Pages

Monday, 7 December 2020

ADUN-ADUN PAS, PPBM DAN BEBAS BAKAL KEMBALI BERGABUNG PERAK HARI INI


PN KEMBALI MENERAJUI
KERAJAAN NEGERI PERAK

A.    LATAR BELAKANG

1.    BN dan PAS di bawah Gabungan Muafakat Nasional beserta dengan PPBM akan mewujudkan kembali Kerajaan Perikatan Nasional. 


2.    Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional yang diwujudkan sebelum ini akan kembali berkuasa tetapi sedikit pertukaran Pucuk Kepimpinan iaitu PERTUKARAN MENTERI BESAR dari PPBM ke BN, Insha Allah ... dengan perkenan KDYMM Paduka Seri Sultan Perak.



B.    SOKONGAN DARI PPBM DAN PAS SERTA BEBAS

1.    Perikatan Nasional (PPBM dan PAS) Pusat telah memainkan peranan masing-masing ke arah penyatuan Kerajaan Gabungan ini apabila Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Presiden PPBM menyatakan ke arah itu. Ini menjadikan gabungan ini berjumlah 32 kerusi. Sementara itu, gabungan ini tetap dinamakan Kerajaan Gabungan Perikatan Nasional sesuai dengan pusat.

2.    Sementara itu, 3 ADUN BEBAS kemungkinan besar akan turut serta menjadikan sokongan bertambah kepada 35/59 kerusi. ADUN-ADUN berkenaan adalah dari Titi Serong, Buntong dan Tronoh. 



C.    TARIKH PENGUMUMAN RASMI

1.    Kita perlu ingat dan akur bahawa hanya KDYMM Paduka Seri Sultan Perak yang berkuasa untuk MERESTUI dan MELANTIK salah seorang dari ADUN yang mempunyai SOKONGAN MAJORITI untuk menjadi Menteri Besar. Jadi, JANGAN DIPERTIKAIKAN.

2.     Perlantikan Menteri Besar yang baru memang sangat-sangat diperlukan untuk membawa USUL BELANJAWAN 2021 ke Persidangan DUN yang dijangkakan Rabu ini. Untuk pembentangan belanjawan memerlukan Menteri Besar dan sekurang-kurangnya 4 EXCO di dalam persidangan berkenaan.

3.    Besar kemungkinan, Kertas Cadangan Belanjawan 2021 yang disediakan oleh Mantan Menteri Besar bersama-sama dengan 10 EXCO yang akan dibawa dengan penambahbaikan (jika perlu).


HUBAYA-HUBAYA



No comments:

Post a Comment