Pages

Sunday, 5 March 2017

PRU 14 : BN/UMNO AKAN KALAH JIKA .......



BANYAK YANG TERLEPAS PANDANG
(SEBELUM DAN SEMASA PRU)



Beberapa perkara NEGATIF yang sering terjadi apakala tibanya PRU. Hendak dikatakan mereka ini bingung ... takkan mereka menjadi pemimpin di peringkat-peringkat tertentu sama ada di Bahagian maupun di Cawangan.

Di antara perkara-perkara yang sering/biasa/lumrah dilakukan semasa PRU :-
  • Menyembunyikan peruntukan yang diamanahkan.
  • Membuang masa di Bilik Gerakan Pusat.
  • Mengekor Calon walaupun kurang berkenaan.
  • Jual mahal seolah-olah diri sendiri amat penting.
  • Memohon peruntukan "LEBIH DARI SEPATUTNYA".
  • Mengambil BAHAN LOGISTIK tetapi tidak diedarkan.
  • Melantik "KRONI" sebagai Jentera PRU.
  • Melaporkan DATA tanpa menyemak terlebih dahulu.
  • Mengugut Calon dan AJK Pilihanraya.
  • Mengenakan "Aksesori" berlebihan (topi, vest dsbnya).


DI ANTARA PERUBAHAN TINDAKAN JENTERA PRU.

1.   WAR ROOM
  • Laporan Harian mestilah BERDATA.
  • SULIT ... bukan bermaksud disorokrapi.
  • HALAU PEMIMPIN BN YANG MENGGANGU  kerana ini bukan masa berkempen Pemilihan UMNO.
  • Elakkan Calon BERKONVOI SAKAN hingga menyebabkan "ORANG GETIK".
  • Aturkan Pengiring Calon untuk kawasan sensetif agar UNDI TAK HILANG DISEBABKAN GELAGAT PENGIRING.
  • Calon DILARANG minum/makan di tempat awam jika TAK MAMPU BAYAR SATU KEDAI.
  • Jika TIDAK MENUTUP AURAT ...jangan ikut Calon.
BARU JADI CALON DAH MACAM VVIP PULAK
(Gambar Hiasan Sahaja)


2.   LOGISTIK
  • Jangan pakai VEST jika KEDEKUT sebelum Hari Mengundi kecuali "ADA TULIS NAMA PERIBADI atau AJK".
  • Agihan dan pemasangan bendera dan sepanduk biar nampak sama rata 
  • Jangan disorok jika untuk diagihkan.
BAJU INI, YANG TAK DAPAT MERAJUK ... HILANG UNDI


3.   KENDERAAN
  • Utamakan Jalinan Rakyat (dah lama selia pengundi)
  • Pastikan kenderaan BERFUNGSI hingga petang.
  • Letakkan PERAYU UNDI YANG LAYAK  dalam setiap kenderaan.
KEBIASANNYA, KERETA HILANG SELEPAS PUKUL 10.00 AM



4.   PEPERIKSAAN COUNTING AGEN
  • Lulus "A" baru boleh jadi Counting Agen (> 36/40).
  • Mempunyai HP yang berfungsi
  • Berani dan sanggup berkorban kerana parti.
LULUS "A" BARU LAYAK JADI COUNTING AGEN


5.   JENTERA PRU PARLIMEN/DUN
  • HP sentiasa berfungsi dan dijawab.
  • Elakkan meninggalkan kawasan (berpoya-poya luar kawasan).
  • JANGAN sorok/cukai peruntukan.
TANGGUHKANLAH SEMASA PRU NI


6.   JALINAN RAKYAT
  • Wujudkan PUSAT TRANSIT sebelum Hari Mengundi untuk beberapa Kumpulan Jalinan Rakyat (seolah2 Zon).
  • Mohon peruntukan kenderaan untuk setiap Pusat Transit dan SELIA hingga ke akhir.
  • Sediakan sedikit JUADAH di Pusat Transit.
  • SESIAPA YANG TIDAK BERKUNJUNG ke Pusat Transit ..... mungkin RAGU/PEMBANGKANG.
PUSAT TRANSIT SEBELUM MENGUNDI
DI SETIAP LOKALITI BERPOTENSI


HUBAYA-HUBAYA




No comments:

Post a Comment