Pages

Monday, 18 February 2013

JANGAN DIPERSOALKAN SIAPA MENTERI BESAR PERAK SELEPAS INI KERANA TUGAS UTAMA KITA SEKARANG ADALAH BAGAIMANA UNTUK MEMENANGI PRU 13.





BANGUNAN DARUL RIDZUAN
PUSAT PENTADBIRAN NEGERI

YAB DATO' SERI DIRAJA DR ZAMBRY ABD KADIR
MENTERI BESAR PERAK D.RIDZUAN


Negeri Perak berasaskan beberapa Jajahan yang disatukan bermula di Tahun 1528 apabila anakanda Sultan Melaka ditabalkan menjadi Sultan Perak Pertama di Tanah Abang, Mukim Lambor Kanan, Perak Tengah.

Bermula dengan keluasan beberapa belas ekar kawasan yang diberi oleh Maharaja Lambor, Paduka Sultan TELAH MEMBELI tanah Pak Kaduk dengan menggunakan EMAS yang dibawa bersama semasa memasuki Kuala Sungai Perak. Pembelian itu membolehkan Paduka Sultan menguasai sepenuhnya TEBING KANAN SUNGAI PERAK bermula dari Beting Beras Basah hinggalah ke Sempadan Kerajaan Reman di Lenggong, Perak. Selepas itu bermulalah penyatuannya. Penyatuan Jajahan Perak yang dimaksudkan adalah :-

A.  JAJAHAN LAMBOR 
      -   Ketua : Maharaja Lambor (JUMUD)
Daerahnya : Tebing Kanan Sg Perak
Utara - Selatan > Bagan Datoh -  Sayung -Sempadan Reman
Timur - Kinta dan Batang Padang
Barat - Sungai Perak
Penduduk-penduduknya
1.   Penduduk Kampung Tua, Lambor Kanan.
2.   Pengikut Rombongan DiRaja.
3.   Kaum Asli Keturunan Senoi dsbnya.

B.   JAJAHAN TEMONG (Tebing Kiri Sg Perak)
      -   Ketua : Tok Temong (Perempuan) (JUMUD)
Daerahnya : Kayan - Kuala Kangsar - Sempadan Reman

C.   JAJAHAN JANIN 
Ketua :  Tun Saban 
        (Meninggal terbunuh oleh Megat Terawis di Tanah Abang)
Daerahnya : Kerian dan Larut Matang, Selama

D.   JAJAHAN BERUAS
Ketua : (Maaf ... tak dapat dikesan)
Derahnya : Dari Sempadan Manjung - Janin

E.   JAJAHAN MANJUNG
Ketua : (Seorang Perempuan) (JUMUD)
Wakilnya : Penghulu Kasim
Daerahnya : Lekir, Sitiawan dan Lumut
Terserah kepada Inggeris di Tahun 1874 dan dikembalikan pada Tahun 1937

F.   KERAJAAN REMAN
Ketua : Raja Reman (rujuk Kerajaan Reman) digantikan dengan Penolong Residen British
Daerahnya : Lenggong - Pengkalan Hulu.
Asalnya Jajahan Siam. Menjadi jajahan Perak secara rasminya di Tahun 1909 atas USAHA BRITISH dan Menteri Luar Siam (juga berbangsa Inggeris) lalu diletakkan seorang Penolong Residen di sana untuk menjadi Pentadbirnya.

Setelah Merdeka, Menteri Besar Perak lebih tertumpu kepada Pemimpin dari Jajahan Reman dan Janin kecuali ERA Ramli Ngah Talib dan Dr Zambry Abd Kadir. 


ERA DR ZAMBRY ABD KADIR

Apabila berlaku sesuatu perubahan Pentadbir, maka akan berlakulah PERUBAHAN SEUMPAMANYA. Kalau dahulu HUJAN di kawasan A sudah tentu sekarang HANYA GERIMIS SENJA begitu juga sebaliknya kalau dahulu LAUKNYA BAWAL sudah tentu yang sekarang HANYA  BELUKANG ARUS. Kalau dahulu BMW sekarang mungkin HANYA PERSONA. Dah jadi LUMRAH DUNIA ... begitulah. 

Keadaan ini bertambah RUMIT lagi apabila Dr Zambry menubuhkan YBUDR (AMAT BERFUNGSI) di mana SELURUH MASALAH RAKYAT PERAK YANG MEMERLUKAN KEMUDAHAN DAN BANTUAN cuba diselesaikan oleh pegawai-pegawai badan ini tanpa sekatan dan banyak birokrasi. Sebelum ini, tugas ini DILANGSAIKAN OLEH PEMIMPIN TEMPATAN MASING-MASING tetapi kemungkinan berlaku "HULUR TAPI TAK SAMPAI KE TANGAN", "BERI TAPI TAK MEMBASAHI TEKAK", "BANTU TAPI TAK DAPAT BERTEDUH" disebabkan MANUSIA INI BERBAGAI RAGAM.


