Pages

Thursday, 10 December 2020

BN GAGAL MENGUJI PRESTASINYA DENGAN GUNAKAN "USUL PERCAYA MB PERAK"


PN (PAS DAN PPBM) TIDAK MAHU
BN BERSEKONGKOL DENGAN PH


A.    LATAR BELAKANG

1.    DUN Perak dianggotai oleh :-

a)    BARISAN NASIONAL (25)
        - 25 ADUN 
b)    PERIKATAN NASIONAL (08)
        - 04 PPBM 
        - 03 PAS
        - 01 GERAKAN 

2.    PAKATAN HARAPAN (24)
a)    - 16 DAP
b)    - 05 AMANAH 
c)    - 03 PKR 

3.    BEBAS (2)
a)    ADUN Titi Serong 
b)    ADUN Tronoh 

B.
   ADAKAH USUL "PERCAYA MENTERI BESAR" SENGAJA DIRANCANG?

1.    Setelah KDYMM Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan YB Dato' Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar, saya beranggapan masalah selesai.

2.    Admin memberikan PENDAPAT PERIBADI mengenai ISU ini berdasarkan pengamatan, paparan media sosial dan maklumat tidak langsung dari pihak yang tak ada berkepentingan dalam parti.
- mohon maaf jika berlaku kekhilafan dan mohon pembetulan dan pencerahan.

YB DATO' ABD MANAF HASHIM
ADUN N36 PENGKALAN BAHARU (BN)

a).    Krisis ini direka begitu rupa oleh Pihak BN.

b).
    Usul Percaya didahulukan dari Usul Belanjawan 2021
        alasan-alasan yang diberi terlalu lemah dan kurang logik.

c)    Usul SOP (Aturcara Dewan) boleh diubah kembali dengan mendahulukan Usul Terdahulu (BELANJAWAN 2021) oleh kuasa Menteri Besar kecuali dibuat undi menghalang penggunaan kuasa berkenaan.

d).    MB dihalang oleh DUN untuk menggunakan kuasanya  menangguhkan (USUL UNDI PERCAYA) demi untuk membawa USUL BELANJAWAN 2021 yang lebih penting.
        di bawa oleh ADUN DAP
        - dan disokong oleh ADUN BN 

YB HOWARD LEE CHUAN HOW
ADUN N27 PASIR PINJI (DAP)


3.    Setelah MB gagal untuk menghalang USUL UNDI PERCAYA dijalankan dengan cara UNDI BELAH BAHAGIAN dengan :-

    - 10 SOKONG
    - 48 TIDAK SOKONG 
    - 01 ROSAK 
 


C.    KESIMPULAN 

1.    BN berjaya hingga menyebabkan MB tersungkur.
2.    Emej BN jatuh disebabkan :-
        -  BN nampak bekerjasama dengan DAP semasa (USUL SOP ATURCARA DEWAN)
        -  Terlalu ramai TAK SOKONG termasuk yang membawa usul (Netizen Simpati kepada MB)
3.    BN berjaya mengecewakan PAS
        -  Perlu diingat bahawa PAS adalah Rakankongsi PPBM di dalam Perikatan Nasional (sebuah parti yang berdaftar)


D.    RUMUSAN (BN GAGAL DALAM TINDAKANNYA)

1.    PAS dan PPBM berhak menunjukkan kemampuan mereka dengan TIDAK MEMBERI KERJASAMA di peringkat awal hingga BN terpaksa mengeluarkan KENYATAAN TAMBAHAN - bermaksud bekerjasama dengan ADUN-ADUN lain   
apabila keluar dari Istana Kinta selepas menghadap KDYMM Paduka Seri Sultan.
2.    BN berusaha mencari dan memujuk beberapa ADUN lain dan kemungkinan berjaya mendapat SEORANG ADUN BEBAS.
3.    Hingga saat akhir, BN hanya mampu mengumpulkan 26 ADUN dan masih memerlukan 4 ADUN lagi sebelum menerima beberapa orang ADUN PH (YANG TELAH BERSEDIA UNTUK MELOMPAT "SUKARELA" KE BN). 


E.    DEMI MENYELAMATKAN KEADAAN DAN GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL

Akhirnya, BN terpaksa mencari PAS dan PPBM untuk bekerjasama WALAUPUN dengan SYARAT-SYARAT BERKENAAN yang dikenakan kepada BN. 

1.    Perikatan Nasional telah memberi peluang kepada BN untuk bertindak sendirian tanpa menggunakan Muafakat Perikatan Nasional yang terbina sejak pengambilalihan dari Pakatan Harapan tempoh hari. 

2.    Jadi, atas alasan-alasan yang tertentu, semalam (9 Dis 2020) PPBM dan PAS sanggup bertemu dengan Pemimpin BN dan termetrilah satu PERSEFAHAMAN di antara BN, PAS dan PPBM di Kuala Lumpur.

3.    Di antara syarat yang dibincang dan dipersetujui adalah (ayat saya)  :-

1.    EXCO yang dilantik jangan digugurkan
2.    Lantikan di GLC diteruskan.
3.    BN perlu memohon kemaafan di atas SANDIWARA yang dilakukan.
4.    Petikan mesej Mantan MB kpd kepimpinan PPBM Negeri (saya dapat melalui whattsApp)

5.    AKHIRNYA ( INI SAYA TAMBAH SENDIRI )
        



HUBAYA-HUBAYA




No comments:

Post a Comment