Pages

Tuesday, 26 June 2012

AKU DIHALAU DAN DIHINA BAGAIKAN ANJING KURAP SEWAKTU JAMUAN KEMENANGAN BN


"Cikgu nak ke mana?" tanya mereka.
"Nak masuk dewan ler" jawab aku ringkas.
"Cikgu tak boleh masuk" kepung mereka di hadapan Dewan SMKDARY tatkala semua orang menyambut KEMENANGAN BN DI PRU 1995. 


Aku masih ingat lagi muka mereka dan ada sebahagiannya,aku sendiri yang menapis kemasukan mereka ke dalam UMNO disebabkan kes-kes tertentu seperti BEKAS S46 dan sebagainya.


Aku agak terkejut, kenapa aku selaku Setiausaha Bilik Gerakan BN DUN Bota tidak dibenarkan masuk .... atas arahan siapa?. Hati aku bertanya-tanya ....."Oh! ini mesti ada yang tak kena ni" hati kecilku berbisik.


Aku telah mengambil keputusan untuk tidak melawan untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk, lalu aku duduk di kantin sekolah, kebetulan kantin berkenaan di hadapan pintu masuk dewan keseorangan sementara orang lain MERAIKAN KEMENANGAN di dalam dewan.


Apabila program tamat, Tan Seri Ramli Ngah Talib(Mantan MB Perak) serta VVIP keluar dari dewan sambil bersalam dengan tetamu. 


Dia ternampak aku dan datang ke arahku. VVIP, VIP dan tetamu yang hadir bertumpu ke arah aku. Aku nampak tu. Mereka yang mengepung aku sebelum ini ... diam tak bergerak. Aku bangun lalu berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Aku hanya bersalaman dengan beliau sahaja .... yang lain tak ada pun menghampiri aku. 


"Kenapa tak masuk dewan?" tanyanya sambil kami bersalam.
"Deme tak bagi masuk" jawab aku
"Kenapa?" tanyanya
"Entah .... tadi deme ada kata ... jangan menyibuk" jawab aku.


Berbulan-bulan, bertahun-tahun malah ada yang 15 tahun selepas itu baru aku tau KENAPA dan MENGAPA.


Jadi, aku perlu menjawab kembali TOHMAHAN yang telah dilemparkan dan mungkin dah tertanam dalam sanubari masyarakat UMNO Bahagian Parit .... bahawa ... CIKGU LIN TAK GUNA sebabnya ......


Juga, aku takut aku pergi dulu TANPA DAPAT MEMBELA DIRI .... jadi ... tidaklah perlu aku menceritakan nanti atau pun tidaklah nanti ANAK CUCU AKU TERPINGA-PINGA APABILA SEJARAH DICATATKAN ATAU DISEMBANGKAN .
GAMBAR HIASAN SAHAJA

Di antara soalan yang paling ngeri nak dijawab apabila aku dah bercucu dan dah petah bercakap ...
"KENAPA TOK PINDAH KE MANJUNG?"
"KENAPA TOK 3 KALI TURUN PANGKAT?"
"KENAPA TOK SOKONG BN?"


GAMBAR HIASAN SAHAJA

Selama ini ... tiada kesempatan macam sekarang disebabkan AKU TIADA PENTAS tapi sekarang .... MEDIA SOSIAL ini akan kujadikan PENTAS UNTUKnya.

PENDAHULUAN

PRU 1995 lalu aku dijemput oleh Azhar Adam untuk menjadi Setiausaha di Bilik Gerakan BN DUN BOTA yang terpaksa menyelia lebih dari 30 buah  Bilik Gerakan Cawangan.

Kenapa aku dipilih walhal AJK BIRO pun depa tak lantik aku selama ini?. Tak kisah ler tu .... aku terima dengan senang hati. 

