Pages

Tuesday, 6 October 2020

BAB ( 2 ) : JUMLAH PARLIMEN MUAFAKAT NASIONAL (BN + PAS) DI SEMENANJUNG


JUMLAH SOKONGAN PEMILIH

TERHADAP

MUAFAKAT NASIONAL (MN)


 A.     LATAR BELAKANG 

Setahun lalu, UMNO dan PAS telah memetri satu persefahaman yang dinamakan MUAFAKAT NASIONAL (MN) . BN mempunyai 49 kerusi Parlimen di mana UMNO mempunyai 47 kerusi dan MCA ( 1 ) dan MIC ( 1 ). Sementara PAS mempunyai 18 kerusi menjadikan ASAS MN hanya 65/165 kerusi sahaja. Jika MCA dan MIC turut sama menjadikannya 67/165 kerusi. Bakinya, sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) di atas Lambang PKR semasa PRU 14.


B.     JUMLAH SOKONGAN MN BERBANDING PAKATAN HARAPAN (PKR)

Untuk mendapatkan JUMLAH SOKONGAN, kita perlu mencampurkan Sokongan BN + PAS dan sekiranya melebihi 50% dianggap MENYOKONG MN. 

Dari 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Tanah Melayu, MN mendapat sokongan majoriti di 96/165 manakalan bakinya untuk PH adalah 69/165. Dari 98/165 kerusi, MN berjaya merampas 29 kerusi. 

B.1   SOKONGAN TERHADAP MUAFAKAT NASIONAL 



B.2     SOKONGAN TERHADAP PAKATAN HARAPAN (KOMPONEN PKR)



C.     MUAFAKAT NASIONAL HAMPIR MENGUASAI PARLIMEN DI PRU 15

Untuk menubuhkan kerajaan, penyatuan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen diperlukan. Jika sekiranya, MN mampu mempertahankan kerusi di PRU 14 dan merampas yang DIKIRA MAJORITI (BN + PAS) iaitu 96/165 menjadikan MN merupakan satu GABUNGAN TERKUAT kerana MN hanya memerlukan 16 kerusi sahaja lagi dari Ahli-ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak serta Labuan di mana terdapat 57 kerusi dipertandingkan. 

Untuk ke ....
KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL ( 1 ) : KLIK DI SINI
- Keputusan PRU 14 mengikut Lambang 
KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL ( 3 ) ... dalam pembikinan
- Kerajaan Perikatan Nasional (BN + PAS + PPBM)
KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL ( 4 ) ... dalam pembikinan 
- Kerusi yang mampu dimenangi PN


HUBAYA-HUBAYA


No comments:

Post a Comment