RAGAM-RAGAM POLITIK

Kemungkinan selama ini, acap tahun Pemimpin  atau Tokoh Tertentu menerima "HABUAN BERMUSIM" atas alasan JAGA ANAK BUAH tetapi ERA DR ZAMBRY ... "JARANG-JARANG" atau "KADANG-KADANG" berlaku.

Jestru itu, atas rasa tak puas hati, beberapa CERITA, ANDAIAN dan SPEKULASI dilontarkan kepada UMUM yang menyatakan bahawa "DR ZAMBRY AKAN KE PARLIMEN atas alasan ... bla ..bla ..bla .. BLA ..BLA ..BLA" (mengikut kesesuaian pendengar) hingga NYARIS BERLAKU PERGESERAN di antara TOKOH-TOKOH UMNO Negeri Perak. Alhamdulillah ... AMAN KEMBALI.

APA SILAP SALAHNYA DR ZAMBRY?

Kemungkinan Menteri Besar Perak, Dr Zambry Abd Kadir tidak mempunyai CIRI-CIRI SEBELUM MB SEBELUM ini kerana beliau hanyalah ....
1.   Anak Nelayan Pantai
2.   Mamak (maaf bukan untuk menyindir)
3.   Bukan ahli Kumpulan KB (G6, G7 dsbnya)

Tambahan pula, BN Perak dianggap PERAMPAS KERAJAAN oleh Pihak Pembangkang menambahkan lagi SUARA KURANG ENAK. Maka keluarlah kenyataan yang pernah kita dengar .....
1.   MB HARAM
2.   Metalik
3.   Kayakan Kroni sahaja
4.   Memakmurkan Manjung sahaja.

HINGGA TERKELUARLAH KENYATAAN "DR ZAMBRY AKAN BERTANDING PARLIMEN DI PRU 13 INI" SAMA ADA DI PARIT BUNTAR ATAU KUALA KANGSAR?

Suara-suara SUMBANG ini bukan saja digebangkan di dalam negeri Perak bahkan di merata Lembah Kelang kerana kemungkinan KURANG DILAYAN KEHENDAK MEREKA YANG SELAMA INI "SELALU DILANGSAIKAN".

Oleh itu, saya SELAKU ANAK KETURUNAN ASAL NEGERI PERAK (MAHARAJA LAMBOR) ingin mengambil kesempatan menyatakan ....... SUDAHLAH ... BIARKAN DR ZAMBRY ABD KADIR MENTADBIR PERAK INI dan TUGAS KITA UNTUK MEMPASTIKAN BARISAN NASIONAL BERJAYA MERAMPAS KEMBALI PERAK DENGAN MEMENANGI KERUSI DUN DAN PARLIMEN DALAM PRU 13 NANTI.

Jika ANDA atau BOS ANDA tidak terpilih sebagai Calon BN, jangan cuba SEBOTAJ kerana TAK ADA GUNAnya melainkan HANYA DAPAT MELUNASKAN NAFSU KESUMAT SAHAJA.

Jangan anggap NEGATIF atau ADA UDANG DISEBALIK MEE SEGERA di atas apa yang saya tulis ini malah janganlah anggap saya MEMBODEK  ..... kerana saya tak pernah ...
1.   Diberi Projek (memohon pun tak ada)
2.   Dihantar melancong
3.   Diberi Elaun
4.   Diberi Pangkat
5.   Diberi Ganjaran dsbnya.

Tujuan saya hanyalah .... 
TAK LALU LAGI MENGHADAPI CABARAN
SEBAGAIMANA KEKALAHAN PRU 2008.


AKHIR SEKALI .....

Saya ingin menasihatkan diri saya dan juga "INSAN DI SEKELILING DR ZAMBRY" agar bermuhasabah diri kerana ... ANDA SENTIASA DIPANDANG, DIPERHATI, DIKAJI DAN DIKIRA, DIINTAI DAN DISELAK, DIBODEK dan DIAMPU dan JALANKANLAH TUGAS SEBAIK MUNGKIN dan MANA-MANA (BUKAN SEMUA) YANG SUDAH KETERLANJURAN .... TARIKLAH "GEAR GOSTAN" .... kerana KITA HANYALAH MANUSIA BIASA .... TAK LARI DARI KESILAPAN. JANGAN DISEBABKAN KITA ... DR ZAMBRY DIPERTUDUHKAN SEDEMIKAN RUPA. "HANYA YANG MAKAN CABAI SAHAJA TERASA PEDASNYA". YANG LAIN ... ABAIKAN SAHAJA KENYATAAN SAYA INI.


HUBAYA-HUBAYA


WALLAHHU 'ALAM



No comments:

Post a Comment