Pages

Tuesday, 26 June 2012

AKU BUKAN AYAHKU .....





SALAM


.AL FATIHAH 


28 SEPTEMBER  1987 PEMERGIAN ADALAH TARIKH  PEMERGIAN TAYAHANDAKU YANG TERCINTA MENGADAP ILLAHI..

Bersama Paduka Seri Sultan Perak

Lambor Kanan 25 SEPTEMBER, 1987:  

     Masa terlalu cepat berlalu, tarikh ini bersamaan dengan hari Khamis. Masa itu aku adalah Ketua Cawangan kampungku setelah mengalahkan Ketua Kampung dalam Pemilihan Cawangan di Tahun 1986 ketika aku baru berumur 29 tahun. beliau telah mengalahkan bapaku dalam pemilihan sebelumnya. TAK ADA SESEN PUN AKU KELUAR BELANJA UNTUK MENANG.

     Malamnya (Malam Jumaat) aku diarahkan oleh ayahandaku mengemaskan kabinet besinya yang dah sekian lama tak pernah terusik. Mana yang perlu disimpan di ketepikan dan mana yang tak perlu dimasukkan ke dalam bekas sampah.

     Sambil menyemak dia berpesan-pesan lagi kepadaku  kepadaku. Di antara pesanannya sebelum dan sehingga malam itu yang aku ingat adalah :-

1.   "Tengkok kamu tu ada tahi lalat ... selalunya jadi hamba orang. Jaga-jaga".
2.   "Jangan jadi ayam betina, jadilah ayam jantan tapi bertambat kaki".
3.     "Dalam buku semua ada".
4.    " Buku tebal belum tentu boleh baca. Rumah besar belum tentu boleh duduk. Duit banyak belum tentu makan sedap. Isteri cantik belum tentu dapat cinta. Kereta besar belum tentu boleh bawak".
5.     "Jangan tunjuk kuat ... nanti jadi KULI".
6.     " 10% dari gaji atau pendapatan kamu bukan hak kamu. kalau gaji, pulangkan kepada anak murid. Kalau lain bagilah kepada kawan-kawan yang membantu".
7.     "Jika saudara atau kawan kena tangkap ... pergi tebus, walaupun bergadai golok atau terjual tanah limbah ... kecuali kes DADAH, MENCURI DAN BETINA".
8.     "Jaga-jaga dari lelaki LOMPAT GAGAK".
9.     "Jaga-jaga dari lelaki KEPALA GONDOL tapi DADA SETOMPOK BERBULU". 
10.     "Jaga-jaga  dari orang yang KETIKA BERSEMBANG DENGAN KITA .... KITA ASYIK MENGETUK MEJA atau KAKINYA BERGOYANG-GOYANG".

     Itu saja yang aku masih ingat hingga kini tetapi SERING AKU TERLANGGAR pesanan-pesanannya ini maklumlah kita HANYA MANUSIA BIASA.

     Kami terus menyemak .... lalu terjumpa dengan BIODATA EN. NASARUDIN HASHIM (tulisan Jawi) .... lalu dia berpesan padaku malam tu.

1.     " Satu hari esok, kamu pastikan Man Buti ni (nama panggilan YB Dato' Nasarudin Hashim,  DUN Bota) dan Cikgu Ri (Dato' Che Ri Md Daud .. ADUN Bota 2004 - 2008) jadi  calon .... kalah menang itu cerita lain ". 
-     Ternyata kedua-duanya jadi Calon BN di PRU 2004 .... Nasaruddin Hashim Calon P069 PARIT sementara   Cikgu Ri Md Daud Calon N39 BOTA. Alhamdulillah ... kedua-duanya menang.

YBhg Dato' Che Ri Md Daud

YB Dato' Nasarudin Hashim
2.     " Besok ..... kamu pergi jumpa Najib ...sebelum tu kirimkan SALAM APAK kepada dia ... apak rasa ... dia akan ganti ayahnya satu hari nanti .... ajak dia balik ke  ??????? .... 
-     Hingga kini aku belum ada kesempatan untuk berjumpa secara peribadi dengan YAB PM hingga kini kerana aku adalah Golongan Marhain.

PESANAN TERAKHIRNYA MALAM TU

     " Esok kamu pergi bawak balik anak bini kamu ... apak nak jumpa ".
-     Masa itu isteri dan anakku tinggal di Ipoh kerana isteriku masih menuntut di Maktab Perguruan Hulu Kinta (KURSUS DALAM CUTI).
-     Malam esoknya ayahandaku bermain-main sambil menyanyi dengan anak sulongku yang baru berumur 1 tahun 10 bulan.

SERANGAN JANTUNG.

     Bapa aku adalah Wakil Pekebun Kecil Perak Tengah. Bermesyuarat di KL pada 28hb September 1987 .... bersama Allahyarham YBhg. OBJ Perak Tengah Dato' Setia Wahab. Ketika dalam dewan ayahandaku mengalamI SERANGAN JANTUNG.... lalu meninggal di Hospital.

