Pages

Tuesday, 20 September 2011

IKAN BAKOR TANPA BARA API.

Salam.


PENDAHULUAN 
     Tahun 1984, aku dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh selama 9 hari disebabkan Penyakit Hipatitis B (kalau tak silap ler). 

     Doktor bertanya " Encik ada minum ?". 

     " Ada ... kalau tidak saya akan mati " aku jawab.

     " Bukan itu maksud saya ... maksud saya minum minuman keras" tanyanya lagi.

     " Tak ada " aku jawab pendek.

     Rupanya ..... beer dan minuman beralkohol adalah PANTANG BAGI PESAKIT KUNING ... (BAHAYA JIKA TERKENA PADA KAKI MINUM).

     " Ok ... encik boleh makan apa saja " katanya apabila aku bertanya .... apakah PANTANG aku.

     Apabila doktor itu beredar, datang beberapa orang Jururawat ... menarik tirai pemidang katil aku ... lalu mereka habiskan makanan aku semuanya. 

    Tercengang aku. Rupa-rupanya ... salah seorang dari jururawat itu adalah tunang kepada kawan sekampung aku, Cikgu Amir (Pensyarah Maktab Perguruan Hulu Kinta).

     TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MISI-MISI BERKENAAN.

Gambar Hiasan Sahaja
 
     " Cikgu tak bleh makan makanan berminyak ... APA SAJA YANG BERMINYAK, BERLEMAK ... JANGAN MAKAN" itu pesanan mereka. " Kalau tidak, Cikgu akan terus tinggal di Hospital ... mungkin juga kena bedah" sambung mereka lagi.

     Masa itu, seluruh badanku kuning termasuk mata dan air kencing. Pinggang aku dah tinggal 27 inci. Aku takut melihat muka aku di cermin hospital itu.

     AKU TURUTKAN APA YANG JURURAWAT ITU PESANKAN KERANA ADA LOGIKNYA. 

     Ada seorang pesakit yang sama penyakitnya dengan aku ... selalu beli makanan berminyak seperti mee dan bihon goreng dsbnya.(Sebulan selepas itu, apabila aku membuat susulan aku melawat dia .... aku tengok dia dah kena bedah ... doktor kikis kuning di dalam tubuhnya - (ISTILAH AKU SENDIRI).

    " Nasib baik " bisik hatiku.

     Disebabkan aku tak boleh makan makanan yang berlemak dan berminyak ... terpaksa aku mereka MENU AKU SENDIRI iaitu SOP, TOMYAM, BAKOR, REBUS dsbnya.
     Di sinilah aku MENEMUI ..... MENU-MENU ISTIMEWA UNTUK PESAKIT MACAM AKU ... AKHIRNYA PINGGANG AKU MENCECAH 38 INCI (HARI INI).


MENU 1 : IKAN BAKOR (TANPA BARA API)



1.     BAHAN
  •  Ikan
  •  Halia
  •  Bawang Putih
  •  Bawang Kecil (besar pun boleh)
  •  Cabai masak ( + Cili padi jika mau pedas).
  •  Daun Pisang (Pisang Awak paling baik)
  •  Garam 
    2.     LANGKAH-LANGKAHNYA.
    •   Siang ikan tanpa mengoyak perutnya.
    •   Halia, bawang, cabai  ditumbuk separuh lumat.
    •   Masukkan sedikit garam semasa menumbuk.
    •   Masukkan semua bahan di atas ke perut ikan 
    •   Balut ikan paling kurang 3 lapis dengan daun pisang.
    •   Letakkan ke dalam kuali dan tutup rapat-rapat.
    •   Buka api dapur GAS dan biarkan ia.
    •   Tutup api dapur apabila NAMPAK WAP KELUAR DI  KELILINGNYA.
    •   SEBELUM MAKAN ... BACA DOA MAKAN DULU ... hihihihihi


         
    SELAMAT MENCUBA



    No comments:

    Post a Comment