LELA TIDAK DIGANTUNG, DISOROKKAN DI SEBUAH ISTANA TERPENCIL

 


A.    LATAR BELAKANG

1.    Keterangan yang tersurat dan di Arkib adalah seperti di bawah. Keterangan yang dibukukan adalah VERSI BRITISH yang patut diselidik dan diperbetulkan sebagaimana RIWAYAT MAT KILAU di Pahang.

2.    Perkara yang sama juga berlaku di Perak iaitu "DATO' MAHARAJA LELA DI GANTONG DI MATANG", walhalnya tidak berlaku sama sekali.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Dato' Maharaja Lela

Dato' Maharaja Lela ialah pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya.

Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah LuwukSulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Dato Maharajalela bersama-sama dato Bahaman sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch) [1] Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping Perak



B.   PETIKAN DARI PERBUALAN DENGAN SAKSI HIDUP DI AWAL TAHUN 1970AN

DATO' MAHARAJA LELA DIHUKUM DIBUNUH ATAU DIGANTUNG TIDAK BENAR. BELIAU HANYA DISOROKKAN (DIJADIKAN KHADAM ISTANA DI KAMPONG PISANG, BATU GAJAH)
Kira-kira di Tahun 1970an, Tok Mat Sait telah menceritakan kepada aku cerita-cerita di bawah ini. a) Bagaimana Tok Mat Sait dapat mengenali Dato' Maharaja Lela?
b) Bagaimana beliau berjaya memujuk Pihak Istana agar Dato' Maharaja Lela dilepaskan untuk menjalankan penghidupan biasa sebagaimana rakyat-rakyat Paduka Sultan yang lain?
1.    Setelah beliau dihukum gantung oleh Mahkamah British tetapi sebenarnya beliau disembunyikan di Kediaman Keluarga DiRaja di Kg Pisang, Batu Gajah. Beliau menetap di situ dan menyamar sebagai khadam.
TOK MAT SAIT @ SYED MAT BIN UDA IBRAHIM IBN KULUP NASIR @ SYED HASAN IBN SYED ANUAR
(Hayatnya kira-kira : 1867 - 1978) (BERDIRI : Tiga Dari Kanan)

2.    Walaupun beliau menyamar, Dato' Maharaja Lela tetap dikenalpasti oleh Mat Sait @ Syed Mat bin Uda Ibrahim ibn Kulup Nasir @ Syed Hassan ibn Syed Annuar (bapa Tok Kohor Alam I) yang kebetulan tinggal di Serkai Jadi, Tronoh apabila berkahwin di situ setelah kematian isteri pertamanya.

3.    Tok Mat Sait yang berumur kira-kira 8 tahun tinggal bersama-sama bapa saudaranya di Kg Biak, Pasir Salak.

4.    Tok Mat Sait menceritakan yang beliau sering melihat Dato' Maharaja Lela mengajar pencak silat di Sekitar Istana Pasir Salak sekitar Tahun 1870an.

5.    Tok Mat Sait bercerita bagaimana berlakunya Perang Pasir Salak di antara Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor dengan British.
C,    APA TERJADI APABILA DATO' MAHARAJA LELA TELAH DIKENALPASTI KEWUJUDANNYA?
1. Bagaimana beliau dipohon, dipujuk, dirayu untuk dihijrahkan ke Lambor Kanan.
2. Adakah beliau berkeluarga?
3. Siapakah keturunannya?
4. Di manakah makamnya?

- Untuk keterangan lanjut : Sila rujuk Cikgu Lin @ Labun Lin (cucu kepada Tok Mat Sait)


HUBAYA-HUBAYA

Tanggal : 19 Dis 2020


No comments:

Post a Comment