Aku pun mula mengeluarkan simpanan aku iaitu DATA PEMILIH dan KEPUTUSAN PRU 1990 yang aku buat sendiri dengan menggunakan PROGRAM "FORMTOOL"  (selepas itu LOTUS dan sekarang EXCELL) untuk aku gunakan sebagai garis panduan.
Sebagai Setiausaha aku mempunyai dua orang BOS iaitu Ketua dan Penolong Ketua Bilik Gerakan yang sentiasa MENYIBUKKAN DIRI jadi Bilik Gerakan berkenaan terserahlah padaku apa yang hendak aku buat.


DIKEJUT OLEH CALON BIDAN TERJUN 

GAWATTTTTT dan GAMATTTTTT......  apabila Calon Parlimen Parit dipilih dari Bahagian Pasir Salak iaitu Pn Hjh Ainon Khariyah bt Mohd Abas (sepupu kpd Mantan MB Perak).

Beberapa Ketua Cawangan datang menerpa ke Bilik Gerakan dan cuba merosakkan PAPARAN AKU.

"JANGAN USIK" aku kata .... lalu aku tutup Bilik Gerakan dan terus meninjau .... MEMANG GAMATTTT. Semua data-data aku masukkan ke dalam kereta .... risau aku melihatkan gelagat Ketua-ketua Cawangan yang sedang mengamuk. Aku terus balik ke rumah.

Aku tak boleh tidur memikirkan.... "KENAPA BIDAN TERJUN .... BUKANKAH BANYAK PEMIMPIN TEMPATAN" kata hatiku.  Hatiku berbelah bagi .... sama ada nak meneruskan tugas atau nak meletakkan jawatan kerana ...


PERISTIWA SILAM 

Aku teringat peristiwa lama yang sungguh menyayatkan hati sewaktu Mantan MB menziarahi keluarga aku pada hari PEMERGIAN AYAHANDA MENGADAP ILLAHI .

"Mak .... ade ker bini MB sedekah ....." aku bertanya sekadar nak tahu.

"Tak ade .... ngape" tanya Mak aku yang masih dalam keadaan bersedih.

"Tak ade ape" jawabku pendek tapi dalam hati Allah sahaja yang tau .. "Takkan ler sekupang pun tak boleh nak sedekah " bisik hatiku.

Padahal di rumah bertuah inilah aku dan Allahyarham ayahandaku mengadakan khenduri dan memohon sembah kepada Al Marhum Paduka Seri Sultan Idris agar melantik beliau sebagai Menteri Besar.

"Ampun Tuanku, bagi ler orang tepi Sungai Perak pulak merase jadi MB ni takkan ler ..    " sembah ayahku .... Ramli duduk di sebelah kiri sementara Allahyarham Dato' Ismail Shah Bodin di sebelah kanan Al Marhum.
"Siapa" titah Al Marhum
"Tu ... Ramli tu" balas ayahku pendek.
"Entah .... tengok ler" titah Al Marhum

ITULAH AYAT-AYAT YANG MASIH AKU INGAT HINGGA KINI.

Itulah yang aku fikirkan .... sambil berjalan ke hulu .. ke hilir di dalam rumahku hinggalah ke subuh.
AKU NEKAD

Petang esoknya, aku terus ke Bilik Gerakan dan kembali bertugas. Itulah KEPUTUSAN yang aku ambil. Aku lupakan sementara PERISTIWA PILU demi KEMENANGAN BN dan aku tumpukan kembali tugas yang telah diamanahkan. 

"Mungkin ada HIKMAHnya" kata hati kecilku.

MALANGNYA ..... keputusan yang aku ambil menjadikan  TITIK PERMULAAN YANG MENYEBABKAN AKU DAN KELUARGA AKU MENDERITA HINGGA KE HARI INI.


KEPUTUSAN AKU MALAM INI

Malam ini, Aku catatkan beberapa peristiwa yang sebahagiannya aku pendam selama hari demi UNTUK MEMBERSIHKAN DIRIKU DARI TUDUHAN dan juga BOLEH DIJADIKAN PENGAJARAN DAN TELADAN.

Di sini, aku nyatakan TAJUK sahaja dan silalah rujuk pada LINK YANG BERKENAAN. Untuk makluman ..... link-link ini dalam proses pembinaan.
PERISTIWA SEDIH.

