Pages

Wednesday, 21 September 2011

MELAWAN BRITISH BUKAN KERANA PERJUANGAN TAPI LARIKAN DIRI

Salam.
  
     Selama ini kita menganggap mereka adalah Penentang Jepun  dan selepas itu Penentang British berLANDASkan Fahaman masing-masing DEMI UNTUK MEMBEBASKAN MALAYA

     Akan tetapi, beberapa maklumat menyatakan MEREKA INI MELARIKAN DIRI DARI BRITISH DISEBABKAN MASALAH PERIBADI.

SIAPAKAH TOKOH UTAMA YANG DIMAKSUDKAN?


 IBRAHIM YAAKOB

Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - mati pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Iskandar Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.

Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Walaupun beliau merupakan tokoh pejuang di Tanah Melayu, tetapi rakyat Malaysia tidak terasa kehilangan beliau dan tidak mengetahui untung nasib tokoh hebat ini, tidak siapa yang peduli

Nama sebenar Abdullah C.D ialah Che Dat bin Anjang Abdullah. Lahir di Lambor Kanan, Parit , Perak Darul Ridzuan pada tahun 1916.

Beliau menyertai Parti Komunis Malaya pada tahun 1948 dan sejak itu berjuang dengan senjata di dalam hutan menentang penjajahan British di Tanah Melayu . Nama Tanah Melayu ditukar nama kepada Malaysia setelah bergabung dengan Sarawak dan Sabah pada tahun 1963.


     Abdullah C.D dilantik menjadi Komander Regimen ke-10 PKM mengetuai pasukan komunis Melayu bergerak di sekitar kawasan Narathiwat di sempadan Malaysia - Thailand dan di dalam hutan Kelantan, dan menerima arahan secara langsung dari pemimpin no 1, dari Chin Peng.


     Seperti juga Rashid Maidin dan Chin Peng, Abdullah juga berkahwin dengan gadis Cina yang juga menjadi ahli Parti Komunis Malaya.



Loi Tek adalah komunis berbangsa Vietnam dan pernah bersama dengan Ho Chi Minh di Hong Kong pada tahun 1930-an.

     Loi Tek pernah bertugas sebagai agen Perancis di Indochina Pernah juga dikatakan sebagai agen British. Kejayaannya menubuhkan sel-sel parti , telah dipilih menyandang jawatan Setiausaha Agung PKM sejak tahun 1939.

     Sumber lain pula mengatakan Loi Tek ini agen Jepun. Dia sangat bebas semasa zaman Jepun dan dbenarkan berulang-alik dengan motokar mewahnya di Tanah Melayu dan Singapura tanpa sebarang sekatan dan ancaman daripada askar-askar Jepun.

     Boleh jadi Loi Tek ialah agen serampang tiga mata.
Dapatlah disimpulkan bahawa Loi Tek adalah tokoh komunis PKM yang tidak boleh dipercayai. Ada kemungkinan ia menjadi agen British untuk melemahkan Parti Komunis itu sendiri.
TAMBAHAN

Lai Tek atau Loi Tek menjadi Setiausaha Parti Komunis Malaya sebelum Chin Peng. Beliau telah menghilangkan diri bersama dengan wang simpanan parti pada tahun 1947 

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army) diberi M$50,000.00 - M$70,000.00 sebulan  disamping WANG RUNCIT ejumlah 300 pound sterling sebulan semasa menentang Jepun di samping senjata dsbnya.

PETIKAN DAN PENEMUAN TERKINI
( Dari RAKAN FB )

....    antara anggota API yang lain menerima bantuan daripada Amerika dan british adalah Abu Sahid ( pak abu janggut, ahmad boestamam, pak sako ,abdullah CD dan dua tiga nama lagi . 

     Bila British dpt maklum mereka semua melarikan diri. Ibrahim yaakub melarikan diri ke indon dan buka bank dengan sukarno/ hatta. 

     Abdullah CD , samsiah fakih dan dua lagi masuk PKM lari ke hutan. Saya dengar cerita dari pak abu sendiri. 

     Dan saya pernah menjejaki bond yang dia punya . diberikannye pada anak engku nerang cucu tuanku abdul rahman.
 

     Pak abu beritahu yang paling banyak menerimanya adalah Abdullah Cd sebanyak 36 keping bond. selainnya ibrahim yaakub. 

     itulah sebab anggota API di buru olih british dan amerika. Utk pengetahuan bantuan diterima menerusi Ulama Agus Salim Idon semasa beliau merasmikan masjid washinton. 

     Ini dari cerita Pak Abu janggut sendiri. Beliau adalah AJK API Masa tu.


CONTOH BON YANG DIBERIKAN

BON BRITISH

 
BON AMERIKA SYARIKAT

 

AL FATIHAH KEPADA YANG TERKORBAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG  YANG JATIDIRI. 

Sekian. 

4 comments:

  1. che dat tu pangkat tok sedara teman...romahnye ada lg kat belakang umah mak bapak teman kat teluk sena....sapa2 nak tgk pegi le....walaupun dia sedara teman...idak le pulak teman nyokong perjuangan dia....idak le pulak teman numpang bangge....cume teman ngaku ajele dia sedara...itu aje.....bab perjuanagn tu dia punye hal....tapi kalau diambik kire mase sekarang kira tak bagus le...

    ReplyDelete
  2. Apa kurangnya dengan teman ... rumah teman ni seberang Bakong (Kg Tua) ... masa deme memerintah 14 hari tu ... disebabkan Tok teman menegor Kumunis nak merompak rumah Hj Mat Ali (jiran Tok teman) ... anaknya Tak bin Mat Said dan dua orang kawannnya ditangkap minggu depannya tu ... dibawa ke belakang sekolah SK pasir Kubu dan disuruh korek lubang sendiri. Seorang dapat melepaskan diri sementara bapak saudara teman dan seorang kawannnya ditolak dan ditanam hidup2. Masa tu, Cik Dat ler Ketua komunis di sana .... kawannnya Pak Abu Janggut ... (kawan baik Tok Teman) ... tapi Pak Abu tak ader ler perangai macam tu.
    Wallahhualam.

    ReplyDelete
  3. ate cg lin....sejarah dah mengatakan yg perjuangan komunis mmg bukan kerana nak merdekakan tanahair....tapi nak tukar dari kerajaan beraje kpd kesatuan komunis....bile dah jadi negare komunis....automatiknye kite pun jadi le mcm negare chine dan korea utara....pakai baju seragam...gantung gambor chin peng besor2 dlm rumah...mesejid,surau kene bakor....gaji duit kene bagi pd gomen....tak boleh ade rete bende....byk le lagi yg seronoknye kalau kite jadi negare komunis ni....mase ni org melayu dlm PKM pun tak boleh nak buat ape....deme pun kene ngikut....kate nak berjuang demi negare.....tapi ape yg dapat....bayangkan le kot mmg ini yg berlaku....kot2 le cg...deme nak merase pulak...

    ReplyDelete
  4. ALHAMDULLILLAH .... sebab ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete