Pages

Sunday, 17 June 2012

PRU 13 : LAMBANG BN AKAN DIBERIKAN KEPADA TOKOH PILIHAN (BUKAN BN).

Pernah dalam sejarahnya, seorang Pemimpin Tempatan yang BUKAN BN menggunakan Lambang BN untuk bertanding sebagai CALON BN seperti Allahyarham Hj Hassan Adli, Mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di dalam PRU 1978. 

Petikan dari Wikipedia Bebas.

Dato Hassan Adli Mohd Arshad ('Pak Aji') (lahir 17 April 1929 di Mekah ) merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Bagan Datoh, negeri Perak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.

Bagi menghadapi PRU 13 ini, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku dengan JUMLAH YANG BESAR di seluruh pelusuk negara.

Ini mungkin akan menyebabkan KEMARAHAN PARA PEMIMPIN BAHAGIAN walaupun mereka tahu bahawa KPI mereka AMAT RENDAH berbanding dengan KPI PEMIMPIN YANG TERPILIH. Tetapi, bak kata orang tua-tua ... BURUT dan UNTUT sahaja yang ditolak oleh kebanyakan manusia terutama para pemimpin yang MEMENTINGKAN PERIBADI SENDIRI.


Oleh itu, bersedialah kita menghadapi SITUASI PEMBERONTAKAN yang akan dilakukan oleh PARA PEMIMPIN PARTI khasnya yang berhajat sangat nak jadi Calon atau pun sedang memegang ADUN atau MP beserta dengan KRONI MEREKA. 


Saya berani menyatakan di sini bahawa, MP dan ADUN yang ada, jika  KPI mereka  rendah, eloklah di SINGKIRKAN kerana jika dipilih lagi  :- 

1.   BN KALAH SEBELUM BERTANDING.
2.   MENYESAL TAK BERGUNA.
3.   PEMBERONTAKAN MEREKA BERSIFAT SEMENTARA.
4.   TIDAK SUKAR PEMBANGKANG NAK BERKEMPEN.
5.   MENGENALPASTI SIKAP SEBENAR PARA PEMIMPIN.

Apa akan terjadi, jika BN bukan lagi Majoriti di Negeri tertentu dan Negara khasnya ?. Nak fikirkan merekakah atau nak fikirkan Negara ?.


TOKOH YANG AKAN GUNA LAMBANG BN .... Kilk Di sini

Saya tidak termasuk dalam Senarai Calon atau pun Memilih Calon akan tetapi sebagai Pemerhati Politik Tempatan sejak PRU 1969 lagi .... terpanggil saya untuk menyatakan begini walaupun PAHIT RASANYA. Saya tak mahu nanti , akan berlaku  KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI ... Klik Di Sini

Bagi kami yang HANYA ORANG UMNO, berada di luar gelanggang adalah BIASA tetapi bagaimana pula kepada AHLI UMNO/BN. Tetapi tindakan saya yang mewakili ORANG UMNO/BN ini hanyalah bertujuan  untuk mengelakkan BN KECUNDANG sebelum UMNO/BN KARAM DISEBABKAN ..... MUSIBAH DALAMAN.

Terimalah KENYATAAN PEDAS saya ini SEBELUM KITA TERCEKIK MATI disebabkan KEHALOBAAN PEMIMPIN TERTENTU. 

Sekian.

Ikhlas Dari Saya.


4 comments:

  1. Nak buat macam mano puluhan tahun orang cerdik tak masuk UMNO. Jadi UMNO sendiri tiada "WINABLE CANDIDATE". Terpaksa korban lambang untuk orang lain.
    Tapi kalau taroh katak-katak tu semula pun tak guna, gerenti kalah. Itu muka semua muka tak boleh laku.
    Ambil orang baru pun lagi tak guna. Tahun 2008 BN taroh penyandang pun lingkup juga.
    Nak buat macam mano den dah kato dah BN "NOT WINABLE PARTY"

    ReplyDelete
  2. Saya percaya Allah swt tu maha adil lagi maha pengasih serta penyayang dan pada PRU12 yg.lalu merupakan satu peringatan pada UMNO/BN yg.dilihat terlalu EKSKLUSIF lantas PERLU KEMBALI KEPADA KONSEP 5M. MENDEKATI , MESRA, MENDENGAR, MELAKSANAKAN, MENYELESAIKAN . Syabas para kepimpinan telah kembali kpd.landasan yang BETUL....TERUSKAN....UMNO Juga mempunyai ahli yg.PROFESIONAL....Cuma tidak memegang jawatan penting dlm. parti. INSYAALLAH dengan rasa rendah diri saya DOAKAN SEMOGA UMNO/BN akan berjaya Pada PRU13 nanti.....AMIN

    ReplyDelete
  3. Nak buat macam mana, dah terlewat dah. Masa terlampau suntuk. Mejoritinya telah buat keputusan nak undi parti mana. Jumlah atas pagar semakin berkurangan.
    Segalanya berpunca zaman Mahathir 22 tahun. Orang mula benci dan meluat dengan UMNO. Orang yang cerdik dalam UMNO dicantas, yang diluar dihalang daripada masuk UMNO. Segala penswastaan dan kontrak diberikan kepada kroni dengan rundingan terus. Ini buat orang meradang dan benci pada UMNO.
    Pak Lah cuba pulih, rakyat beri peluang tahun 2004. Pak Lah tak boleh buat apa-apa, bukan sebab dia lembab atau tidor. Teapi nak buat apa pun tak boleh duit tak ada, hutang yang dibuat oleh Mahathir dan Tun Daim terlampau banyak. Kontrak yang telah siap ditanda tangan zaman Mahathir untuk dilaksanakan terlampau banyak juga. Pak Lah tak boleh buat apa-apa kecuali colek sana colek sini apabila sedikit lebihan wang ada. Rakyat hilang keyakinan pada Pak Lah dan 2008 UMNO/BN lingkup.
    Najib naik pun sama sahaja. Tak boleh buat apa-apa. Duit tak cukup nak pusing. Duit habis pada subsidi dan kontrak penswastaan yang telah ditanda tangan. Projek bayaran tertangguh pun mula siap dan bayaran perlu dibuat. Najib boleh cuma main wayang kulit sahaja. Pusing sana pusing sini. Tapi tak menjadi, rakyat tahu kerana tiada kontrak baru atau projek baru dilancar dan dijalankan. Kalau ada pun kontraktor Kelas F sahaja dapat kontrak sikit-sikit. Itupun empat bulan satu projek ikut giliran apabila peruntukan suku tahun sampai. Tiap kali umum RM20 bilion sana RM20 bilion sini, tapi semuanya pelaburan swasta. Bukan duit kerajaan. Pelaburan swasta bukan terjamin dibelanjakan, cuma janji mulut dengan kerajaan sahaja. Kalau tak untung atau rugi mereka cabut lari.
    Apa Najib boleh buat beri sana RM100 sana RM200. BRIM RM500. Itupun tak dapat nak redakan hati rakyat kembali sokong UMNO. Muhyidin pun cadangkan supaya beri RM500 untuk BRIM2 untuk pujuk rakyat kembali pada UMNO. Keadaan nampak susah, ada penerima kata beri kita RM500 depa kebas bilion-bilion. RM500 bukan duit UMNO itu duit kita sendiri kenapa nak sokong UMNO.
    Kalau ini dapat dipulihkan sebelum PRU13 ianya amat sukar untuk rakyat kemabali kepada BN

    ReplyDelete