Pages

Monday, 18 June 2012

KAKITANGAN KERAJAAN SOKONG PEMBANGKANG ... BUKAN PERKARA BARU.

Kita sering diwar-warkan dengan berita MANTAN ................. SERTAI PAKATAN PEMBANGKANG. Ini tidak menghairankan aku sebabnya .... aku pernah menghadapi keadaan yang lebih teruk lagi yang melibatkan PEGAWAI KERAJAAN BERTARAF TINGGI ketika menjadi JENTERA PRU BN  KETIKA MEREKA MASIH BERKHIDMAT.

MANTAN PENGARAH PELAJARAN PERAK
JOIN PAS

TOKOH GURU NEGERI PERAK 2012
JOIN PAS
SAMBUTAN HARI GURU PAS PARIT
(ADA MANTAN PENGETUA TU ... APA DIBUATNYA?)

Berikut aku senaraikan beberapa peristiwa untuk MAKLUMAN dan  PENGAJARAN kita semua. MAAF KEPADA NAMA YANG AKU PAPARKAN .... kerana "KALAU KAMU BERANI MENCINCANG .... KAMU KENA SANGGUP MEMIKULNYA", begitu juga aku "AKU AKU BERANI CINCANG, AKU KENALAH SANGGUP PIKUL".

PRU 1999 DI PARLIMEN LUMUT.
Aku sebagai Penyelaras Parlimen P074 dilantik oleh Ketua Bahagian sebabnya aku pernah jadi S/Usaha Bilik Gerakan N39 Bota di PRU 1995, dia nak pinjam pengalaman aku dan 

Selepas itu aku dijemput dan dilantik Ketua Operasi TEBUS Parlimen Parit 2002 - 2004 oleh Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit, sebabnya PARIT KALAH 3 - 0.

Kesemuanya itu TANPA BAYARAN .... PERCUMA ... FREE OF CHARGE .. dalam ertikata lain (AKU TANGGUNG LER).

1.   PEJABAT DAERAH/TANAH MANJUNG : PRU 1999
ADO :  Jom kita pindah rumah.
AKU :  Nak pindah ke mana, kamu yer ler banyak tapak rumah, aku tak ada langsung.
ADO :  Takkan kamu tak dapat ....
AKU :  Kalau aku dapat, takkan teman pindah ke Manjung ni.
ADO:  (Ngangguk) Aku maksudkan ... jom ler sokong PKR.
AKU :  Kome ni bukan ker Pelaksana Dasar ....
AKU :  Nama mike dah masuk senarai. Tolong SLOW SIKIT.



2.   PEJABAT DAERAH/TANAH MANJUNG : PRU 1999

AKU : Nama mike dah naik .... tolonglah kurangkan sikit.
ADO : Yer ker .... 


3.   PEJABAT LEMBAGA AIR PERAK : PRU 1999
Beberapa hari sebelum Hari Mengundi
LAP : Cikgu, deme nak potong meter ayor, ada lebihkurang 700 rumah yang akan dihantor NOTIS. Lepas tu, ada satu Taman tu ... sengaja tak disambung MAIN PIPE.
AKU : Ok .. Terima Kasih bebanyak.
AKU : (Telefon pihak berkenaan ..... mintak tangguhkan)

4.   PEJABAT TNB : PRU 1999
      Atas meja di Lobbynya terdapat HARAKAH ... bukan 1 set .... banyak ... boleh dikatakan setiap penjuru.

5.   PEJABAT TLDM, LUMUT : PRU 1999
Semasa Menteri Pertahanan (Tun Abdullah Badawi) nak berucap di Stadium TLDM
TLDM : Minta Nama, No. KP dan Nombor Kereta siapa yang nak masuk Stadium.
AKU : Takkan YB Dun Pangkor pun hendak teruk2 betul.
TLDM : Ini Prosedur tuan, saya mengikut perintah.
AKU : Cina angkut Sisa Nasi tu ada minta kebenaran ker ?
AKU : (Letak telefon)

Kerana aku dah tau .... Pegawai TLDM ada mengadakan Jamuan Khas untuk Calon PKR di dalam Bilik Dewan Siddiq tapi kenapa YB DUN Pangkor terlalu ketat tapi aku akur kepada PROSEDUR.

