Pages

Monday, 20 December 2021

CUACA DI MALAYA PADA 18 DAN 19 DIS 2021 DARI PENERANGAN MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM

PETIKAN DARI
Tarikh : 19 Disember 2021 (8.51 am)

Mengikut tiupan angin dan taburan hujan yg dicerap sekitar pukul 8:40 pagi ini, Lembah Kelang telah tiada hujan dan matahari pagi bersinar terang.
Taburan kawasan hujan beralih ke utara dari Perak ke Perlis.
Manakala di Pantai Timur, hujan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Nampaknya, dari Lembah Kelang ke selatan tanahair akn beransur pulih.

PETIKAN DARI
FB Megat Hisemudin Megat Kasim
Tarikh : 18 Disember 2021 (10.35 am)

Cuba perhatikan tiga gambar ini.

Taifan Rai baru saja meninggalkan Filipina. Ia berada di antara Filipina dgn Vietnam. Dijangka pada 20hb iaitu Isnin membadai pantai Vietnam.

Walaupun taufan ini tidak secara langsung mengena sasaran kepada Malaysia namun kekuatan "libasan" ekor taufan membantu utk menguatkan angin timur laut yg sedia bertiup dari pendalaman China & Siberia.

Sekarang hujan yg lebat lebih tertumpu di PANTAI BARAT Semenanjung Malaysia berbanding di pantai timur.

Angin timur laut terhalang oleh Banjaran Titiwangsa lalu menghimpit ke Teluk Siam.

Angin yg masuk ke Teluk Siam membuat pusingan U lalu merentasi selatan Thailand terus ke Selat Melaka.

Mengapa angin ini buat pusingan U?

Ini kerana ia bertemu dgn angin timur laut yg bertiup dari DARATAN China, Indochina dan Thailand. Angin ini masuk melalui utara Selat Melaka menuju ke selatan.

Sekarang berlaku TEKANAN RENDAH di Selat Melaka di perairan Negeri Perak. Ia membentuk satu pusaran.

Tekanan rendah dan pusaran angin ini kemungkinan besar disebabkan oleh dua arah angin yg BERLAINAN kelajuan.

Angin yg membeluk pusingan U mempunyai kelajuan yg RENDAH, tetapi angin dari daratan China lebih LAJU. Maka pertembungan ini terjadi satu pusaran.

Sebab itulah hujan lbh tertumpu di Kedah, Perak dan Selangor.

PETIKAN DARI
FB Megat Hisemudin Megat Kasim
Tarikh : 18 Disember 2021 (8.56 am)

No comments:

Post a Comment