     Beliau dikebumikan pada Hari Selasa bersamaan 29hb Sept 1987 setelah DIBENARKAN oleh Allahyarham YBhg OBJ Kinta Dato' Seri Azizul Hasan kira-kira pukul 10.30 pagi.
-     Aku telah bertekad .... pukul 11.00 pagi tak ada sesiapa yang sampai ... aku akan teruskan persemadian ayahandaku itu. Nasib baik WAKIL PADUKA TUANKU sempat hadir.

     Mantan Menteri Besar Perak (YBhg Tan Seri Ramli Ngah Talib) berkunjung kira-kira pukul 3.00 petang. Kira-kira 30 minit beliau dan isterinya beredar.
-     BAGAIMANA MEREKA DATANG, BEGITULAH MEREKA PULANG. Itulah perumpamaan yang dapat ku berikan kepada mereka sekelamin.

YBhg Tan Seri Ramli Ngah Talib dan Keluarga

BEKAS ASKAR MELAYU DIRAJA 

      Allahyarham ayahandaku adalah BEKAS ASKAR MELAYU (NO: 3405) dari BATALION KE 3. Masuk tentera disebabkan oleh "ABANGNYA DITANAM HIDUP-HIDUP OLEH MPAJA/PKM ketika mereka memerintah 14 hari (puncanya adalah disebabkan Allahyarham Datuk aku melarang gerombolan Komunis cuba merompak rumah jirannya. Kejadian itu berlaku di belakang SK Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Kg. Gajah".

Regimen Askar Melayu Di Raja

-     Banyak cerita berkenaan dengan Komunis yang diceritakannya kepada aku (aku adalah kawan dia bersembang berkaitan dengan politik dsbnya ... sejak aku berumur 10 tahun (1967) .... aku dah jadi pembantunya ... dia adalah Setiausaha Cawangan ... tak berapa cekap menulis RUMI.

-     Antara ceritanya :

     " Kami mengiringi  Tuan Abdul Razak bin Husin (PEGAWAI KERAJAAN .... sama ada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang atau Pegawai Daerah Temerloh)  mudik Sg Pahang dengan menaiki BOT PENERANGAN ... tiba di suatu kawasan ... keadaan amat mencurigakan .... semua diarahkan menjaga diri (berlindung) .... tetapi ... Tuan Abdul Razak masih duduk atas kerusinya .... ayahanda ku terus menyepak kerusi yang sedang didudukinya .... tak semena-mena sebutir peluru Komunis singgah ke kerusi berkenaan .... tapi Tuan Abdul Razak sudah jatuh lalu berlindung diri. SEJAK ITU AYAHANDAKU BERSAHABAT DENGAN ALLAHYARHAM TUN HJ ABDUL RAZAK BIN HUSIN .... MANTAN PERDANA MENTERI KE 2, MALAYSIA.

( Rujukan : Sebelum pengkebumian  Allahyarham Tun .... para pemimpin luar negara dan dalam negeri menziarahi jenazahnya .... "ORANG TUA" yang menemani JENAZAH TUN (berada di sisi jenazah sepanjang masa) ... ITULAH AYAHANDAku).
  
Allahyarham Tun Hj Abdul Razak bersama Keluarga
 
" JIKA KEKANDA YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK TERBACA PAPARAN INI, SAYA INGIN BERJUMPA DAN MENYAMPAIKAN WASIAT AYAHANDA SAYA .... SEBELUM TERLAMBAT ".
  
 Seluruh Negara Terharu Apabila Mendengar Berita
Permergian Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia ke 2
 
BEKAS ORANG BESAR PERAK

     Allahyarham Ayahandaku adalah BEKAS Orang Besar Perak yang bergelar TOK KOHOR ALAM. Pernah berkhidmat KE BAWAH DULI AL-MARHUM SULTAN IDRIS dan PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH.


-     Ketika berkhidmat Ke Bawah Duli Al Marhum Sultan Idris, baginda pernah menitahkan ayahandaku menghalakan dadanya. Ayahandaku terus berbuat demikian dan Baginda terus MENGHALAKAN  PISTOLnya dan terus menembak. Rupa-rupanya ... PISTOL SUKAN (PELURU KAPUR). Baginda terus gelak .... bapaku TENTULAH PUCAT MUKAnya.


     Mana-mana yang terbaca PAPARAN ini, saya memohon HALALkan apa yang TERMAKAN, TERMINUM, TERKASAR BAHASA, KETERLALUAN BICARA yang dilakukan oleh Allahyarham Ayahanda saya.


ALLAHYARHAM AYAHANDAKU
KETIKA BERADA DI PANGKUAN BONDANYA

     SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA. 


AL- FATIHAH . Amin.

3 comments:

  1. byak jsanya..alfatihah

    ReplyDelete
  2. ala cikgu..orng parit kenal la sapa cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka kenal aku melalui keburukan yang diceritakan TAPI mereka TAK TAU aku ......

      Delete