Tun Abdullah Badawi (Menteri Pertahanan) disorak dalam Stadium TLDM sementara aku hanya dapat membekalkan penyokong BN dari  Dorkyard dengan kerjasama Ismail Mokhtar (AJK Bahagian Kuala Kangsar)

JENTERA SPR (UNDI POS)
Peristiwa 1 : PRU 1999 - P074 Lumut
Mengikut cerita Mat Nor Kingkong (MNKK), Kg Deralik.
MNKK : Kamu aku tumbuk karang. Kira balik kertas undi tu.
Bila dikira .... BN = 12 (sestapler) BA = 8 (sestapler) .. setiap stapler dikira 10. 

Peritiwa 2 : PRU 2008
Undi POS P074 Lumut (KELUAR MENGUNDI) KURANG berbanding dengan  UNDI POS DUN-DUN lebih kurang 500 undi. Mana hilangnya ..... SEMAK KEPUTUSAN PRU 12.

PEJABAT PENDIDIKAN MANJUNG
(Pegawai Yang Terlibat semuanya dah bersara ... tak ndak masukkan pasir ke periuk nasi mereka)


PERISTIWA 1.
TPPD : Kamu ada kebenaran ker berpolitik ni?
AKU : Saya dah mohon sejak dulu lagi ... tak ada jawapan, Lagipun saya bukan sokong pembangkang.
TPPD : (BENGANG) Saya akan catat dalam diary saya.
AKU : Silakan.
(Walhal ... kawannya baiknya ... jadi WAKIL CALON PKR. Diberi Borang Cuti Tanpa Gaji selepas PRU dan diluluskan secara Back Dated ... sebabnya MEREKA SEALIRAN = BA)

PERISTIWA 2
Di sebuah gerai di ASTAKA, SITIAWAN  semasa orang lain pergi ke Tempat Penamaan Calon
TPPD : Kenapa kamu masih ada di sini patutnya kamu dah
             pergi dah semalam.
AKU : Takkanlah hantar saya seorang aje yang kena kursus. Takkan orang lain.... saya dah bagi tau saya tak dapat pergi.
TPPD : Kamu ingkar perintah, kamu tau tak (marah).
AKU : Perintah taik kucing abendenye tengah2 PRU ni buat kursus (aku lawan sebabnya dia marah aku di depan orang ramai).


Aku tau, dalam meeting Bekas Pelajar Izzudin Shah Manjung nama aku naik bersama dengan nama Nafis Bodin (Tok Sidang Telaga Nanas) ..... "Kita kena jaga mereka berdua ni" ... itulah keputusannya dan tempat meetingnya pun aku tau.

Lepas PRU, aku ditukarkan ke Sekolah Paling Kecil di Manjung     hingga menyebabkan aku TAK DAPAT NAIK PANGKAT dari DG32 ke DG34 SECARA AUTOMATIK hingga kini aku masih DGA32 walau pun aku :-
1.  Jadi Guru Besar sejak Dis 1988.
2.  Lantikan DGA32 sejak Mac, 1993
3.  Guru Inovatif Pertama Negeri Perak (1993)
4.  Pencapaian Cemerlang UPSR - Nombor 1 Perak (2004)

TPPD berkenaan sudah pencen ... sekarang meneruskan hobinya MEMIKAT MERBOK di sekitar Ayer Tawar.

PERISTIWA 3
Dikenakan TINDAKAN TATATERTIB kerana dituduh "MENINGGAL TUGAS selama beberapa lama".
Tuduhan ini benar ...( AKU AKUR)  tapi kenapa :-
1. Cuti aku tidak diluluskan padahal aku minta.
2. Kenapa tak diberitahu awal2 ... tak lulus ... dah 2 bulan baru aku tau tak lulus (salah aku ... tak tunggu kelulusan).
3. Kenapa CUTI REHAT AKU dimasukkan sama dalam pertuduhan KSU Kementerian tak tengok langsung Rekod   Cuti aku semasa buat pertuduhan ... dia pencen nanti aku  akan claim balik ... banyak oiii ... aku dah bayar habis)
4. Kenapa yang SOKONG PEMBANGKANG ... depa beri BORANG CUTI selepas PRU ... terus lulus.

TAN SERI AMRIN BUANG
MANTAN KSU KEMENTERIAN PENDIDIKAN
(LANGSUNG TAK TENGOK KAD CUTI AKU PUN)
KALAU AKU SAMAN ...   MALU OIII

Jadi,kesimpulannya .... KALAU MANTAN TU ... APA ADA KESAH NAK JOIN PEMBANGKANG .... BIORKAN LER ... KAMI LAGI SERONOK .... sebabnya ... DAH TERBUKAK TEMBELANG selama hari ni.

