Pages

Monday, 18 February 2013

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA DIGODAM. KENAPA DENGAN SISTEM KESELAMATANNYA?





Aku tak mahu sembang banyak ... sebabnya hari ini kepala otak aku berserabut sikit. Jadi, bacalah sendiri apa yang dicatatkan di bawah ini.

1.    YAB PM LETAK JAWATAN.
Itulah yang dipaparkan setelah DIGODAM.



2.    SURAT PENAFIAN DARI JABATAN PENERANGAN.

Terpaksa kawan aku menjawabnya ... kesian dia ... sabor aje ler 

Walau bagaimana pun aku merakamkan, Syabas kerana BERANI dan SANGGGUP MENGAKUI BAHAWA SISTEM TELAH DIGODAM, jadi kenalah mohon dari Kementerian Budget Khas untuk mengatasinya.

Cuma aku nak bertanya sikit.
Di mana Jabatan Penerangan order SISTEM KESELAMATAN ini?
Kalau Jabatan Penerangan (sebagai SUARA KERAJAAN) dah boleh digodam .... SERUPA KITA SERAHKAN PENGACARA MAJLIS KEPADA TOK KARUT ler .... kelak nanti ... TAK ADA SIAPA PERCAYA PAPARAN KERAJAAN.



Walau bagaimana pun .... TAHNIAH kepada PENGGODAM kerana berjaya menembusi .. kalau tidak ... Jabatan Penerangan takkan tahu SISTEM PERTAHANAN mereka TAK SECANGGIH MANA.

Akan tetapi, cari ler cerita lain .... KARPAL SINGH JATUH KERUSI RODA ker .... AZMIN ALI TERGELINCIR DALAM TANDAS ker ... MAT SABU DEMAM KURA ker. Sebabnya, kalau dibaca oleh PELABUR ASING ... BUKANKAH ROSAK EKONOMI NEGARA.

NGONG BETUL LER LU NI .....  walaupun ada kepandaian dan kepakaaran.

Entah ler YB Dato' Seri Paduka ooiiii

Banyak jadam perkara jadam,
Manakan sama jadam berangan,
Banyak benda hangpa boleh godam,
Kenapa dipilih Jabatan Penerangan?


HUBAYA-HUBAYA


WALLAHHU 'ALAM




No comments:

Post a Comment