Pages

Sunday, 5 March 2017

UNIK ... SATU-SATUNYA PROGRAM ... PELBAGAI FAHAMAN POLITIK DIRAI DALAM SATU MAJLIS



BN PERAK CEMERLANG (BNPC)
bersama
YAB MENTERI BESAR PERAK

Satu-satu perjumpaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum, pelbagai fahaman politik dan pelbagai latar belakang.

Ramai yang tidak dapat menerima KONSEP perjumpaan ini akan tetapi kami sudah diraikan oleh YAB Menteri Besar sebanyak 3 kali .... 2012, 2014 dan baru-baru ini (8 Feb 2017).

Kebanyakan yang hadir, bukanlah terdiri dari PARA PEMIMPIN POLITIK tetapi pengamal-pengamal media khasnya FB di seluruh pelusuk tanah air yang ingin BERSANTAI BERSAMA YAB MB PERAK.

Group BNPC ini diasaskan oleh Cikgu Lin yang tidak mempunyai AJK kerana AJK selalunya membawa kepada PEREBUTAN KUASA dsbnya. BNPC yang kami punyai bersama apabila kami berkumpul, kami mementingkan KEHARMONIAN walaupun di dalam media sosial sering berlaku pertelagahan pendapat dsbnya.

Protokol kurang diutamakan di dalam perjumpaan ini. VIP hanya 2 (dua) orang sahaja iaitu YAB Menteri Besar dan Isteri Tercintanya. Yang lain itu, kami anggap sama belaka.

Acara majlis, seperti biasa .... selepas Lagu Negaraku, Doa dan Menjamu Selera yang disediakan oleh YAB Menteri Besar selaku Tuan Rumah. Kemudian diikuti oleh Ucapan Terima Kasih dari Pengasas BNPC (Cikgu Lin).

Acara kemuncaknya adalah Ucapan YAB Menteri Besar Perak dan disusuli oleh DIALOG SPONTAN TERBUKA (tiada tapisan dilakukan) di antara Tetamu dan YAB Menteri Besar.

Akhir sekali, bergambar dan bersuaikenal dengan YAB Menteri Besar dll.

Berikut adalah Paparan Perjumpaan BNPC Kali I
(14 Ogos, 2012)



























Kepada YAB Menteri Besar Perak dan isteri, kami rakamkan penghargaan terima kasih kerana sudi menerima kami sebagai tetamu.

Terima kasih daun keladi,
Sebelum PRU 14 ni ..... ajak ler lagi.

Sekian adanya.


TERIMA KASIH 






No comments:

Post a Comment