Jadi, kepada Penyokong Pakatan Pembangkang yang KENA USIK SESIKIT TU ... TAK USAH LER MERUNGUT ... kalau setakat DITUKARKAN apa ada masalah ... 
terima sajalah .... 
KALAU BERANI CINCANG ... KENALAH BERANI PIKUL
JANGAN LER DAYUSSSS

PERISTIWA YANG AKU PALING GERUNI NANTI BILA AKU DAH PENCEN. TETIBA DATANG CUCU AKU BERTANYA.

Di antara soalan  YANG DIJANGKAKAN dan jawapan aku :-
CUCU : Tok Pencen dulu sebagai apa ?
AKU : Penolong Kanan aje.
CUCU : Bukankah Tok dulu pernah jadi Guru Besar, kenapa TURUN PANGKAT pulak ?
AKU : Tok kena tangkap .... itu pasal Tok turun pangkat.
CUCU : Apa salah Tok hingga kena tangkap.
AKU : (Garu kepala .... nak jawab tentu berkaitan dengan UMNO/BN .... nanti depa TAK AKAN SOKONG UMNO/BN pulak ....)  .... mana tongkat Tok tadi ... Tok nak terkencing sangat ni.

Keesokan harinya .....
CUCU : Berapa kali Tok turun pangkat ... Opah cakap 3 kali.
AKU : Betul ler tu ... sekali Tahun 1997 lepas PRU 1995, kali ke 2 Tahun 2000 lepas PRU 1999 dan penghabisnya Tahun 2007 lepas PRU 2004 (aku dah terlepas cakap ....).
CUCU : Apa pasal setiap kali  PRU Tok turun pangkat?.
AKU : Tak tau ler ... (garu lagi .... apa aku nak jawabkan)

Minggu Depannya.
CUCU : Tok .... kenapa Menteri tak tolong Tok?
AKU : Tok mana ada berkawan dengan Menteri.
CUCU : Susah sangat ker nak jumpa Menteri tu ... kalau Tok jumpa Menteri tentu Tok jadi Guru Besor balik.
AKU : (Garu kepala.... betul jugak ... kenapa aku tak jumpa?)
AKU : Tok tau tau di mana alamatnya ....
CUCU : Tok tipu.

APA PANDANGAN CUCU AKU TERHADAP UMNO/BN?. Aku risaukan ... cucu-cucu aku akan berkata.

CUCU : Apa guna Tok sokong BN kalau dah macam tu.
CUCU : Kami tak sokong BN Tok. Tak ada faedahnya.
CUCU : Buat apa lagi Tok simpan bendera BN tu lagi.
CUCU : Tok tak usah ler undi BN tu lagi ... bukan depa ada tolong Tok pun. Lebih baik duduk rumah saja.

Tentulah aku akan MENANGIS SEORANG DIRI ... ndak dimarah .... kadang2 betul cakap mereka tu.

Wallahhualam.

6 comments:

  1. Syabas tuan...kalau dah berani tanggung beranilah terma akibat kan??? Tuan jantan sejati...bukan ayam jantan kahkah...tahniah

    ReplyDelete
  2. Cikgu Lin,

    Saya boleh senaraikan beberapa nama cikgu yang ada di Manjung ni tapi menghentam kerajaan di fb macamlah deme ni kasyaf, tak boleh disentuh atau dikenakan tindakan.

    Bukan nak jadi batu api, tapi sedih dengan 'title' cikgu tapi pemikiran dipenuhi hasad dan prejudis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu .... kita dah biasa dengan mereka.
      Biarkan mereka dengan dunia mereka .... Luncai dengan Labu-labunya.

      Delete
    2. Seorang tu ... Baba Gandhi ... dah hilang entah ke mana sejak keluarkan statement tentang Sultan Johor tempoh hari.

      Delete
  3. Cikgu baru kena sikit dah melalak melolong
    Kita orang 54 tahun kena siang-malam tak bising pun
    Kena tukar ke Sabah Sarawak perkara biasa
    Ditukar ke Sekolah Orang Asli Kelantan Pahang biasa aje
    Lagi kuat kempen kita orang
    Deraf surat tak bunyi UMNO pun tak dapat naik pangkat
    Pun duduk diam-diam aje.
    Yang bodoh bangang kaki bodek UMNO melambung-lambung naik pangkat
    Itu rezeki mereka

    Cikgu
    Kita berusaha
    Rezeki dan berapa banyak dapat Allah tentukan
    Jadi kami redho dengan apa yang kami dapat
    Tapi nak bersyukur dengan UMNO jauh sekali
    Rezeki itu hak Allah bukan hak UMNO

    ReplyDelete