Jika ingin MELAYARI ... Sila Klik
2.  Calon BN Menang .... Hutang Aku Tak Mahu Bayor
3.  Jamuan Atas Restu Calon Parlimen Parit ditanggung sendiri.
4.  Menanggung Keraian Bilik Gerakan DUN.
5.  Dituduh SEBOTAJ CALON PARLIMEN.
6.  Dituduh SEBOTAJ MESYUARAT JENTERA PRU PARLIMEN.
7.  Pengumuman Mantan MB Perak menyebabkan aku TERINAYA ?
8.   Kenapa aku kena halau Semasa Jamuan Kesyukuran Kemenangan BN?
9. Tukar kereta kerana TAK MAMPU BAYAR ANSURAN BULANAN.
10. Tak dilantik langsung walaupun AJK Biro Bahagian.
11. Berpindah kerana TERLALU TERHINA.
12. Dipanggil untuk dibicara di MAHKAMAH.

DALAM KENANGAN

1.  Menerima Ucapan Terima Kasih dari Sahabat dan Penghargaan dari Mantan MB.
2.  Mewakili YAB MB berucap dan membuat MOU dengan Ketua Pemuda MCA Parit.
3.  Menerima RM500.00 dan RM250.00 dari Mantan MB
4.  Diberi RM500.00 untuk merehatkan diri oleh YB Belanja mrkp Tim. Ketua Bahagian
5.  Dapat mengenali SIKAP MANUSIA .... mana satu KAWAN, SAHABAT atau LAWAN.

Jadi di sini, ingin saya nyatakan bahawa ....

KEPADA NAMA YANG TERCATAT TERUTAMA YANG NEGATIF
BUKANLAH DISENGAJAKAN
AKAN TETAPI TUJUANNYA HANYALAH...
UNTUK MEMBERSIHKAN 
DIRI SAYA DARI FITNAH DAN PENGINAYAAN YANG TELAH SAYA TERIMA SELAMA INI
KERANA 
SAYA JUGA CUMA INGIN MENJADI
"INSAN YANG BERMARUAH"

OLEH ITU, RIBUAN KEMAAFAN DIPINTA.


TUNGGULAH CATATAN BERIKUTNYA

WALLAHHUALAM



9 comments:

  1. Umno bangsat. Zalim berbuat begitu pada orang bawahan.

    ReplyDelete
  2. Cikgu,
    Kalau dah macam itu buat apa tunggu dalam UMNO lagi
    Belah sahajalah tinggalkan UMNO tu

    Ditipu
    Dihina
    Dianiaya
    Dilaknat
    Nak tunggu lagi UMNO tu

    Tengok macam den
    Menang ke, kalah ke
    Tetap sama saja
    Tidak pernah ungkit-mengungkit
    Kami redho apa yang diperolehi

    Cikgu ingat UMNO nak dengar apa yang Cikgu kata
    Deme kata
    Anggor masam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu bukan ada buat apa pun agaknya .... nak diungkitkan apa

      Delete
  3. Tuan-tuan, orang yang dahulunya berperangai sedemikian didalam UMNO sudah ditapis keluar, dan sekarang majoritinya terlonggok dalam parti diluar UMNO. Situasi telah berubah ... orang yang merompak Rm3bilion pun dah keluar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ciikgu masih setia dlm perjuangan. Klau org lain dah tuko parti. Sebab itulah saya tak minat masuk parti. Saya tengok ditempat saya pun mcm tu. Yg buat kerja buka n ajk atau exco. Yg buat penerangan org yg x ada jawatan dlm parti Org yg cintakn agama.bangsa dan ng. bila ajak dema join mengata kita nak jawatan. Ape ni.. Bila kita kata tak akan tak buat apa2 untuk kawasan kita.Dema Kata yg bolej buat prgrm YB....... Aje.lita x ada duit. Bodoh betui. KlauYB balik muka dia le tersorong2. Geram.... . Saya nak bagi tau YB org mcm ini le yg buat undi YB kurang tahun 2008.

      Delete
  4. simak https://youtu.be/Ald07d_mTzE
    semoga membantu

    ReplyDelete